BAB 4

Romance Completed 5021

Seminggu berlalu dan esok seperti yang sudah dibincangkan oleh ibu dan ayah bersama keluarga Mak Tijah, adalah hari aku akan dinikahkan bersama Ikhmal Haris. Bila aku fikirkan semula, tidak banyak persiapan perkahwinan yang aku bantu.

Aku cuma lakukan yang ringan-ringan sahaja memandangkan aku berbadan dua. Bimbang juga ibu dengan keadaanku maka ditegahnya aku daripada masuk campur. Bukan itu sahaja, baju perkahwinanku juga bukan pilihan hatiku. Pilihan ibu. Aku tidak mahu keluar untuk membelinya sendiri. Bukankan aku di dalam penjara?

Lagipun aku akur sahaja walaubagaimana pun rupa bentuknya. Itu semua tidak penting langsung malah aku sendiri malas untuk mengambil tahu. Bagi aku, perkahwinan ini hanya untuk menutup malu bagi pihak aku daripada diketahui pihak luar.

Sejujurnya aku masih terkejut dengan berita yang pernikahan aku masih akan berjalan esok. Tidak kisahkan lelaki itu dengan kenyataan aku mengandungkan anak luar nikah?

Tidakkah lelaki itu jijik dengan aku? akal warasku berperang dengan hati aku cuba memikirkan jawapannya. Tidak mengapa. Aku sudah mempunyai rancangan kedua. Inginku usulkan kepada ibu, tapi melihat ibu sibuk di hadapan, aku simpan saja niat itu.

Biar aku sahaja yang tahu tentang rancangan itu. Sewajarnya bukan kepada ibu yang harus aku usulkan rancangan itu, tetapi kepada dia, bakal suamiku. Masanya akan tiba di mana semuanya akan terbongkar.

Pintu bilikku diketuk dari luar. Ibu datang menghampiriku dengan beg kertas di tangan. ?Baju kahwinku mungkin.? Getus hatiku.

“Ibu rasa baju ini mungkin besar sikit untuk Hannah. Kalau Hannah nak alter, boleh suruh Kak Bibah di butik tu buatkan.”

“Tidak perlulah ibu. Bukan hendak pakai lama. Sekali sahaja seumur hidup Hannah kan. ” balasku perlahan.

“Ibu, Ikhmal Haris tahu tak pasal Hannah?” tanyaku.

Aku lihat ibu sedikit tersentak dengan soalanku. Ibu hanya tersenyum dan berlalu meninggalkan bilik. Ahh, bukan senyuman yang aku mahukan tapi jawapan. Jawapan yang sekurang-kurangnya boleh mengurangkan gelisah di dada. Siang sudah mahu berlabuh gayanya, memberi ruang malam menjelma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience