Bab 6

Crime Completed 8475

John Zanders POV

Aku melihat seorang demi seorang konco Bond diseksa.

Mereka di seksa sehingga mati dan kemudian mayat mereka akan di hantar ke markas Bond. Sudah seminggu aku cuba mengenal pasti identiti ketua Bond sekarang ini.namun yang aku tahu cumalah nama dia. Lev. Bila aku tanyakan nama itu kepada sekutu aku mereka semua menggeleng ketakutan malah ada yang sudah tarik diri dari bekerjasama dengan aku.

Kelihatan seperti Lev itu sangat lah menakutkan. Aku mengepal penumbuk.

Aku menghampiri salah seorang konco Bond. Rambutnya aku tarik kasar.

"Bagitahu aku Identiti Lev!!" Arah aku tegas. Lelaki itu memandang aku tajam.

"Beritahu aku!!!!" Jerkah aku. Lelaki itu meludah aku lalu tangannya menumbuk wajah aku.

"Kau akan mati!! Boss akan bunuh kau macam mana dia bunuh ayah dan adik kau!!!!" Jerit lelaki itu berang. Lalu aku tanpa berfikir panjang mencapai pistol di pinggang dan aku menembak tepat pada mata kanan lelaki itu. Dia yang sedang melutut tadi terus kaku terdiam lalu tubuhnya rebah ke lantai. Darah mengalir keluar dari matanya.

Aku tersenyum sinis. Wajah aku yang luka aku lap dengan tangan. Berani beraninya dia serang aku. Ingat dia siapa.

Aku kemudian mengarahkan komco konco aku membalut mayat dia dan hantar ke markas Bond.

****

Levina POV

Aku mengeluh berat. Hari ini sahaja sudah tiga mayat konco aku di hantar ke markas kami. Kesian mereka yang tak bersalah ini. Zanders pun bodoh. Semua yang dia bunuh ini semuanya tak boleh pakai. Mereka semua tak tahu identiti sebenar aku.

Aku tidak pernah menunjukkan wajah aku kepada mereka. Dari dahulu sampai sekarang. Hanya ahli ahli penting sahaja pernah melihat wajah aku.

"Pastikan keluarga dapat penghormatan dari kita. Jaga mereka semua." Arah aku runsing.

Shui mengganggukkan kepala kepada aku.

"Aku nak panggil Aylena semula." Kata aku perlahan. Shui memandang aku terkejut. Aylena, rakan baik merangkap orang kanan aku. Dia sudah cuci tangan atas desakan keluarga tetapi sekarang aku akan memanggil dia semula. Aku perlukan dia.

"Dia nak ke? Family dia macam mana?" Tanya Shui risau. Aku bermain main dengan pen.

"Itu aku akan uruskan." Kata aku perlahan. Shui mengganggukkan kepalanya sebelum berlalu keluar.

Aku memandang gambar aku dan Aylena yang aku letakkan di atas meja. Sudah lama pejabat aku ini tidak dimasuki orang. Kini aku sudah menghuni pejabat ini semula.

Aku akan kembali menjadi Lev. Lev yang kejam, Lev yang jahat dan Lev yang Psyco.

Aku berjalan ke arah almari jati besar yang aku letakkan di sebelah kiri ruang pejabat.

Aku buka dan sehelai kain putih menutupi pandangan aku dari melihat isi dalam almari tersebut.

Kain tersebut aku tarik dan senyuman sinis terukir di bibir aku.

Segala kelengkapan menyeksa dan membunuh aku masih kekal di situ. Seperti mana yang aku tinggalkan ia tetap berkilat dan kekal di dalam almari itu.

Aku mengambil sebilah pisau yang hujungnya tirus dihadapan. Tirus dan halus. Biasanya pisau ini aku gunakan untuk menyeksa mangsa aku di bahagian mata dan alat sulit mereka.

Tiba tiba pintu bilik aku di buka dari luar. Terperanjat aku sehingga pisau aku terjatuh ke lantai.

"Levi!!! Your back!!! I miss the old you!!!" Kata Aylena gembira. Terperanjat aku. Aku rasa baru sekejap aku menyatakan hasrat mahu mengambil dia semula dalam Bond.

"Whoa!!" Seriously? Aylena? What are you doing here?" Tanya aku pelik. Aylena tersenyum memandang aku.

"Aku nak kembali macam dulu. Aku dengar berita kau dah kembali. Aku cepat cepat datang ke sini semula!" Kata Aylena ceria.

"Aku baru nak panggil kau semula." Kata aku gembira.

"Macam mana dengan family kau?" Tanya aku lagi.

"Mereka terpaksa benarkan. Mereka tahukan aku ni degil keras kepala. Nak tak nak mereka benarkan." Kata Aylena.

"Anak kau?" Tanya Aylena. Aku tersenyum hambar.

"Micah di culik. Anak perempuan aku suruh abang aku yang jaga. Aku tak akan balik buat masa sekarang ni." Kata aku sedih.

"Aku nak selamatkan Hendry dan Micah dahulu." Sambung aku lagi. Aylena memujuk aku lembut.

****

Aku melihat Shui mengetatkan ikatan tali pada tangan konco Zenders. Abraham memandang aku tajam. Abraham merupakan ahli yang ditugaskan menjaga kawasan kawasan penting Zanders. Dia merupakan ahli yang di sayangi oleh Zanders.

"Jadi, kau lah Lev. Ketua Bond yang baru?" Kata Abraham sinis. Aku tersenyum sinis di sebalik topeng aku.

"Pembetulan. Lev bukan ketua Bond yang baru tetapi sebelum ni dia bersara!" Kata Aylena yang baru sahaja masuk ke bilik kurungan ini.

Aku menggelengkan kepala melihat Aylena. Masih dengan trademark dia. Topeng dan dress. Itulah pakaian rasmi dia. Tidak seperti aku jeans dan sweater hitam bersama topeng.

"Dan kau siapa pula?" Tanya Abraham lagi. Aylena ketawa nyaring.

Dia mengeluarkan pisau lipat miliknya. Lalu dia berjalan ke arah Abraham. Dia mencekak leher Abraham lalu pisau di letakkan pada pipi Abraham. Dia menekan sedikit di sedikit sehingga titisan darah mula kelihatan. Di samping itu tangannya menekan leher Abraham dengan kuat.

"Aku orang kanan Lev. Jangan ingat aku perempuan jadi aku lemah. Kau silap. Aku tak lemah macam kau!" Kata Aylena lalu terus melalukan posau dengan lebih dalam pada pipi Abraham. Abraham menjerit kesakitan. Aku ketawa sinis.

Aku memandang ke arah Shui yang dari tadi hanya diam.

"Dapatkan maklumat daripada dia. Sebanyak yang boleh." Kata aku tegas lalu berjalan keluar meninggalkan Shui dan Aylena menguruskan Abraham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience