Bab 2

Crime Completed 8475

Levina POV

Aku duduk di atas kerusi sambil menghirup secawan kopi yang baru tiba setelah dipesan tadi.

Dokumen di tangan aku belek membaca semula maklumat tentang perkara yang bakal di bincangkan sebentar lagi.

"Puan Levina?" Panggil satu suara garau di belakang aku. Aku menoleh dan senyuman aku lemparkan.

"Encik Zulian. Silakan duduk." Kata aku ceria.

"Maaflah kalau saya lambat ya." Kata lelaki itu.

"Oh, tiada apa apa. Saya pun baru je sampai ni. Pesanlah minuman dahulu. Perbincangan kita ni akan lama rasanya." Kata aku ceria. Encik Zulian memesan secawan kopi dan setelah itu kami memulakan perbincangan kami.

****

3 jam kemudian.

Aku penapak perlahan ke parking kereta. Dengan usia kandungan aku yang sudah mencecah 8 bulan aku semakin sukar untuk bergerak kemana mana.

Pintu kereta aku buka sebelum aku perasan cecair merah memenuhi cermin hadapan kereta aku.

"Shit!!" Gumam aku perlahan. Aku lantas keluar dari kereta sambil tangan laju sajaencapai pistol magnum yang terletak di bawah tempat duduk aku. Aku melihat lihat sekeliling kawasan parking kereta.

Kosong...

Tiada bayang sesiapa langsung. Aku mengeluarkan telefon lalu aku mendail nombor Hendry suami aku.

"Hendry. Aku kena sabotaj." Aku mendengar Hendry menjerit terkejut.

"Ya. Tolong hantar kereta baru. Cermin kereta hadapan penuh dengan darah. Hantar juga budak budak kau untuk bersihkan kereta aku dan bawa pulang ke rumah." Arah aku lancar. Sifat kepimpinan aku masih tidak hilang lagi. Well, i am the queen in the family.

10 minit berlalu dan aku masih menunggu dengan pistol erat ditangan.

Sebuah kereta berhenti dihadapna aku. Hendry keluar dari tempat duduk belakang.

"Sayang okay tak ni?" Tanya Hendry sambil sambil memegang tubuh aku melihat lihat jika aku tercedera.

"Im okay. Dont worry. Cuma sekarang aku nak tahu siapa yang buat macam ni?" Kata aku sinis. Aku tahu Hendry ada sembunyikan sesuatu daripada aku.

"Err, mana ada sayang. Kita ni memang ramai musuh tapi musuh yang betul betul berani untuk serang kita rasanya tiada." Kata Hendry. Aku memandnag dia lama lalu terus mengganggukkan kepala.

Percaya? Mustahil aku percaya. Aku tahu Hendry ada sembunyikan sesuatu daripada aku cuma dia tak mahu beritahu aku, mungkin mengenangkan aku yang sedang berbadan dua ini.

Hendry membantu aku masuk ke dalam keretanya lalu kami segera berlalu pergi dari kawasan parking tersebut.

Aku hanya diam memandang ke luar tingkap. Aku tidak takut akan ancaman tersebut tetapi sifat tidak puas hati kerana ada yang berani mengganggu aku sudah mula kembali membara.

"Hapuskan siapa yang kacau aku tadi." Kata aku keras pada Hendry. Hendry terpaku mendengar kata kata aku mungkin kerana terkejut mendengar aku memberikan arahan yang mana aku sudah lama tinggalkan.

"Okay sayang. I will." Kata Hendry perlahan. Tubuh aku dirangkul lembut. Aku mengetap gigi. Jika tidak mengenangkan tubuh aku yang sedang sarat ini sudah lama aku menukar pakaian rasmi kumpulan aku dan membunuh sesiapa yang mengugut aku tadi.

****

2 minggu kemudian...

Hari ini setelah aku selesai berjumpa dengan encik Zulian, aku tiba tiba di rangkul dengan kasar di bawa masuk ke dalam kereta ya g tidak aku kenali.

Tubuh aku yang sarat menyukarkan aku melawan tetapi dengan kemahiran yang selalu aku asah setiap kali selepas pulang dari kerja aku berjaya menembak 2 orang lelaki yang memegang aku dan pemandu kereta tersebut.

Kereta yang di pandu dengan kelajuan sederhana berlanggar dengan sebuah kenderaan yang lain sebelum terus menghentam sebatang pokok. Nasib menyebelahi aku apabila aku menggunakan kedua tubuh lelaki yang sudah mati itu untuk mengurangkan kesan hentakan dan semestinya aku menjaga kandungan aku dengan baik sekali.

Aku keluar dari kereta dengan kaki yang sakit dan hidung yang berdarah. Skirt aku koyak menunjukkan paha aku dan paha aku turut calar.

Aku kemudian mencapat telefon yang aku letakkan di poket kot dan menelefon Shui. Abang aku hari ini pulang untuk berjumpa dengan aku sebelum aku bersalin nanti.

"Abang... ada orang tangkap Levina. Levina okay cuma cedera sikit. Orang yang tangkap Levi dah mati. Oh sekejap. Levi nampak sesuatu bergerak." Kata aku lalu menghampiri kereta tersebut semula. Pemandu yang aku sangka sudah mati masih hidup lagi. Aku ketawa sinis. Ketawa yang sudah lama aku tidak lakukan.

"Ada seorang hidup lagi. Datang sini cepat. Aku tak nak yang seorang ni mati. Dia berharga buat kita." Kata aku selamba.

"Aku akan bawa pasukan perubatan ke sana sekali." Kata Shui serius lalu dia mematikan talian. Aku duduk bersandar pada batang pokok sambil memegang perut aku yang sedikit senak. Aku harap kandungan aku baik baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience