BAB 3

Romance Completed 5021

“Mari, Hannah.? panggil Mak Tijah meminta aku mendekatinya.

Di sisi Mak Tijah aku duduk. Malu. Malu rasanya dengan Mak Tijah memandangkan apa yang berlaku terhadap diriku. Kalau dulu, pantang Mak Tijah datang, laju sahaja aku mendapatkannya. Kini tidak lagi. Ibu mahu menjodohkan aku dengan anak sulung Mak Tijah yang aku sendiri tidak pernah kenal empunya badan melainkan sebaris nama yang sering ibu sebutkan. Ikhmal Haris. Bagaimanakah rupanya? Peribadinya? Dan yang paling penting, sanggupkan dia? Ucapku dalam hati.

Aku rasa dipeluk erat. Dapat kurasa kehangatan air mata jatuh di bahuku.

“Kesian Hannah. Mak Tijah tahu apa yang Hannah rasakan. Pasti perit kan?? tanya Mak Tijah. Sepertinya Mak Tijah sudah tahu perkara sebenar.

?Pastinya perit, Mak Tijah. Hannah hampir bunuh diri dan jasad dalam rahim ini. Hannah seperti orang gila. Hannah nak beritahu semua orang yang Hannah tak mampu nak lahirkan anak ini.? tidak terluah rasanya.

Aku lemparkan senyum seikhlas mungkin untuk Mak Tijah. Tidak mahu dia melihat empangan air mata yang sudah mahu pecah ku kira.Aku lihat ibu datang menghampiri kami sambil menatang dulang berisi kuih muih. Pelukan dileraikan. Aku bangkit dari dudukku berkira-kira mahu membawa langkah ke dapur. Rasanya ada sesuatu yang mahu dibincangkan mereka berdua.

Baru sahaja aku berdiri, Mak Tijah memegang tanganku.

“Lagi seminggu Mak Tijah datang ya. Hannah bersiaplah apa yang patut. Cuma Mak Tijah pesan jangan buat ya seperti apa yang Hannah mahu buat di klinik haritu.?

Dahiku berkerut seribu. Cuba memproses maksud yang tersirat. Oh ya! Baru aku ingat. Doktor Mawar kan anak buah Mak Tijah. Patutlah wanita lewat lima puluhan itu tahu tentang perancangan bodohku nombor dua.

Kenapa rasa seperti ikhlas betul semua yang keluar dari bibir wanita itu? Kenapa rasanya seperti mahu percaya?

Kalau benar-benar jadi aku dijodohkan dengan Ikhmal Haris, adakah aku akan dilindunginya? Mahukah lelaki itu menerima anak dalam kandungan aku ini? Atau perlukah aku mengikat perjanjian dengannya andai kami betul-betul jadi bernikah nanti? Perancangan mula ku atur.

Apa yang aku lakukan haritu? Yang mana satu agaknya yang ibu maksudkan? Kerana aku hampir membuat dua keputusan bodoh. Dua. Bukan satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience