Bab 8

Crime Completed 8475

John Zanders POV

"Aku tak fahamlah! Bagaimana mereka boleh bolos masuk ke dalam kelab kita?" Kata aku berang. Semua aset aku dalam kelab ni kena rampas macam tu je? Siapa sebenarnya Lev ni?!" Jerkah aku berang.

Jacob yang sedang berdiri tegak dengan wajahnya yang bengkak memandang aku serba salah.

"Maaf bos. Identiti Lev masih tidak di ketahui oleh kami. Kami sudah menyiasat ahi keluarga dan rakan rakan Hendry tetapi masih juga kami tidak kami ketahui identiti Lev." Kata Jacob.

"Bagaimana dengan isteri Hendry? Aku dengan perempuan tu meroyan semenjak Hendry dan anak dia aku culik. Mungkin dia ada mengupah orang untuk membalas dendam kepada kita." Tanya aku dengan marah yang masih belum reda. Segala aset aku, harta di kelab sudah di rampas oleh Bond. Lev yang mengetuai serangan itu.

Dari dulu sehinggalah sekarang. Bond hanya tahu mengambil aset kumpulan Zanders sahaja. Aku bukan ayah aku yang senang di kalah kan itu. Aku lebih kuat dari dia lebih berkuasa!

"Isteri Hendry sudah mati ketika melahirkan anak kedua mereka beberapa bulan yang lepas. Saya sendiri yang menjadi saksi mereka mengebumikan isteri dan bayi Hendry." Kata Jacob lancar. Benar. Aku terlupa isteri Hendry sudah mati. Terlalu sibuk dengan Lev sehinggakan aku lupa akan kematian isterinya.

"Sediakan kenderaan aku. Aku ingin berjumpa dengan Shui." Kata aku dingin.

"Tapi, bahaya tuan!" Kata Jacob lagi.

"Bawa sekali Hendry tu." kata aku lagi lalu terus berlalu pergi.

****

Levi POV

"Levi!" Panggil Shui tiba tiba. Aku yang sedang tidur terjaga.

"Sembunyi di bilik bawah tanah sekarang!" Arah Shui lalu menarik tangan aku supaya bangun.

Permaidani tebal aku yang berwarna merah hati diangkat lalu Shui membuka satu pintu rahsia di lantai.

"Apa dah jadi?" Tanya aku serius sambil masuk menuruni tangga ke tingkat rahsia bawah tanah tersebut.

"John Zanders datang." Kata Shui cemas.

"Biar jelah aku jumpa dia." Kata aku sinis.

"Jangan! Kau dah mati lupa ke?!" Kata Shui. Lalu dia menutup pintu rahsia tersebut. Tinggallah aku seorang diri dalam keadaan gelap ini.

Aku membuka lampu. Segala kelengkapan aku berada di dalam bilik ini. Aku capai topeng wajah milik aku. Lalu aku pakai. Rambut aku yang separas bahu aku ikat lalu aku jaket hood aku yang berwarna hitam dan hood aku sarungkan ke kepala. Gloves hitam aku pakai. Seluar tidur aku tukar kepada jeans hitam. Serba hitam hanya topeng aku bewarna putih.

Aku mencapai senjata aku. Spiral knife, pistol aku sembunyikan di bawah baju aku.

Setelah memastikan aku semourna aku berjalan ke arah tangga dan aku daki satu persatu anak tangga. Sempat mata aku menjeling ke arah komputer yang memaparkan cctv di sekeliling rumah agam aku. Kelihatan John dan konco konconya sedang berdiri dalam posisi bersedia untuk menyerang sambil mulut mereka terkumat kamit kata kata kepada Shui dan konco konco aku.

Aku tersenyum sinis. Pintu rahsia tersebut aku buka dengan keadaannya yang sedikit berat akibat karpet tebal yang di hamparkan diatasnya.

Aku menutup kembali pintu tersebut dan aku berjalan keluar dari bilik aku. Keadaan koridor aku yang hanya di surami cahaya suram menambahkan aura gelap yang sudah lama menanti untuk di bebaskan dari tubuh aku.

"Serahkan Hendry dan Micah dan Bond tidak akan mengganggu Zanders!!" Kata Shui. Aku yang mendengar di sebalik pintu utama terkejut.

Hendry ada bersama mereka? Anak aku Micah?!

Aku menggenggam penumbuk. Marah menguasai diri aku.

"Maaflah. Aku cuma bawa Hendry. Micah aku simpan untuk kegunaan di masa hadapan. Hahaahahahh!" Kata John sinis. Aku mengetap gigi.

Tombol pintu aku pegang. Malam ini aku akan dapatkan Hendry. By hook or by crook aku mesti dapatkan Hendry malam ini.

Aku kemudian menghantar pesanan melalui telefon aku kepada Aylena. Aku memberikan tugasan mengejut kepada dia dan tanpa sebarang penolakan ataupun bantahan, Aylena menerimanya dengan senang hati.

Aku tersenyum seperti yang di jangka. Mana mungkin Aylena menolak arahan daripada aku.

Aku tersenyum sinis. Sekarang ini aku hanya perlu berhadapan dengan John.

Mata aku pejam, nafas aku tarik dalam. Tangan aku semakin erat menggenggam tombol pintu.

Aku akan selamatkan keluarga aku malam ini juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience