BAB 6

Romance Completed 10762

Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari. Jadi tiada isu kes nak beromen bagai.

Pada satu hari, sebulan selepas kami bernikah, dia diserang demam teruk. Dan dalam demam dan batuk, dia masih berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak walhak aku sudah berkali-kali memberi penjelasan kepadanya.

Naik bingung aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat yang aku berikan, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku.

Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya dengan kain sejuk, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur.

Kami cuma diam tanpa bahasa, kadangkala aku perasan genangan air matanya yang sekaligus menjentik hibaku. Demi Allah, sepanjang tempoh itu dia berusaha untuk tidak menyentuhku.

Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa? Tinggi betul egonya kah dan harga diri yang dipertaruhkan sehingga dia berkeras tidak mahu menyentuhku? Atau sebenarnya tangisan itu punya makna lain? Aku keliru.

Beberapa hari kemudian, selepas dia pulih, sekali lagi kami jalani kehidupan yang normal.

Dek kerana runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku pula terganggu. Meskipun demam, aku tetap berazam untuk menyiapkannya.

Namun gagal. Serangan panas badan melumpuhkan energi ku. Cuma berbaki beberapa muka surat lagi saat aku tertidur lemah di hadapan PC pada pukul 5 pagi.

Aku terjaga taktkala jarum jam berada tepat jam 1 petang. Aku panik. PC ku matikan.

Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap ditulis dengan namaku di atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir.Eh itu kan tesisku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience