BAB 1

Romance Completed 5021

Pada saat ini sudah tiada apa lagi yang mampu ku lakukan kecuali dengan cara ini. Mungkin nampak pentingkan diri tapi jika ini yang terbaik untuk semua maka aku turutkan. Aku nekad.

“Hannah, ibu dan ayah sudah buat keputusan. Kami sudah pun berbincang dengan Mak Tijah.” Masih setia mataku memandang raut wajah ibu. Aku tahu, ibu sudah mempunyai jawapan untuk masalah aku kali ini. Masalah yang hampir sahaja mencabut dua nyawa.

Bukan aku tidak cuba usaha mencari jalan lain, bukan aku tidak usaha meminta pendapat orang lain. Tapi ternyata aku lemah. Tenggelam dalam maraknya bara api yang aku sangka akan padam dek hujan air mata, aku tewas. Fikiranku tah ke mana. Mencari kebenaran dalam setiap bait kata Doktor Mawar, doctor peribadi keluargaku lewat perjumpaanku dengannya kelmarin.

“Alhamdulillah, Hannah. Hannah kini berbadan dua. Baru tiga minggu? kata Dr. Mawar.

Doktor bergurau ke apa ini? Lawak apa ini? Aku tidak bodoh untuk memahami kata-kata Dr. Mawar. Aku seorang wanita, aku dibekalkan rahim oleh Tuhanku, masakan aku tidak memahami ayat itu. Cuma akal warasku menentang. Tidak sedikit mahu menerima apatah lagi menelan, pastinya aku muntahkan semula. Sama seperti makanan yang aku muntahkan sejak beberapa hari ini.

Jadi inilah sebabnya. Inilah sebab aku sering muntah-muntah. Pening kepala dan hampir pitam semasa memandu. Mujur Allah masih meminjamkan nyawa buat aku saat kereta yang dipanduku hampir sahaja melanggar pembahagi jalan. Namun untuk apa? Untuk apa Kau panjangkan nyawaku andai ujian ini terlampau berat? Aku tidak mampu menahan perasaan marahku. Mengapa aku dalam ramai manusia di dunia ini?

“Doktor..? panggil aku dalam sedu-sedan. Beliau masih menunggu aku menyambung ayatku.

Nafas ku tarik sedalam mungkin dengan hati yang perit menahan sakit seperti dicarik-carik dagingnya.

“Doktor.. saya nak gugurkan kandungan ini.” Air mata kusapu dengan tangan sejuk ku. Lalu aku rapatkan kedua tapak tanganku mencari sedikit kehangatan dalam bilik yang dingin ini. Penghawa dingin barangkali. Betulkah keputusanku?

Tepat sangkaanku. Ku lihat riak wajah Dr. Mawar bertukar mendung. Terkejut juga barangkali. Yalah, agaknya aku manusia pertama yang dia jumpa tidak gembira mendengar perkabaran itu. Di luar sana, masih ramai isteri yang menanti kehadiran orang baru menyerikan rumah tangga mereka. Masih ramai juga wanita yang Allah uji mereka dengan kegagalan memiliki zuriat malah mungkin juga tidak mampu memiliki zuriat sendiri. Kadang kala aku kesiankan mereka. Siapa yang tidak mahu mempunyai zuriat sendiri? Menyambung keturunan dan meramaikan lagi ummat Nabi Muhammad. Menjadi sumber kebahagiaan para ummi di luar sana.

Aku tersentak dek panggilan ibu. Hilang segala lamunan aku dan kini aku tersepit dalam realiti yang aku sendiri belum pasti.

“Apa yang Hannah cuba buat haritu bukanlah jalan yang betul. Ibu tak suka malah haram, Hannah.? kata ibu tegas. Ayah di sampingnya hanya berdiam diri.

Apa yang aku lakukan haritu? Yang mana satu agaknya yang ibu maksudkan? Kerana aku hampir membuat dua keputusan bodoh. Dua. Bukan satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience