BAB 2

Romance Completed 5021

Sudah sejam berlalu bagai detik waktu sedang berlumba. Serasa seperti baru dua tiga kali aku mengelipkan mata. Aku bangkit dari tilam empukku menuju ke balkoni yang terbuka menghadiahkan aku pemandangan malam yang suram. Bayu lembut menyapa aku yang hanya berbaju lengan pendek.

Ralik sungguh aku menatap langit yang hanya bertemankan bulan. Seronoknya menjadi bulan, sudahlah cantik malah hanya satu sahaja.

?Kemana bintang bersembunyi? Ah, awan mendung yang sarat membawa titis hujan barangkali menutupi sinarnya bintang. Hanya menanti masa gugur ke bumi sahaja.? bisik hati kecilku.

Perbualan sebentar tadi bersama ibu dan ayah bermain di minda bak tayangan filem. Buat seketika aku bagaikan kaku di situ.

“Ibu pasti ada cara yang terbaik untuk hal ini, Hannah. Ibu sudah berbincang dengan Mak Tijah. Esok Mak Tijah akan sampai. Hannah bersiaplah ya.? Kata-kata ibu kusambut sepi.

Hanya renungan yang mampu kuberi mengharap ibu mengerti segala yang masih berselirat di hati ini. Mampukah dirungkaikan? Alangkah benang yang bersimpul-simpul susah untuk dirungkai kembali. Apa mungkin masalah aku juga sama nasibnya seperti benang itu?

“Tapi ibu, sanggupkah mereka terima Hannah? Hati ibu mana di dunia ini mahu bermenantukan perempuan seperti Hannah? Anak ini.. Hannah sendiri tak tahu siapa ayahnya.? laju sahaja pertuturan ku.

Aku tidak boleh akur sedangkan kami di medan bicara sekarang ini. Mahu tidak mahu harus aku keluarkan jua apa yang aku pendam selama ini. Masih aku berpegang kepada kata-kata sahabatku dulu sewaktu aku ragu-ragu dengan keputusanku menyambung pelajaran di bandar gah yang mempunyai keindahan alam yang pastinya memukau mata sang hamba. Bandar yang aku kagumi kerana hebatnya seni lukisan Allah. Bandar yang juga meninggalkan satu luka besar dalam hidup aku. Bandar yang menyaksikan aku dinodai oleh manusia bertopengkan syaitan yang selama ini ibu dan ayahku percaya sepenuhnya. Bandar New Zealand. Kata sahabatku cukup mudah. Kalau bukan sekarang, bukan juga esok kerana peluang hanya datang sekali. Mungkin ada benarnya.

“Jadi Hannah nak ibu buat apa? Menyokong tindakan bodoh Hannah seperti sebelum ini? Hannah lupa ke, nyawa Hannah di hujung tanduk? Hannah hampir bunuh satu lagi nyawa yang tidak tercela walau sebesar zarah pun dengan dosa?? balas ibuku.

Teringat aku peristiwa beberapa minggu lalu saat aku dikejarkan ke hospital gara-gara menelan sepapan panadol. Ketika itu yang aku nampak hanyalah fantasi. Fantasi yang tidak wujud namun cukup meyakinkan aku untuk mengambil tindakan itu. Mana mungkin panadol mampu menandingi realiti.

“Ibu juga seorang wanita, dan Hannah juga. Tapi ibu seorang emak. Naluri keibuan ibu tidak mahu melihat Hannah menderita, tidak mahu lihat anak ibu sendiri cuba bunuh diri seolah-olah hidup Hannah tidak berpegang kepada Tuhan. Salah ibu juga mempercayai orang sembarangan. Ibu masih mencuba Hannah.. mencuba untuk kembalikan Hannah ibu yang dulu walau apa pun caranya.? sambung ibu. Galak benar air mata ibu turun hingga aku juga tertunduk lemah.

Ayah yang sedari tadi diam, mula bersuara.

“Hannah pergilah masuk ke bilik. Tenangkan diri dengan bersujud kepadaNya. Sudah lama sejadah itu sepi kan? Mintalah kepada Dia, pemilik segalanya, petunjuk dan jalan keluar. Ibu hanya melahirkan Hannah, tapi Dia yang menciptakan Hannah.? tenang betul bicara ayah. Setenang air wajahnya.

Mulutku terkunci. Entah, aku sendiri tidak pasti apa yang harus aku cakap. Kata-kata ayah aku telan satu-persatu biar sampai ke dasar hati. Ya, sudah lama sejadah tidak kucium sejak peristiwa hitam itu. Masa aku banyak dihabiskan dengan menangis dan berkurung di dalam kamar yang rasanya seperti penjara. Tiap kali aku cuba untuk keluar, pantas sahaja hati melarang. Kotornya aku seperti tidak pantas melihat dunia luar. Dunia aku hanya dalam penjara ciptaanku.

Keluhan berat keluar juga akhirnya sama seperti beratnya beban yang aku tanggung sekarang ini.

Langkah ku atur ke katilku. Sudah jam 12 rupanya. Lampu tidur di sisi katil aku matikan, bersedia untuk tidur. Dan akhirnya aku terlelap tidak lama selepas aku letakkan kepala di atas bantal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience