Bab 7

Crime Completed 8475

John Zanders POV

Aku memandang Abraham yang kelihatan parah keadaannya. Baru dua hari dia diculik tetapi keadaannya sangat teruk. Wajahnya hancur dipukul kaki dan tangannya patah. Malah setiap jari ditangannya sudah dipotong.

"Siapa yang buat kau macam ni?" Tanya aku marah. Aku mendekatkan wajah pada Abraham yang mulutnya sedang terkumat kamit ingin menjawab soalan aku.

"Lev..." kata Abraham. Aku mengecilkan mata. Kejam. Dia seksa budak aku lalu kembalikan semula kepada aku nyawa nyawa ikan.

Huh apa bezanya aku dan dia. Sama sahaja kami ini.

"Dia... ada.... dua.... or.... ang..... ka.... nan...." kata Abraham lagi lemah.

"Se....orang..... per.... em.... puan..... dan se.... orang..... lelaki.... Lev.... i.... den.... ti.... ti..... nya..... ti.... dak..... di.... ket.... ahui....." kata Abraham lemah. Aku mengerutkan dahi.

Darah keluar dari mulut Abraham. Aku mendengus marah. Aku memandang Jacob. Jacob memandang aku dingin. Setelah kematian Abraham Jacob yang akan menggantikan tempat Abraham.

"Kau! Cari identiti Levi!!" Arah aku berang. Serentak itu kemudian aku menumbuk dinding.

Perasaan marah aku membuak buak kepada kumpulan Bond. Aku akan hapuskan mereka!!

****

Levi POV

Aku tersenyum apabila dapat melihat wajah John yang sedang kusut itu di kelab malam miliknya.

Aku hari ini menyamar menjadi salah satu pelanggan di kelab malam milik John. Aku ingin melihat wajahnya yang tertekan kerana telah ramai konconya yang aku sudah berjaya tangkap dan bunuh dalam masa seminggu.

"Hai..." tegur seorang lelaki bermata biru. Aku memandang lelaki itu. Jacob. Orang kanan John yang baru bagi menggantikan Abraham yang sudah mati. Senyuman manis aku ukirkan untuk Jacob.

"Seorang je?" Huh! Ayat mengorat dia pun dah lapuk.

"Ada nampak orang lain ke dekat dengan aku?" Tanya aku sinis.

Jacob tertawa kecil. Entah apa yang lawak pun aku tidak tahu.

"Ada." Kata Jacob. Aku mengerutkan dahi pelik.

"Siapa?" Jacob mendekatkan bibir dia dengan telinga aku.

"Aku..." bisik dia perlahan. Mahu sahaja aku tumbuk perut dia namun aku tahan. Ingat lawak?

Aku ketawa kecil sambil menutup mulut aku pura pura sopan. Sopan lah sangat tak lama lagi aku akan pastikan anak tekak si Jacob ni aku akan tarik keluar dengan tangan aku sendiri.

"So.... Jacob. Jacob Zanders." Kata Jacob memperkenalkan dirinya sendiri.

"Dawira Hudson." Kata aku pula. Nama itu aku reka sahaja sebelum aku tiba di kelab ini. Identiti palsu aku ini sudah aku pastikan bahawa ianya benar dan jika mereka mencari maklumat tentang aku mereka akan jumpa nama palsu aku ini.

"Dawira... cantik nama macam tuannya." Kata Jacob bermanis mulut. Mahu sahaja aku jahit mulut lelaki ini. Im sorry but im married huh!

"Tak pernah aku nampak kau datang sini?" Tanya Jacob.

"Baru je pindah dua hari yang lepas. Aku dari Chicago datang sini atas urusan kerja."

"Datang kelab sini pun hanya untuk tenangkan minda. Maklumlah. Esok dah mula kerja kan...."

"Suasana dalam ni tenangkan. Memang sesuai untuk relakskan fikiran." Kata Jacob.

"Ya. Tapi lagi seronok kalau tiada pengawal pengawal gatal dekat pintu masuk. Tadi aku nak masuk tapi mereka raba belakang aku." Kata aku memberikan alasan. Aku sudah rangka pelan aku ini sudah lama. Cuma tak sangka hari ini aku akan laksanakannya. Aku ingatkan kedatangan aku hari ini hanya ingin melihat lihat.

"What?" Jacob terkejut lalu memandang ke arah pintu masuk kelab.

"Mereka raba kau! Kau jangan risau. Aku akan pastikan mereka dipecat malam ini juga." Kata Jacob lalu meminta diri dan terus menuju ke pintu masuk kelab. Aku tersenyum sinis. Telefon bimbit aku keluarkan dan menghantar pesanan kepada Shui.

Tidak lama kemudian Shui kembali menghantar pesanan berbaur amarah kerana aku telah menjalankan tugas tanpa menunggu mereka.

Dua orang pengawal yang berjawal di pintu tadi masuk bersama Jacob lalu mereka terus ke tingkat atas kelab. Tidak lama kemudian dua orang lelaki yang memakai sut hitam turun lalu terus memgambil posisi mereka di pintu masuk kelab.

Dalam diam aku tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience