BAB 11

Romance Completed 10762

“Ada cerita yang saya simpan sedari dulu, Namun saya terpesona saat pertama bertemu awak. Bahkan setiap kali saya panggil nama awak, jantung saya berdegup kencang bgai mahu pecah. Saya dihimpit rasa bersalah kerana menaruh hati pada pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya cuba kelihatan tangguh di hadapan awak dan melayan awak dengan sikap dingin terhadap awak sebab mahu mengikis rasa bersalah terhadap awak. Namun sunggu saya tak sangka yang sikap saya itu telah menyusahkan dan meniup kebencian di hati saya. Bali, what happened in bali? Masa di Bali lagi saya sudah bercadang untuk melamar awak, namun kedegilan sikap kita membuat ia jadi serba tak kena.

“Jangan fikir panjang dan kenang barang yang lama. Ketahuilah bahawa kita semua ini manusia yang sering buat kesilapan Wawa, termasuklah saya,. Tapi yang penting ialah cara kita menangani dan menghadapinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak. Saya tak berhak menghakimi awak, semua itu Allah.” Ujarnya berhenti seketika.

Ada manik jernih, deras yang mengalir dari tubir matanya.. “Saya bukan malaikat. Saya akui saya ini banyak kekurangan, kalau nak tahu hampir setiap masa saya bergelut dengan perasaan sendiri, geram nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik, setiap kali iyu jugalah saya teringin usap awak, teman awak tidur di sebelah. Saya suka dengan telatah awak ketawa bagai nak rak setiap kali tengok program TV kegemaran awak.. Banyak kali saya berfikir mengapa kita perlu menghadapi semua ini, mengapa saya takut untuk meluahkan saja perasaan hati saya ini pada awak.

Ada essakan yang mengikuti airmata tadi dan menyentuh hatiku yang sedari tadi juga cuba menahan tangis. “Wawa saya perlukan awak sangat-sangat, i love you so much. I can’t no longer be apart from you. Saya sedar bukan awak yang perlukan saya tapi saya yang perlukan awak. Sudikah awak mengahwini bekas suami awak ini semula?”

Lama ku mmebisu di situ bak patung cuba mencerna kata-katanya. Semua ini berlaku secara mendadak, terlalu pantas dan di luar jangkauanku. Bagaimana?

“Wawa, saya masih menatikan jawapan awak. Yes or No?”

Tubuhku dicuit dan aku kaget seraya jawapan, ‘Yes Sir I will!’ terpacul keluar dari mulutku.

Lebar senyumannya menampakkan gusi buat aku juga terpanah asmarah hingga tertunduk malu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience