Bab 1

Crime Completed 8475

Hai pembaca, kalau awak semua nak tahu tentang kisah lama Levina(watak utama dalam cerita ini) at least anda haruslah membaca series pertama cerita ini yang bertajuk BOND. Terima kasih ; )

Levi POV

Tiga tahun sudah berlalu...

"Mummy, bila adik nak keluar?" Tanya Micah sambil memeluk perut aku yang membesar. Aku tersenyum kepada dia. Kepalanya aku usap lembut.

"Tak lama lagi sayang..." kata aku sambil tersenyum pada Micah. Micah kini berusia 6 tahun dan dia sudah mula ke sekolah tadika.

"Yeah, Micah tak sabar sabar nak dapat adik. Adik lelaki ke perempuan mummy?"

"Perempuan lah sayang.. Micah suka tak?" Tanya aku perlahan lalu aku angkat Micah ke riba aku. Micah memeluk leher aku manja lalu dia melentokkan kepala dia ke bahu aku. Aku yang tadi duduk terus bangun lalu berjalan keluar dari bilik.

"Hoi budak. Nak pergi mana tu?" Tanya Ian yang sedang merokok di koridor rumah. Aku mengerutkan dahi aku.

"Sebelum aku hentak kepala kau, better kau matikan rokok tu. Tahukan dalam rumah dilarang merokok." Kata aku keras. Yes, aku dah lama berhenti bunuh orang and now aku tengah mengandung anak kedua aku. Tapi itu tak bermakna perwatakkan aku sebagai Lev hilang. Masih ada cuma aku sahaja tidak tunjukkan.

Ian memandang aku cemas. Halkumnya bergerak gerak. Rokok di tangannya dimatikan.

"Sorry.." katanya perlahan. Aku mengawal riak wajah aku dan Micah tanpa tanpa segan silu mengetawakan pak ciknya Ian.

"Hahahah! Padan muka uncle kena marah dengan mummy." Kata Micah dengan ketawanya yang semakin kuat. Aku menggelengkan kepala perlahan. Ian menghampiri aku dan Micah.

"Micah nakal ye gelakkan uncle. Tak kesian ke dekat uncle kena marah dengan mummy Micah. Tak nak belanja Micah mainan lagi.." sengaja Ian pura pura merajuk.

Micah memandang aku dan Ian. Matanya bulat aku lihat. Lalu Micah menghulurkan tangannya kepada Ian. Meminta supaya Ian mendukungnya.

"Uncle jangan merajuk Micah gurau je... Micah nak uncle belanja Micah mainan..." kata Micah. Ian menyambut huluran micah lalu mencium pipi Micah. Aku tersenyum melihat mereka. Micah dan Ian memang rapat kerana Ian status Ian yang masih belum berkahwin. Shui pula memutuskan untuk tidak berkahwin kerana pekerjaannya sekarang ini. Dia sekarang berada di London menguruskan kumpulan di sana.

"Ian, kau dah dukung anak aku tu, kau hantar dia ke sekolah. Aku dah lambat ni." Kata aku sambil tersengih pada Ian. Ian pula seperti lambat menghadam kata kata aku. Aku mengambil peluang itu dengan mencium dahi Micah. Selepas itu aku segera berjalan laju ke tingkat bawah.

"Bye Ian, terima kasih hantarkan anak aku ke sekolah ya!" Kata aku gembira. Sempat aku memandang Ian dan Micah yang keliru apabila aku tiba tiba berlalu pergi.

"Tak guna punya adik!!" Aku terdengar suara Ian menjerit dari dalam rumah. Aku ketawa kecil kerana berjaya mempermainkan Ian.

****

Hendry POV

Aku menerima sepucuk surat ugutan disertakan melalui tubuh salah seorang konco aku yang sudah mati. Aku menjumpai dia di hutan belakang markas apabila aku sedang mengambil angin di hutan belakang markas kami.

Kepalanya terpusing tangan kanannya hilang isi perutnya terburai. Itulah keadaan konco aku yang sudah mati itu. Disertakan surat pada tangan kirinya.

Setiap hari ada sahaja konco aku yang di bunuh secara kejam. Surat ugutan juga ada bersama sama mayat yang sudah mati. Hari ini genap dua minggu perkara ini sudah berlaku.

"Apa yang surat tu tulis?" Tanya Shui. Kami berhubung melalui skype sekarang ini kerana Shui berada di London.

"Macam biasa. Revenge." Kata aku perlahan. Shui berdecit. Tubuhnya disandarkan pada kerusi.

"Siallah, siapa dia orang sebenarnya! Apa yang dia orang nak!" Amuk Shui. Aku hanya diam.

"Aku dah arahkan anggota kita pergi siasat. Penyiasat kita yang berada di jabatan polis juga aku dah arahkan untuk siasat mana mana kumpulan yang kerap buat masalah dengan kumpulan lain." Kata aku pada Shui. Shui mengganggukkan kepalanya. Topengnya dibuka menunjukkan wajahnya.

"Tak salah aku pilih kau jadi orang kanan aku." Kata Shui sambil tersenyum. Aku turut membuka topeng lalu aku menghadiahkan senyuman aku pada Shui.

"Dan aku tak salah juga serahkan adik aku kepada kau." Kata kata Shui buat aku tersengih lebar. Teringat aku kepada isteri aku Levina. Sekarang sedang mengandungkan anak kedua kami. Usia kandungannya sudah enam bulan. Aku tak sabar sabar menantikan bayi perempuan aku yang bakal lahir tidak lama lagi.

"Senyum senyum apa tu..." kata Shui cuba bergurau. Aku mengelengkan kepala aku. Sudah tiga hari aku tidak pulang ke rumah kerana terlalu sibuk dengan kerja. Rindu sangat dekat isteri aku tu.

"Tak de apa apa lah. Kau bila nak balik sini? Dekat setahun kau dekat London. Tak rindu ke dekat Levina?" Shui tersengih kepada aku.

"Macam mana nak rindu kalau satu hari berkali kali kitaorang on the phone."

"Sehari berapa kali kau orang berbual?"

"Lima ke enam kali. Kadang kala lebih." Aku terkejut mendengar kata kata Shui. Ini sudah lebih. Aku on the phone dengan isteri aku pun dua kali sehari je. Itu pun kalau perlu.

Aku memandang Shui bengang dan Shui mengetawakan aku.

"Mana boleh macam ni. Aku suami dia pun tak on the phone macam tu punya banyak!" Bentak aku bengang.

"Hahahah! Kau kena ingat Hendry. Walaupun kau suami dia aku ni tetap abang kesayangan dia. Hahaha!" Kata Shui sengaja menyakitkan hati aku.

Tiba tiba pintu pejabat aku di buka oleh seseorang. Levina muncul sambil berpakaian korporatnya. Wajahnya ceria dengan perutnya yang semakin membesar itu. Tersenyum lebar aku melihat Levina datang ke pejabat aku semata mata untuk berjumpa dengan aku.

"Aku dengar suara abang aku dalam ni! Mana mana?" Kata kata Levina buat senyuman aku mati. Tak guna betul. Dia cari abang dia dulu. Shui yang mendengar suara Levina menjadi teruja.

"Levi? Mana Levi mana? Abang kat dalam komputer ni!" Kata Shui aku hampir hampir ingin komputer aku tetapi Levina sudah sampai dia sebelah aku.

"Hai abang, rindu bila nak balik!" Kata Levina sambil tangannya bergerak menolak aku yang sedang duduk di kerusi. Aku terpaksa bangun. Mengalah dengan isteri aku ni. Aku duduk di lantai bersandar pada meja sambil mendengar perbualan isteri aku dan Shui.

Ishh.... geramnya. Tiga hari tak jumpa isteri tetapi senang senang aku dikalahkan oleh abang ipar aku yang hanya ada di dalam komputer.

****

Levi POV

Perbualan aku dan Shui terganggu apabila aku merasakan ada tangan yang mengusap usap perut aku yang memboyot ini. Aku melihat tuan punya tangan yang mengusap perut aku.

Hendry sedang mengusap usap perut aku. Apabila aku memandangnya dia tersengih sumbing pada aku. Dah lah dah tiga hari tak balik rumah lepas tu nak pegang pegang perut aku pula.

Aku menjeling Hendry lalu tangannya aku cubit. Walaupun aku sudah cubit namun dia masih tidak mengalihkan tangannya. Hanya mulutnya sahaja berdecit kesakitan.

Beberapa minit kemudian aku dan Shui menamatkan perbualan kami. Aku menutup laptop Hendry lalu aku memandang Hendry yang masih memandang dan mengusap perut aku.

"Girl ke boy?" Tanya Hendry. Aku mengerutkan dahi. Mamat ni... betul ke tak betul ni? Aku rasa dia ada dengan akukan masa scan jantina bayi beberapa bulan yang lepas.

Hendry tersengih kepada aku setelah dia perasan riak wajah aku berubah.

"Okay okay sayang. Sorry sorry. Saje je nak gurau. Ish..." kata Hendry takut takut tapi belagak berani. Aku menjeling dia lalu aku menarik telinga dia. Geram.

"Kenapa dah tiga hari tak balik rumah? Hah? Dah tak ingat anak bini? Sibuk dengan kerja. Balik sekarang! Nanti tengah hari ambil Micah dekat sekolah." Aku mula membebel. Hendry mengerutkan dahi sambil tangan memegang tangannya aku cuba melepaskan telinga dia yang sedang kesakitan itu.

"Alah sayang, sorrylah. Aku ada kerja banyak." Aku meminta maaf kepada aku. Aku hanya menjeling. Tangan aku masih lagi memulas telinganya kuat.

"Kerja dekat office tinggalkan dahulu! Pergi balik sekarang." Kata Levina geram. Aku kemudian bangun dan berjalan semula ke pintu keluar. Hari ini ada klien yang harus aku jumpa, jadi aku tidak boleh lewat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience