BAB 1

Romance Completed 10762

Orang tua-tua kata tak elok kalau kita membenci sangat pada seseorang, bergaduh pun sama takut nanti orang tu jugalah yang kita suka dan silap haribulan kita tak boleh hidup tanpa orang tu.

Meski belum ada kajian saintifik yang mengesahkan kebenaran kata-kata itu yang sering disampaikan dari generasi ke generasi namun drama dunia yang dilakonkan oleh para manusia di pentas pinjaman ini adakalanya menyokong kebenaran kata-kata ini.

Samalah juga halnya bila orang kata cinta pertama itu gerenti sukar untuk dilupakan meski cinta yang seterusnya datang cuba jadi pengganti. Ini aku sangkal sekeras-kerasnya.

Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati.

Bagiku, cinta pertama untuk dikenang dan dijadikan pengajaran dan boleh jadi cinta yang seterusnya adalah cinta terbaik untuk kita dan itulah yang dinamakan cinta sebenar-benarnya cinta, true love kata orang putih.

Kita takkan pernah tahu bila cinta itu datang menyapa.

Tetap saja cinta sejati adalah cinta pada sang Pencipta dan aku bersyukur cinta sejatiku telah menemukan aku kepada insan yang salah untuk dicintai sebelum mempertemukan aku dengan insan yang tepat.

18 Ogos 2018, baru sahaja dua hari lalu usiaku menginjak 23 tahun dan dalam usia ku ini, aku punya kisah cinta yang signifikan dengan kata orang tua itu.

Ya, semuanya bermula dengan perasaan B.E.N.C.I. Kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini yang buat aku dibuai asmara.

Sungguhpun cinta itu sudah hampir lima bulan ku tinggalkan namun aku percaya bahawa itu adalah cinta sejati ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience