BAB 3

Romance Completed 10762

Kawan-kawan ramai menghakimi perbuatanku. Puas aku ditembak dengan pelbagai soalan.

Pulang dari lawatan sambil belajar di Bandung dan kembali meneruskan pengajian, ada saja cara mereka lakukan untuk memujukku mengalah dan melupakan saja niatku.

Tak mahu egoku juga sama tinggi dengan ego jantanhya itu. Asal saja Sir Zafrel mengajar, suasana pasti awkward!

Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya. Lemah aku, adakalanya aku mahu kibar bendera putih namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat dari lelaki seperti dia.

Namun realitinya, aku sendiri tidak tahu apalah sudah salah dan dosa yang telah aku lakukan hingga buat dia menganaktirikan aku.

Setahu aku, aku juga insan biasa yang menjalani kehidupan normal dan membosankan, suka termenung sungguh tidak punya sebarang kesitimewaan.

Masih tersimpan kemas dalam mindaku, pada hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Sir Zafrel, mengajar reka bentuk seni bina.

Panggilan formal dan santai, Sir Zafrel. Dia ni ada satu habit, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, “Yes sir!” atau “No Sir!” dengan tegas.

Pelik, barangkali itu cara dia mahu meniup semangat pelajar yang mengantuk dek kebosanan mendengar kuliahnya eh tak tahulah.

Dan yang paling aku bengang, setiap kali dia menyebut namaku, Wawa, aku rasa menyampah dan menyebalkan.

Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya, dia tetap pendidik yang mencurahhkan ilmu padaku.

Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia terlepas pandang untuk tidak singgah di mejaku ketika sesi praktikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience