BAB 2

Romance Completed 10762

Siapa dia? Dia, adalah insan yang banyak membimbingku selok belok bidang ilmu yang kucintai, arkitektur.

Dia adalah pengkritik tetap dan insan yang dengan sinis, selalu sahaja menegurku dan mencabar kredibiliti, tanggungjawab dan peranan seorang insan.

Dia, kutinggalkan bersama kenangan yang takkan terpadam dalam memoriku. Sudah tentu aku sukar untuk melupuskannya kerana dia adalah bekas pensyarahku dan juga bekas suamiku.

Ya, satu hakikat yang sukar untukku telan.

“Saya cabar awak.”

‘’Cabar apa pulak ni Sir?’’

“Saya sedang mencabar awak untuk berkahwin dengan saya once awak tamat study yang kalau saya kira tolak tambah cuma berbaki empat bulan sahaja lagi. Ini adalah satu cabaran.

Kalau awak tak berani menyahut cabaran ini sila kemukan sebab yang konkrit kenapa awak benci sangat pada saya? Amacam ada berani?’’

Kalau nak diikutkan, aku tak luak atau gentar sedikitpun dengan cabarannya itu namun kata-kata terakhirnya itu seakan menjentik dan mencabar diriku. Well, pantang anak Minang ini dicabar.

Aku apalagi, aku sahut cabarannya asalkan dia juga terima syarat yang ku kira satu cabaran dariku – iaitu kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akan nikah, aku mencabarnya untuk sama sekali tidak menyentuhku.

Andai kata dia menyentuhku, maka serta merta talak jatuh ke atasku. Dengan wajah selamba dan senyuman sinis dan penuh keyakinan, dia menyahut cabaranku.

Maka selepas menemui kesepakatan dan persetujuan antara kami dua, maka malam itu termeterailah perjanjian serba gila di antara kami disaksikan oleh kawan-kawan dari kedua pihak. Ini memang kerja gila okay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience