BAB 8

Romance Completed 5021

Hari ini subuh pertamaku berimamkan suami aku. Syahdu rasanya. Kami sekeluarga merancang untuk pergi bercuti di kampung halaman suamiku, Pulau Pinang sambil-sambil melawat keluarga mertuaku di sana yang sudah pun pulang ke rumahnya petang semalam selepas semuanya siap dikemas.

Selepas selesai menyiapkan diri, aku bergerak ke keretaku yang terparkir di garaj. Irfan sudah pun menunggu di bawah. Awal betul dia siap. Semangat nak balik kampung agaknya.Kami hanya berdua sahaja, oleh itu aku sarankan agar kami menaiki keretaku sahaja kerana lebih kecil. Dengar cerita, semua orang sudah diberi arahan oleh ibu bahawa tiada siapa pun dibenarkan naik dengan kami. Bunyi macam ugutan pun ada. Nak bagi privacy kononnya. Bila dah berdua begini, kekok pula rasanya. Masing-masing diam membisu.

Tidak mengapa. Biar aku mulakan.

“Boleh saya tanya satu soalan?” tanya aku memulakan rentak.

“Abang tahu Hannah nak tanya apa.” Balas Irfan. Sememangnya dia boleh agak apa yang ingin ditanyakan isterinya.

“Macam mana awak tahu?”

“Adalah. Stop. Hannah dah lebih limit. Kata satu soalan je.”

Aku ketawa kecil. Ceh, tak aci betul. Baru aku hendak membalas, dia terlebih dahulu memotong.

“Hannah nak tanya kenapa abang dan bukan Ikhmal Haris yang kahwin dengan Hannah, kan?” soalnya.

Aku sedikit tersentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience