BAB 10

Drama Completed 445

NYATA dan yakin. Andra temui mummy. “Jawapannya adalah Ayana ,
mummy. Dan, Andra dah minta dia buat benda sama...” Tenang Andra
bersuara saat menikmati sahur.
Semalam dia jumpa Ana. Dikatakan yang benar biarpun pahit. Dia meminta
Ana melakukan istikharah seikhlas hati dan penuh kusyuk serta berharap
pada Allah semata-mata. Untuk dia. Jika berjodoh, anggap sajalah ini
hadiah pertama pernikahan mereka dan jika tidak, anggap sajalah ini
hadiah perpisahan.
Memang pada mulanya Ana menolak tapi selepas dirayu, Ana bagai bersetuju
dan sekejap tadi, dia dah telefon Ana. Suara itu serak. Dia tahu suara
lepas menangis. Tak tahulah menangis kerana kecewa atau gembira. Apa
yang pasti, padanya satu berita yang memuaskan hati biarpun mungkin
tidak memihak padanya kerena mereka berdua telah berusaha.
“Assalamualaikum, Ana?”
“Waalaikummussalam...” Rendah perlahan Ana menjawab.
Andra telan liur. Entah apa yang perlu dia katakan. Kepetahan
masing-masing bagaikan sirna. Ditelan waktu yang sedang berlalu.
“Saya tak tahu nak kata apa dah...” komen Andra lantas dia ledakkan
tawa berat.
“Saya dah buat...” ujar Ana.
Andra diam. Dia mahu Ana katakan hakikat.
“Maha Suci Allah yang telah menetap jodoh pertemuan, Andra ...” Suara
Ana mati. Buat Andra penasaran sendiri. “...Allah Maha Kuasa ke atas
setiap makhluk ciptaan-Nya dan maha merencanakan setiap perjalanan
hamba-Nya...”
Kata-kata Ana yang penuh kiasan terus buat Andra dibelit resah.
Tuhan... permudahkanlah jika bukan milik kami dan perkenankanlah jika
ianya untuk kami. Hati Andra tak putus-putus berdoa.
“...siapa saya untuk menafi jawapan yang telah saya tanya pada DIA dan
jawapan-Nya adalah awak. Siapa saya nak menolak jodoh dalam takdir saya
sebagaimana ditetapkan sejak saya diciptakan oleh-Nya...” Ana sudahkan
ayat.
Andra terlopong. Dia tahu Ana sedang senyum. Bagai mahu diminta Ana
mengulang semula ayat-ayat itu tapi dia dengar dengan jelas. Doanya
dimakbulkan. Betapa pemurahnya Tuhan pada hamba yang jahil lagi hina.
“Ayana ... saya tak salah dengar, kan?” soal Andra
“Atau nak saya tarik balik?” duga Ana.
“Eh, jangan...” Terus dia ketawa. “Syukur, Allah. Syukur sangat.
Raya kedua kita akad nikah...”
“Tak sabar betul awak ni...”
“Batin saya dah resah betul, awak. Sejak kenal awak lagilah resah...”
“Oh, itu yang suka pandang saya tu,” tegur Ana buat-buat marah.
Andra ketawa. “Sebab tu saya nak kita sah segera. Lelaki, awak
tahulah. Sembilan akal saya sedang mengawal nafsu yang satu sekarang
ni. Moga tiba waktunya...” Senyuman terukir penuh manis. “Moga cinta
kita membawa kita ke Jannah bersama, Ayana ...”
“Amin...” Perlahan Ana bersuara.
“Mummy uruskan...”
“Hah?” Andra terpinga-pinga. Dia dah jauh hanyut dalam perbualannya
dengan Ayana .
“Raya kedua Andra nikah dengan Ana,” tambah mummy. Tapi kenapa wajah
mummy tak bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience