BAB 10

Romance Completed 10762

Anehnya, Semakin kuberusaha, semakin kuat rasa rindu ini. Nyaman sungguh cuaca hari ini, apatah lagi di musim luruh begini. Damai dengan rona daun yang kemerah-merahan dan seluas lautan yang mengasyikkan.

Tranggg! Serasa berpinar-pinar kepala bila terlanggar tiang lampu trafik yang berdekatan dengan surau.

Boleh pulak aku tak nampak. Ku gosok-gosok dahi ku cuba memeriksa kalau-kalau berdarah atau benjol.

“Awak ni dari dulu tetap sama, tak pernah berubah suka sangat berkhayal.’’

Eh siapa pulak yang tegur aku dalam bahasa Melayu ni? Macam kenal suara tu. Aku berpaling ke arah suara itu dan BAM! Sosok yang sering ku rindu siang dan malam kini berdiri di hadapanku.

“Follow me.” Arah Zafrel lalu segera memahut lenganku dan mengheretku ke pintu masjid yang tersrgam indah.

Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Ditenungnya aku lama hingga buat aku tak keruan jadinya. Aku gugup nak mati ni!

“Awak, saya tahu ada banyak soalan yang awak nak sembur kepada saya tapi saat ini kita kena selesaikan hal lain dan yang lain tu belakang cerita. Apa yang penting sekarang ini, saya nak kita berdua masuk dan bernikah semula. Itu yang saya mahu dan saya harap awak pun sama.’’

DUP DAP DUP DAP gila luruh jantung ku jadinya bagai dah terhenti saat dia menghabiskan kata-katanya itu.. Kutatapnya dalam.

Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang seakan tak percaya. Apa yang harus ku lakukan?

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.. “Wawa, let’s end this game and be real, I’ve been waiting for you and just so you know, saya dah sukakan awak sedari dulu lagi.’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience