BAB 11

Romance Completed 5021

Irfan mencapai telefon bimbitnya. Nombor seseorang didail.

“Assalamualaikum, Mal.” Salam diberinya selepas orang di sana mengangkat telefon.

“Waalaikumussalam, angah. Kau kat rumah umi ke? Dengar cerita dengan keluarga mertua ya?” balas Ikhmal Haris.

“Ha?ah. Jom jumpa esok. Kau tak mahu berkenalan dengan isteri aku ke?” tanya Irfan. Lama dia tidak bertemu dengan abangnya itu. Selain itu, ingin juga dia perkenalkan kepada abangnya itu siapakah gerangan penyejuk Jannatul Ajla nya. Juga seseorang yang pernah abangnya tolak sebelum ini. Dia mahukan jawapan untuk beberapa soalan.

“Okey. Tempat biasa ya.” Balas Ikhmal dengan berat. Bukan dia tidak mahu berjumpa, cuma dia malu dengan adiknya. Apatah lagi adiknya datang dengan orang yang pernah umi calonkan untuknya. Dan dia cukup mengenali wanita itu.

Perbualan dimatikan. Apa yang diceritakan isterinya siang tadi sedikit terkesan dalam hatinya. Dia tahu wanita itu sedang menunggu maaf yang dihulur diterima, malah bukan sengaja dia mendiamkan diri. Dia perlukan ruang untuk mencari sedikit lagi bukti dan dia tidak sedikit pun memarahi wanita itu. Semua manusia melakukan kesilapan, dan semua manusia mempunyai kisah silam. Namun bukan semua manusia mampu berterus-terang seperti isterinya kerana sememangnya kebenaran itu kadang-kala memedihkan.

Irfan membawa langkah ke dapur. Isterinya sedang sibuk menyuci pinggan mangkuk. Dia perlu memberitahu isterinya tentang rancangannya esok.

“Hannah, esok kita keluar ya. Abang nak bawa Hannah jumpa seseorang.”

“Saya ikut je.” Balasku pendek. Tumpuan masih aku berikan kepada kerjaku. Takut terlucut sahaja gelas kaca di tangan ini kerana masih belum berbilas.

“Nak abang tolong?” tanya Irfan.

“Awak nak tolong apa?”

“Abang nak tolong tengok. Bolehkan?”

Kata-katanya aku sambut dengan tawa. Sekurang-kurangnya tidaklah aku kebosanan di dapur seorang diri kerana ada yang tolong hiburkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience