BAB 6

Drama Completed 445

DANIEL gelak lepas. Apa punya klasik nama. Memang kenalah dengan
Andra . Andra bin Amyrul. Nama arwah bapak Andra lagi /glamour/.
“Tak apalah nama klasik pun. Kira sesuailah dengan dia...” komen Andra
bila Daniel gelak tak lepas-lepas. Teringatkan nama Ana memang boleh
buat dia kaku saat seketika. Bila cakap pada mummy pun, mummy bulat
mata. Tapi, itu hakikat.
“Serius? Tu nama awak?”
Ana angguk.
“Ayana binti?”
“Mohd Zulfekar ...”
Andra kerut dahi lagi. Dia nak gelak tapi ditahannya. Bila di dalam
kereta dia terus hamburkan tawa tapi lama-lama hanya senyuman terukir.
Nama itu unik. Seunik tutur kata Ana padanya.
Bila dia membantu Ana di gerai, jarang benar Ana berbicara yang sia-sia
nak-nak bulan baik ni. Banyak masa bila tiada pelanggan, dia nampak Ana
membaca Quran. Hingga nak ditegur pun dia sendiri segan. Sama juga
sekarang, Ana dengan tafsirnya dan dia dengan renungannya.
“Kenapa renung saya, Andra ?” Ana tak angkat wajah. Juga tak menjeling
tapi dia kuat rasakan dirinya direnung.
“Awak cantik...” puji Andra tak berselindung.
“Lagi cantik andai awak jaga pandangan awak, Andra ...” Saat ini barulah
Ana angkat mata dan memandang lelaki yang berjarak semeter dengannya.
“...awak tentu nak pahala dalam setiap lapar dahaga awak, kan?”
Andra angguk. Dia garu kepala dan terasa wajahnya dah merah. Rasa nak
tampar diri sendiri. Kenapalah dia sasau sangat sehari dua ni? Wajah
diraup kasar. “Sorry, Ana...”
“Tak apa.” Senyuman tipis terukir. “Dah jadi tanggungjawab kita sesama
Muslim untuk menegur jika salah seorang berbuat kesilapan. Esok-esok
bila saya silap, awak pulak tegur saya.” Ana bangkit bila ada pelanggan
mendekati.
“Ana...” seru Andra bila Ana kembali duduk. “...awak dah tahu saya anak
tunggal. Ayah dah tak ada, hanya ada mummy je. Rasanya kalau saya
minta awak jadi sebahagian dalam hidup saya, melampau tak permintaan tu?”
“Sebahagian?” soal Ana tak mengerti.
“Ya...” Andra juga tak berniat nak menjelaskan. Hingga Ana faham dengan
tafsiran sendiri.
“Saya memang sebahagian awak sekarang. Awak kawan saya. Kawan yang
saya tak pernah ada, Andra ...”
Bibir Andra koyak dengan senyum. Kawan? Sedangkan dia ingin lebih
daripada itu tapi Ana masih tak mengerti. Benar kata mummy. Untuk
mendapatkan cinta, dia perlu berusaha lantas tawakal. Dan kemudian
jodoh akan datang.
“Ayana ...” seru Andra . Dia dah mula nak berbicara sesuatu yang
serius. Yang dirasakan tak sia-sia. “Saya tahu apa yang nak saya cakap
ni macam melampau. Mungkinlah. Pada awak. Tapi pada saya...” Andra
geleng. Dia serius ni. Sangat!
Ana kerut kening. Andra nampak pelik hari ni. Biasanya bila Andra
datang membantu, mereka tak banyak berbicara kerana sibuk tapi hari ini,
pantang lepa Andra bagai ada sesuatu yang serius. Seperti urusan hidup
mati.
“Awak nak cakap apa ni?” Sebenarnya Ana dah berdebar tak sudah.
Janganlah Andra minta sesuatu yang tak mampu dia tunaikan. Sesuatu yang
dipanggil hati.
“Saya kerja teknikal. Saya hanya tahu konkrit, batu, pasir... saya tak
tahu tentang bunga segala. Jadi, ayat saya mungkin tak sehebat mat
bunga tapi saya nak awak tahu saya ikhlas...”
Makinlah berkerut kening Ana.
“Demi Tuhan saya katakan, saya suka awak, Ayana ...” akui Andra
bersama wajah yang merah membahang. Malunya, Tuhan ajelah tahu.
“Suka?”
Andra angguk. “Saya cinta awak...”
“Hah?” Mulut Ana melopong bahana terkejut.
“Saya nak awak jadi isteri saya...”
“Allah...” Ana tekup mulut. Juring matanya terasa basah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience