BAB 5

Romance Completed 10762

Bagaimana sudahnya, ya dia datang merisik, menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya – menghantar rombongan dan merancang majlis.

Ibu tergamam tatkala rombongan keluarganya datang dan sebentuk cincin emas dihulurkan oleh Datin Eina. Setiap kali diajukan soalan, tenang saja kami menjawab, inilah yang dinamakan jodoh.

Pergh cara kami handle memang padu, boleh dapat pelakon lelaki dan wanita terbaik Anugerah Skrin kategori drama rantaian.

Minggu itu memang kelam kabut dan huru hara jadinya. Mana taknya, hari Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari bersejarah kami menjelang tiba.

Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum ‘bahagia’. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. Hatiku ketawa puas. Ada aku kisah dengan status Janda? No!

Usai Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, dan teman rapat yang dijemput hadir, kami selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz.

Namun entah mengapa, ketika mata kami bertentang, dia menguntum senyum, hatiku dihurung sayu. Meskipun ini semua sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri.

Bodohkah aku? Lebih bodoh bila aku mendambakan untuk bergelar janda semata mahu kemenangan berpihak padaku.

Namn, cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami ini boleh dilabel pelik. Tiada bulan madu. Di villa pemberian keluarganya hadiah sempena perkahwinan kami, kami tinggal berlainan bilik.

Dingin dan terasing sudahlah rumah tu besar gedabak. Langsung tiada interaksi dan komunikasi, bertegur pun sematab bertanya perkara yang penting sahaja, kejuytkan ketika solat subuh atau saling menyindir demi memuaskan kebencian di hati.

Waktu makan pula biasanya asing, dia akan makan di dapur manakala aku pula di hadapan televisyen. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama ‘suamiku’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience