BAB 9

Romance Completed 10762

“Awak tahu kita sama-sama kalah, Kita kalah. Tapi saya kalah teruk sebab hingga ke hari ini awak tak pernah tanya mengapa saya benci awak.’’

“Sir, saya benci awak dan saya kena terus membenci awak sejak saya sedar yang saya telah jatuh hati pada awak saat awak panggil nama saya buat kali pertama beberapa tahun yang lalu dan saya sendiri macam tak percaya pada perasaan saya itu.

“Im not virgin anymore. Don’t ge me wrong, saya masih dara tapi saya berasa jijik pada diri sendiri kerana kekasih lama saya, Haikal dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, sudahnya saya benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa termasuklah untuk Sir. Dan sebab itu jugalah saya tak punya keberanian untuk menyintai awak. Lepas kahwin, rasa benci pada diri sendiri itu semakin membuak-buak, hingga saya sedar saya mulai sayangkan awak, tapi kebencian pada diri sendiri menghalang sayang, saya tak layak untuk awak Zafrel. ” ujarku teresak-esak.

Kisah cinta yang sukar ku tafsirkan itu sudah berakhir saat aku meninggalkan bumi Malaysia.

Di sini, di negara yang terkenal dengan monarki British aku belajar menerima diri sendiri yang masih menuntut waktu dan aku sibukkan diri untuk melupakan semua.

Di sini juga aku bertemu dengan Haikal semula. Dia sudah berubah dan dia minta aku untuk kembali padanya.

Walaupun aku pernah mencintainya dan dihimpit ksesunyian tapi maaf tiada lagi kasih yang tersisa untuknya.

Ada waktunya melayang mengenang Zafrel. dan pernah beberapa kali aku bertemunya di dalam mimpi, bila terjaga aku tak sedar yang aku bergenang airmata.

Bila kali terakhir kami berhubung? Sejak pertemuan terakhir di KLIA. Aku tak mengharap pun untuk dia menghubungiku kerana pasti sukar juga baginya dan tentu saja dia mahu melupakan aku dan mengorak kehidupan baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience