Bab 9

Crime Completed 8475

John Zanders POV

Aku terdengar bunyi pintu di buka di belakang konco konco Bond. Tangan aku yang sedang menghalakan pistol pada kepala Hendry menjadi lemah secara tiba tiba.

Bayangan yang aku takutkan selama ini. Yang sentiasa menghantui tidur aku beberapa bulan ini. Benarlah yang diperkatakan semua. Auranya sahaja sudah menakutkan apatah lagi apabila berhadapan dengannya.

Lev keluar di sebalik pintu Shui pula masih menghalakan senjatanya ke arah aku dia seolah olah tahu akan kehadiran Lev.

Lev berjalan menghampiri Shui. Senjata di tangan Shui di turunkan dan Shui mengikuti arahan senyap Lev itu.

Lev berjalan ke hadapan sedikit. Dia memandang aku.

"Jadi kau lah John Zanders? Anak kepada kepala Zanders yang aku bunuh dulu tu?" Kata kata Lev mengejutkan aku. Aku sangkakan Lev ini adalah ahli baru yang berkebolehan sehinggakan di beri kepercayaan untuk mengawal kumpulan rupa rupanya dialah selama ini ketua kumpulan ini. Dia lah yang mewujudkan Bond menaikkan nama Bond, dan dia jugalah yang membunuh keluarga aku. Selama ini dia menggunakan Hendry untuk bersembunyi. Huh! Aku sudah tertipu.

Aku memandang wajahnya yang di tutup dengan topeng berwarna putih. Topeng yang menakutkan kerana tiada langsung corak ataupun bentuk di topeng tersebut.

"Kau yang bunuh keluarga aku?" Tanya aku geram.

"Aku rasa aku dah sebut tentang hal tu. perlu ke aku ulang lagi?" Kata dia dengan sinis. Aku memandang Hendry yang sudah lemah itu. Dia sedang melutut lemah di kaki aku.

"Mesti kau meyesalkan? Tangkap Hendry, habiskan masa kau pada lelaki tu tetapi sebenarnya bukan dia yang hancurkan keluarga kau, tapi aku." Kata Lev sinis.

"Kau bersusah payah seksa Hendry, kau culik Micah. Tapi pembunuh keluarga kau sebenarnya aku. Huh! Pathetic!" Kata Lev lagi. Sinis dan kejam. Tanpa aku sedar sebenarnya manik manik peluh ketakutan sudah membasahi dahi aku.

"Fuck, aku tak pernah takut macam ni." Bisik aku perlahan.

"Serahkan Hendry atau kau mati." Kata Lev dingin.

Aku mengeluarkan ketawa sinis tetapi ianya kedengaran palsu kerana suara aku menggigil.

"Takut ke John? Kau dan ayah kau sama je. Aku ingat lagi rupa dia sebelum aku bunuh dia." Kata Lev lagi. Aku mengetap gigi. Mata aku memandang Lev tajam. Lev mengeluarkan spiral knife miliknya lalu dia bermain main dengan pisau tersebut.

"Serahkan Hendry..." kata Lev lagi. Aku terdiam. Kenapa aku jadi kaki macam ni?

"Hahahahha!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience