BAB 7

Romance Completed 10762

Kesemua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah. Pendek kata ianya sempurna dan aku pasti ia bukan disiapkan olehku, siapa lagi kalau bukan dia?

Salam Wawa,

Sorry saya siapkan tesis awak ni, bukan apa saya takut awak tak sempat hantar hari ini. Jangan bimbang, saya bukan pensyarah penilai dan saya cuma lengkapkan apa yang awak dah lakarkan. BTW, Makanan dah saya siapkan, makanlah sebelum gerak ke kampus. Kalau tak larat memandu, bagitau saya, saya akan jemput awak since saya tak ada kelas petang ni. Maaf.

- Zafrel -

Nota pelekat rona kuning itu sudah cukup buat tubuhku terjelepok rebah ke sofa. Aku menangis bagai anak kecil beserta semua rasa geram dan menyampah yang tak bisa lagi ku bending. I need to put an end to this!

Lebih dari sebulan, ya hampir Tiga bulan duduk sebumbung dengannya, dan aku sudah tak kuasa lagi nak hidup dalam kemunafikan.

Aku harus segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya kalau boleh buat selamanya. Sudah tak betah untuk tinggal bersamanya. Apa cara yang aku lakukan?

Ya, aku nekad menerima tawaran belajar ke UK. Dan tanpa sekelumit perasaan bersalah, aku luahkan hasrat ini kepadanya dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku kerana aku tak dapat melupakannya.

Lama dia membisu termanggu, tak lama kemudian dia hanya angguk yang ku kira tanda setuju dan terus berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.

Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian dan seperti biasa mereka tak berupaya untuk menegah.

Hari yang dinanti telah tiba, KLIA menyaksikan pertemuan dan perpisahan kami berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience