Bab 5

Crime Completed 8475

Levina POV

Aku mencampakkan segala barang barang yang ada di atas meja kerja.

Setelah aku mengeledah aku perasan ada file hitam yang di sembunyikan oleh Hendry di dalam laci yang berkunci. Aku terpaksa memecahkan laci tersebut untuk membac kandungan fail tersebut.

Beberapa helai kertas bertulis Revenge dan gambar mayat konco konco aku yang hilang kepala dan tangan berada di dalam fail tersebut.

Aku meraup wajah aku kasar. Kenapa suami aku rahsiakan perkara ni dari aku.

"Levi." Shui tiba tiba masuk ke dalam bilik aku.

"Ada sesuatu yang kau perlu uruskan." Kata Shui. Dia memakai topeng jaket hitam dan glove kulit.

Aku bangun dan mengemaskan baju jaket aku.

"Oh, aku rasa kau perlu pakai topeng dan glove." Kata Shui sinis. Aku memandang dia tidak percaya.

Topeng dan glove milik aku yang aku simpan bertahun tahun di dalan peti besi aku keluarkan semula. Lalu aku pakai. Nafas aku tarik dalam.

Dengan ini kembalilah semula Lev dari bond.

Dan kali ini aku berjanji tidak akan berhenti dari menjadi Lev...

****

Aku melihat seorang lelaki yang tangannya sedang di ikat di belakang kerusi.

Dia memandang aku takut takut.

"Tu... tuan... Hendry??" Tanya lelaki itu dengan perlahan. Aku hanya diam sambil berjalan mengelilingi lelaki itu.

"Huh!! Kau bukan Hendry!! Hendry dah mati!!!" Jerit lelaki itu. Tiba tiba sahaja menjadi berani.

Aku menumbuk wajah lelaki itu kuat. Dia dan kerusi sama sama terjatuh. Keadaan dia kini terbaring sambil terikat pada kerusi.

Kolarnya aku tarik kuat dan aku mendekatkan wajah aku pada lelaki itu. Topeng aku buka.

Lelaki itu memandang aku terkejut.

"Puan... puan... Levina?" Kata lelaki itu tidak percaya. Aku tersenyum sinis.

"Panggil aku Lev..." kata aku keras..

Aku kemudian melepaskan kolar lelaki itu lalu aku menyepak perut lelaki itu kuat.

"Dengar cerita kau pengkhianat dalam kumpulan ni. Berapa kali dah kau jadi penyampai maklumat untuk kumpulan lain. Sekarang ni untuk Zanders pula ya??" Kata aku sinis.

"Kau... kau sebenarnya yang bunuh Alex dan Una Zanders!!" Jerit lelaki itu. Aku ketawa sinis. Topeng aku pakai semula.

"Ya, aku bunuh mereka! Kenapa? Nak balas dendam? Nak bunuh aku? Kau tak akan pernah dapat!!" Serentak itu aku mengeluarkan pisau rambo aku dan aku mengkelar leher lelaki itu tanpa belas kasihan.

Darah memancut keluar mengenai tubuh aku tetapi aku hiraukan. Dah lama tak rasa perasaan begini. Kepuasan.

Aku kemudian berjalan keluar dari bilik.

"Cari anak dan suami aku!!" Jerit aku berang.

****

John Zanders POV

Aku menendang pintu bilik di mana Hendry di tempatkan. Hendry yamg sedang duduk tersandar lemah memandang aku tajam. Aku menarik rambut dia kuat.

"Kau!! Apa kau dah buat!! Pemberi maklumat aku dah mati!! Siapa yang bunuh dia!! Siapa yang cukup kuat untuk bunuh dia!!! Cakap!!!" Jerit aku pada Hendry. Hendry hanya tersenyum sinis.

"Kau tahu tak kau dah bangkitkan dia...." kata Hendry sinis. Aku terkejut mendengar kata kata dia. Apa maksud dia? Bangkitkan? Siapa?

"Siapa sial!!!" Jerit aku berang. Hendry ketawa sinis.

"Siapa!!!"

"Pembunuh ayah dan adik kau!!!!!" Hendry jerit pada aku. Aku terkejut. Maknanya benarlah bukan dia yang bunuh ayah dan adik aku...

Tapi siapa? Siapa?

Dengan fikiran yang serabut aku berjalan perlahan keluar dari bilik kurungan Hendry

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience