BAB 6

Romance Completed 5021

?Inikah Ikhmal Haris?? tanya hati.

Apa yang tok kadi bacakan dari tadi langsung tidak ku hiraukan kerana otak masih ligat memikirkan teka-teki ini. Nampak gayanya dia sudah bersedia mahu membaca lafaz ijab dan qabul apabila kulihat dia memusingkan badannya sedikit menghadap ayahku. Aku tundukkan wajahku. Membiarkan waktu berdetik seiring dengan dengup jantung yang makin laju. Tangan kubawa ke dada berniat untuk memperlahankan rentak di dalam.

“Muhammad Irfan Hakimi bin Rahman,” panggil ayahku sebagai wali.

Ketika itu juga aku angkatkan muka. Terkejut bukan kepalang aku. Irfan Hakimi? Mana Ikhmal Haris? Sejak bila tukar nama? Siapa pulak dia ini? Betulkah lelaki ini tidak tersalah rumah?

Aku mencari kelibat Mak Tijah di belah pihak lelaki. Kebetulan dia juga sedang memandang aku. Dia tersenyum manis lagu memberi aku sebuah anggukan. Apakah maksud anggukan itu? Nak beri tahu pengantin lelaki hari ini orang yang betul ke? Kalau ya pun nak main suprise atau prank ke, bagi lah tahu dulu. Takpun bagi lah hint ke? Belum lagi teka-teki tadi terjawab, satu lagi teka-teki timbul.

“Saya” jawab empunya nama Irfan Hakimi itu.

“Aku nikahkan dikau dengan anakku Hannah Sofia binti Zailan, dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai.” Lafaz ijab yang dibaca ayah cukup menyentuh hati. Ayah akhirnya melepaskan tanggungjawabnya ke atas diriku untuk diserahkan pula kepada lelaki di hadapannya.

Mampukah dia? Ku redha kan hati untuk menerima segala ketentuanNya sama ada yang tersirat atau tersurat.

“Aku terima nikahnya…..” sambut lelaki itu menyempurnakan ijab dan qabul.

Sampai di situ sahaja ayatnya yang sempat melalui gegendang telingaku. Sah. Aku isterinya dengan sekali lafaz sahaja. Tangan ku tadah mahu mengaminkan doa yang dibaca. Cuma sayup-sayup kedengaran doa yang dibaca kerana aku lebih sibuk membuat drama air mata ditambah sedikit adegan memeluk ibu dan saudara-mara sebelum acara membatalkan air sembahyang sebentar lagi.

Kelibat sang suami aku cari. Oh, di situ rupanya. Sejuk mata apabila terlihat dia yang sedang melakukan solat sunat lepas akad nikah di dalam kamar tetamu. Tidak sampai hati rasanya memiliki suami sebaik dia.

Aku masih duduk di sini. Naik lenguh kaki duduk bersimpuh sedari tadi. Sabarlah kaki, tinggal majlis pembatalan air sembahyang sahaja lagi.

Kulihat dia menapak kearahku bersama kotak cincin baldu berwarna merah. Ya Allah, kenapa berdebar sangat hati ini? Rasa seperti semua tidak kena? Adakah ini rasanya bernikah? Dalam gelisah itu, terbit jua rasa bahagia walau sedikit cuma. Aku tidak tahu selama mana rasa ini Allah pinjamkan, namun buat masa ini, buat ketika ini sahaja, aku rasa bersyukur sangat. Rasa nak nangis tahu tak?!

Dekat .

Dan makin dekat.

Dia duduk di hadapanku.

?Apa yang perlu aku buat ni?? tak keruan aku jadinya.

“Assalamualaikum.” suara garau milik dia menyapa aku membuatkan aku sedikit terkejut.

Mata aku labuhkan pada sepasang mata bundar miliknya. Tangan kanan kuangkat sedikit setelah melihat dia mengeluarkan cincin daripada kotak itu.

“Waalaikumussalam.” Jawab aku perlahan. Antara dengar atau tidak.

Usai menyarung cincin, tangannya aku cium. Buat pertama kali aku bersalam dengan lelaki yang tiada pertalian darah denganku namun merupakan seorang yang wajib aku taati kerana syurgaku ditelapak kakinya.

Tiba-tiba dahiku disentuh. Dia meletakkan tapak tangannya di dahiku dan membaca doa. Ya Allah, sayunya hati mendengar doa yang dibaca antaranya dia memohon agar diberi kesejahteraan dan dilimpahkan rahmat di dalam rumah tangga kami. Alhamdulillah, sunnah Rasulullah yang satu ini tidak dilupakannya.

Tidak mampu aku tahan manik jernih ini daripada jatuh membasahi pipi. Banyak betul stok air mata hari ini. Kalau boleh setiap masa rasanya mahu menangis kerana aku terlalu bahagia. Air mata yang masih berbekas di pipi, disapu. Bukan aku yang melakukannya, tapi dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience