BAB 10

Romance Completed 5021

“Hannah nak cakap apa?” tanya Irfan.

Aku pejamkan mata dan melafazkan bismillah, memohon dipinjamkan sedikit kekuatan andai kata kebenaran ini menyakitkan kerana aku mahu jujur pada diri sendiri.

“Haritu saya ke klinik sebab saya selalu muntah-muntah dan pening kepala. Doktor sahkan saya mengandung. Saya betul-betul terkejut. Apa yang ada dalam fikiran saya ialah apa yang berlaku sebulan sebelum itu semasa saya masih di bumi New Zealand.” Kata aku.

Wajah dia aku tenung. Tiada respon yang diberikan hanya wajah kosong sepi tanpa secalit senyuman. Terkejut mungkin.

“Saya kenal seorang lelaki, nama dia Iqy. Ibu dan ayah pun kenal dia. Tapi tak sangka dia ambil kesempatan atas saya. Kami keluar pergi makan pada suatu malam sebab housemate saya semua pergi lawatan. Saya tak ingat apa-apa kecuali bila saya bangun tidur, saya dalam bilik dekat rumah saya. Jadi, bila dapat tahu saya mengandung, saya cuma boleh fikirkan dia. Tiada orang lain.” Sambungku. Air mata usah cerita, sudah lama empangannya pecah.

“Doktor cakap apa tadi?” tanya Irfan.

Bohonglah kalau dia tidak terkejut. Dia tahu, tiada bahtera rumah tangga yang sentiasa tenang, kadang kala terpukul jua dek ombak besar. Namun tidak dia sangka secepat ini dia diuji apabila baru sahaja mereka memulakan pelayaran. Cuma dia tertanya-tanya, mungkinkah kerana isterinya didapati mengandung sebelum ini merupakan alasan abangnya tidak mahu mengahwini wanita ini. Sekiranya betul, dari mana dia tahu? Dan Iqy itu…

“Doktor kata saya tak mengandung. Cuma datang bulan dan senggugut biasa.” Balas aku.

Kini rahsia sudah aku hamparkan. Sungguh aku rasa berdosa, lalu tangan suamiku aku raih.

“Saya betul-betul minta maaf. Saya tak bermaksud nak bohong terhadap awak. Bersaksikan Allah, saya sudah beritahu awak semuanya. Saya tahu awak kecewa, tetapi awak akan lebih kecewa kalau saya terus menyembunyikan hal ini.” tangannya aku cium. Mengharapkan maafku diterima, namun aku mengerti, dia juga punya hati. Dan hatinya telah aku robek dengan panah kebenaran. Ya Allah, pinjamku aku sedikit lagi kekuatan.

“Nah, kesat air mata awak.” Katanya sambil menghulurkan tisu kepadaku.

“Saya lapar. Jom kita pergi makan. Saya tahu restoran Nasi Kandar yang terkenal tapi awak kena belanja saya. Denda!” sambungnya lagi.

Aku ketawa sedikit lalu menganggukkan kepala. Kalau perlu bawa suaminya makan di hotel lima bintang pun dia sanggup. Meski dia tersenyum, meski dia bergurau, aku tahu kecewanya belum reda. Banteng sabarnya masih kukuh walaupun hampir aku runtuhkan sebentar tadi. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menghadiahkan aku suami sesabar ini. Kalau benar ini adalah jodoh yang Allah utuskan untuk aku, tidak akan aku persoalkan lagi, malah aku akan berusaha merawat luka di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience