BAB 12

Romance Completed 10762

Ada masanya sukar untuk kita membuat keputusan, hubungan yang ingin dibina sering saja ditimpa badai yang menguji dan di situlah kebenaran kata pujangga, seandainya kita cintakan seseorang, bebaskan dia demi kebahagiaan

Namun jika dia kembali, itu mungkin membawa maksud dia dicipta untuk kita, diutus dari Allah menjaga dan menyintai kita. Zafrel tidak bodoh, aku yang bodoh.

Aku melepaskan dia tapi dia berjaya menemukan aku semula dan kembai padaku. Dia berani fight demi cinta yang dia percaya berbanding aku yang cuma mampu duduk tercongak berperang dengan perasaan dan dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta.

Dia membuatkan aku yakin pada diriku sepertimana dia yakin bahawa aku adalah teerbaik untuknya.

Sungguh pasangan kita adalah cerminan diri kita, banyak perubahan yang positif jadi padaku, paling penting pada akhirnya aku belajar bahawa siapaun berhak untuk bahagia, kebahagiaan rezeki Allah namun ia takkan jatuh sendiri ke riba andai kita tidak berusaha untuk memilikinya.

Bila kau merasa kejamnya dunia, jangan lupa bahawa Allah itu tidak tidur, dunia ini miliknya dan senjata orang mukmin adalah doa.

Terus berdoa dan memintalah padanya kerana tidak ada doa yang tidak didengar.Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya.

Kerana bila ia terlepas dari tangan, belum tentu ia akan dimiliki dalam genggaman semula. Cherosh the love, luahkan rasa cinta kerana jika tidak dikatakan, bagaimana orang tut ahu isi hati kita kan?

“Wawa sayang, sayang kat mana, mari sini, abang perlukan bantuan sayang sekarang.”

‘’Yes sir, be there in a sec!!”

Alamak, tengok tu perangai tak berubah!

Share this novel

norsila
2021-11-21 08:11:56 

dah tamat ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience