BAB 12

Romance Completed 5021

Seperti yang dijanjikan, kami bergerak menuju ke Restoran Old Town di tengah bandar anak mami, Pulau Pinang. Entah siapa yang bakal kami jumpa. Bila ditanya kepada Irfan, hanya senyuman yang diberinya.

“Dah sampai. Jom, Hannah.” Ajak Irfan. Sengaja dia tidak memberitahu isterinya tentang perjumpaan mereka dengan Ikhmal Haris, abangnya. Dia mahu Hannah tahu dengan sendiri bahawa Ikhmal Haris dan Iqy itu hanyalah dua nama berbeza pada satu jasad yang sama. Iqy adalah Ikhmal dan begitu juga sebaliknya. Masih orang yang sama.

Bila sebaris nama Iqy menitir di bibir Hannah semalam, terus dia terfikirkan Ikhmal. Bila bumi New Zealand disebutkan Hannah, dia pasti itu Ikhmal. Bila teringatkan penolakan Ikhmal terhadap Hannah, hanya itu yang dia tiada jawapan. Jawapannya pada Ikhmal. Kerana itu dia mengatur pertemuan ini, agar Ikhmal boleh menamatkan cerita ini.

Aku hanya mengikuti langkah suamiku dari belakang. Aku lihat suamiku mencari-cari seseorang dan akhirnya kami bergerak ke sebuah meja di mana terdapat seorang lelaki di situ yang sedang membelakangkan kami.

Saat terpandangkan wajah empunya badan, aku hanya mampu kaku di situ. Iqy kah orangnya yang kami akan berjumpa hari ini? Apa kaitannya dia dengan suamiku?

Tangan aku terasa dipaut. Irfan menarik aku supaya duduk di sebelahnya.

“Hannah, inilah Ikhmal Haris, abang saya dan kawan awak dulu.” Kata Irfan.

Aku hanya mampu memberikan satu senyuman palsu. Tipulah kalau aku tidak berdebar. Baru sahaja semalam aku ceritakan kepada Irfan tentang Iqy, abangnya sendiri yang aku baru tahu hari ini. Wajah mereka saling tak tumpah. Kerana itulah aku hampir menyangka bahawa lelaki di hari perkahwinanku adalah Iqy.

“Mal, kenapa kau tolak Hannah?” tanya Irfan berterus-terang. Tidak perlu rasanya dia berkias-kias.

“Saya ingat awak bencikan saya. Maaf kerana saya pengecut, tak cari awak untuk ceritakan perkara sebenar. Tiada apa-apa pun berlaku antara kita. Awak cuma tak sedarkan diri dan saya hantar awak ke rumah awak. Tapi jujur saya takda niat apa-apa, apatah lagi nak mengambil kesempatan terhadap awak.” Jawab Ikhmal Haris. Bukan dituju kepada Irfan, tetapi kepada aku sebenarnya. Sangkanya aku membenci dia kerana itu dia tolak cadangan umi. Namun aku bersyukur atas keputusannya yang menemukan aku dengan suamiku. Allah, hebatnya percaturanMu.

“Alhamdulillah kalau itu kebenarannya. Terima kasih.” Ucapku. Syukur kerana maruah aku masih terpelihara.

Irfan hanya memerhati. Biarlah, biar dua insan ini berbicara antara satu sama lain andai itu jalan yang terbaik buat memperbetul apa yang masih belum jelas. Dia juga berasa puas setelah mendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak.

Perbincangan kami bernoktah di situ.

Ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengatur suratan hidupku dengan cara ini, ia mungkin nampak kasar namun hikmah yang tersurat sangat halus untuk dimengerti walhal ia memberi makna yang besar dalam hidupku. Sungguh Allah adalah sebaik-baik perancang. Di saat ku rasakan hidupku sudah tiada erti, Allah mempertemukan ku dengan insan yang luar biasa dan mencintaiku seluruh hatinya. Sudi mempimpin tanganku ke jalanmu dan ikhlas menjadikan aku bidadari dan suri hatinya. Apa lagi yang aku mahukan? Aku merasa bagaikan manusia yang tidak layak menerima nikmat ini, namun ini adalah suratan takdirku dan aku akan mencintai dan menyerahkan seluruh hidupku, taat dan patuh pada perintah suami sejajar dengan jalan-Mu Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience