BAB 4

Romance Completed 10762

Komennya yang tegas dan membina memberi semangat kepadaku. Sejujurnya dia adalah orang yang berjasa dalam membantuku meraih keputusan cemerlang dalam subjek tersebut, dan ikhlas aku katakan aku sangat berterima kasih kepadanya.

Namun aku sendiri tidak tahu, di mana silapnya, sikap ramah dan keprihatinannya padaku cuma cuma bertahan satu semester sahaja.

Menongkat ke semester keempat, pasti ada saja sikap dan perbuatanku yang serba tak kena di matanya. Tiada lagi pendidik yang prihatin singgah di mejaku untuk memeriksa dan bertanyakan perkembangan ku ketika sesi praktikal.

Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya yang makan hati dan adakalanya tak logik serta berbaur mengaibkan aku.

Ikutkan hati aku memang sudah tak tahan,nangis jangan cakaplah. Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku.

Aku muhasabah diri dan husnozon, mencari khilaf yang mungkin mengguris hati pendidik ini. Namun aku buntu.

Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya sekaligus menukar rasa di hatiku membuak jadi bara benci.

Harus aku akui bahawa sekelumit kebencian andai ia tidak dirawat bisa merebak menjadi nanah dan kudis.

Setahun ia dibiar tidak dipenduli, akhirnya ‘nanah’ itu pecah lalu terluahlah segala kebencian yang meruap-ruap. Malam persembahan kebudayaan Malaysia – Bandung menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi.

Dalam amarah, kami saling cabar-mencabar yang mana perlakuan kami itu disaksikan rakan-rakan juga tetamu yang hadir di majlis itu. Rasa malu sudah aku hapus, yang penting aku akan pastikan kemenangan berpihak padaku. Ini adalah pertembungan antara buku bertemu dengan ruas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience