Bab 3

Crime Completed 8475

Levina

Aku terjaga daripada tidur sebaik sahaja aku terdengar bunyi di hadapan bilik aku. Tiga minggu sudah berlalu semenjak kali terakhir percubaan menculik aku di lakukan.

Dengan tubuh yang semakin berat dan kaki yang sudah mula bengkak aku mengagahkan juga tubuh aku untuk bangun dan melihat dari mana datangnya bunyi bising tersebut.

Semakin hampir aku dengan pintu semakin kuat bunyi bising yang aku dengar tadi.

BANG!!!

Bunyi tembakan jelas kedengaran di luar pintu bilik aku. Terbeliak mata aku. Kami di serang ke?

Tombol pintu aku capai cuba buka namun gagal. Aku menggoyangkan pintu cuba untuk buka namun tetap gagal. Lagi sekali aku terdengar bunyi tembakan tapi kedengaran agak jauh dari bilik aku. Mungkin di tingkat bawah.

Aku berjalan ke arah katil di mana aku ada menyorokkan pistol di bawah katil.

Peluru aku kira lalu aku menarik laras pistol bersedia untuk menembak.

Bang!!

Bunyi pistol di sertakan dengan jeritan.

Anak aku, Micah!!

Aku melihat ke arah tingkap di mana Micah di bawa masuk ke dalam sebuah kereta dan kereta itu terus memandu laju keluar dari perkarangan rumah.

"Micah!!" Jerit aku lantas aku berlari ke arah pintu. Tombol pintu aku tembak lalu aku menarik pintu. Pintu terbuka luas dan beberapa mayat bergelimpangan di atas lantai.

Aku berjalan melihat konco konco Bond yang sudah mati dan beberapa konco konco musuh kami yang aku sendiri tidak kenal.

Pistol aku hala ke depan. Bersedia dari sebarang serangan.

Aku menuruni tangga debgan berhati hati. Suasana rumah yang tadi bising sudah senyap sunyi yang ada hanyalah mayat mayat yang aku tidak tahu hidup kah atau sudah mati.

"Bella!" Aku memanggil Bella pembantu rumah aku. Dia sedang terduduk di sudut sambil menangis.

Bella memandang aku.

"Puan? Puan? Puan okay? Puan tak cederakan?" Tanya Bella yang mana tubuhnya sudah penuh dengan darah dan bibirnya pecah. Aku menggelengkan kepala.

"Mana Hendry? Mana abang abang aku? Anak aku mana?" Tanya aku pelik. Aku melihat sekeliling.

"Micah sudah di larikan oleh orang jahat puan. Tuan Hendry di tembak dan dia di ikat lalu turit dibawa pergi. Abang abang puan...." bella diam sekejap.

"Kenapa Bella?" Tanya aku pelik.

"Mereka tadi di tembak tepat pada kepala mereka." Luruh jantung aku mendengar kata kata Bella. Abang aku.. dah mati. Arthur dan Ian sudah mati....

Aku terduduk di lantai. Bella menahan aku dari jatuh ke lantai dengan hentakan yang kuat.

"Bella... call... call Shui..." kata aku perlahan. Air mata aku tahan dari mengalir.

Anak aku, suami aku, abang aku... mereka....

****

"Levi, abang dah siasat siapa yang buat macam ni." Kata Shui.

Aku memandang dia tajam.

"Zanders..." terus tegak badan aku.

"Zanders dah mati." Kata aku keras.

"Mengikut maklumat zanders ada seorang anak lelaki yang belajar di luar negara. Setelah kau bunuh keluarga Zanders dia mula melatih diri menjadi mafia. Seorang demi seorang kumpulan mafia yang besar dia sudah berjaya jatuhkan...."

"Dan sekarang dia mahu menjatuhkan kita semula. Dia ingin balas dendam..." kata aku perlahan sambil aku memandang potret keluarga aku.

"Dapat kesan Micah? Hendry?" Tanya aku keras. Keselamatan anak dan suami aku lebih penting sekarang ini.

Shui menggelengkan kepala perlahan. Riak wajahnya serba salah. Aku mengganggukkan kepala perlahan lalu berdiri.

"Kau nak pergi mana dik?" Tanya Shui lalu memegang tubuh aku.

"Bunuh Zanders." Kata aku selamba. Shui mendudukkan aku semula.

"44 hari selepas kau bersalin. Baru aku benarkan." Kata Shui tegas. Aku menolak tubuh dia.

"No Levina! Dengar cakap abang! Kau sayangkan Hendry bukan? Dia dah lama tunggu anak dalam perut tu. Kau jaga budak dekat dalam tu baik baik." Kata Shui tegas. Aku akur akan arahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience