BAB 8

Romance Completed 10762

Di sini juga ada ketawa dan air mata yang mengundang pelbagai rasa di dalam hatiku. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zafrel.

Kali ini dia banyak mendiamkan diri, cuma sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku.

Saat penerbanganku sudah diumumkan untuk membuat pemeriksaan imigresen, ini bermakna semakin hampir detik perpisahan antara kami, aku menyalami seluruh ahli keluargaku.

Hinggalah tiba giliran Zafrel, keluargaku menjauh seakan memberi ruang untuk kami berdua. Hanya aku dan dia. Tanpa ku jangka, tiba-tiba dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya.

Hatiku bagai luruh dan mahu disiat-siat. Namun perlahan- lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku berjejeran sumpah aku tak jangka ia akan berlaku.

Aku Bangkit mendongkakkan wajahku semula, dia mencium dahiku lama cukup lama hingga aku mula bertanya pada diri sendiri apakah keputusan ku ini tepat.

Dengan perlahan, dia berbisik, “Wawa, mulai hari ini saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia dan yang terbaik dalam hidup awak. ”

Aku memberikan lambaian terakhir pada mereka yang menghantar pemergian ku disertai deraian air mata yang deras mengalir.Aku fikir aku sudah cukup kuat, enggan menitiskan airmata namun akhirnya aku dirundung kesedihan yang amat.

Aku dapat melihat Zafrel dan senyuman ikhlasnya menghantarku. Aku menangis semahu-mahunya. Kini Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya dan kenapa aku yang merasa terseksa? hatiku benar-benar pedih.

Zadrel, tamatlah sudah cabaran, perjanjian dan hubungan kita. Tapi aku pasti, sesuatu yang ku jangka takkan pernah hadir kini menjengah dalam hariku.

Sebelum berlepas, aku sempat menghubungi Zafrel. Lama dia membisu hingga akhirnya aku dapat mendengar suaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience