BAB 7

Romance Completed 5021

Alhamdulillah cuaca hari ini tidaklah begitu panas. Berterima kasih aku kepada Allah kerana majlis hari ini berjalan lancar. Ramai juga tetamu yang hadir, rakan-rakanku juga tidak lupa dijemput.

Ehem, sahabat handai suamiku juga sudi datang walaupun hampir semuanya tidak ku kenali.

Bercerita tentang suamiku, aku tidak bercakap sepatah lagi dengannya sejak aku jawab salamnya tadi. Bukan tidak mahu bercakap, malu dan segan itu masih ada. Maklumlah pertama kali berjumpa.

Pada pandanganku, dia baik orangnya. Kategori Jejaka Idaman Malaya? Pastinya tidak. Kerana suamiku di suatu tahap atas daripada itu. Tidak kalah juga dalam bab rupa paras. Bagi aku itu semua bonus. Yang penting, dia seorang yang menjaga tanggungjawabnya sebagai khalifah, sebagai anak, dan yang terbaru, sebagai suami.

Sudah beberapa kali wajahnya aku tenung. Ternyata sangkaanku benar. Wajahnya milik seseorang yang aku amat kenali. Ah, tidak mahu aku ingat lagi akan hal itu. Wajah mereka cuma sedikit sama, tapi orangnya memang berbeza .

Aku tersenyum melihat sahabatku Aisyah datang mendekatiku.

“Amboi, cantiknya pengantin baru. Berseri-seri wajah, apa rahsianya?? puji Aisyah.

Pujian Aisyah aku sambut dengan tawa halus. Pandai betul bab mengayat dia ini.

“Adalah. Rahsia ini pengantin je yang tahu. Ibu-ibu tak boleh tahu.? usikku. Sengaja aku menyakat Aisyah yang kini mempunyai dua cahaya mata. Comel sungguh anaknya. Tengok ibu mereka lah.

Giliran usikanku pula disambut ketawa si ibu ini.

Rancak mereka berbual sehingga tidak sedar diperhatikan sepasang mata dari jauh. Irfan tersenyum sendiri. Bertuah betul dia dikurniakan seorang isteri yang cantik paras rupanya, juga hatinya.

Meskipun belum kenal lebih rapat, dia yakin wanita itu seorang yang baik melihatkan tingkah lakunya yang sentiasa tersenyum, hormat orang tua dan paling menaikkan markah, pandai membawa diri bila bersama tetamu. Nak harapkan dia sahaja melayan tetamu, mungkin tidak mampu dek tulang empat keratnya. Kalau dia tidak ditakdirkan menjadi bidan terjun hari ini, pasti dia tidak akan kenal empunya nama Hannah Sofia. Pasti juga wanita ini menjadi milik orang lain. Namun, dia akur, ini semua kerja Allah, siapa dia hendak menafikan.

Seperti terasa diperhatikan, aku memusingkan badan ke kanan. Suamiku sedang memandangku. Aduh, malulah! Senyuman ku ukir buatnya lalu aku membawa diri ke meja hadapan. Tidak betah rasanya untuk berlama di situ.

????? ?????

“Hannah, panggil Irfan turun makan.” Arah ibu.

“Hannah takutlah bu.” Balasku.

“Hannah bukan kahwin dengan buaya. Buaya darat pun bukan. Sudah, pergi panggil.” Galak betul ibu menyakat orang ya.

Anak tangga rumah aku daki perlahan-lahan. Berdebar betul walhal aku tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Pintu bilik aku ketuk, kemudian barulah aku masuk. Aku lihat dia sedang mengemas beg bajunya di tepi almari.

?Nak cakap macam mana ni? Nak kena bahasakan apa? Awak? Atau abang? Atau…. sayang? Hesh, memang tak lah. hehe? aku tersenyum sendirian.

“Saya ni kacak sangat ke sampai lebar senyum?” tanya Irfan dengan dahi yang berkerut. Lucu rasanya melihat Hannah yang sudah lama bediri di tepi pintu memandang ke arahnya dengan senyuman kecil tapi langsung tidak bercakap sepatah. Mengelamun lah tu.

Tersentak Hannah dengan soalan itu. Kacak? Alhamdulillah, wajah awak sahaja sudah mampu membuat saya berdebar. Bisik hati.

“Err.. ibu panggil makan. Jom.” Ajakku. Aku sendiri tidak sedar bila masa aku mengelamun. Tetapi mendengarkan pertanyaan lelaki itu, aku jadi malu sendiri. Baru ku ingin membuka langkah, dia memanggilku.

“Hannah, tunggu abang sekejap. Turun sama-sama ya.” Katanya.

?abang?? malu lah nak panggil dia gitu.

“Dah siap. Jom.” Ajak suamiku. Aku hanya menuruti langkahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience