Bab 10

Crime Completed 8475

Levi POV

"Hahahahaah!" Aku ketawa kuat melihat John yang menggigil ketakutan membuatkan aku geli hati.

Aku sangkakan dia kuat rupa rupanya lemah.

Aku membuka selangkah je hadapan.

John kelihatan terkejut melihat aku menghampiri dia.

Senjatanya di genggam erat. Lalu lagi sekali dia mengacukan pada Hendry yang sedang melutut lemah. Darah memenuhi wajah dan tubuh suami aku.

Hendry bernafas perlahan. Matanya memandang aku. Memberi kebenaran untuk aku menyerang.

Aku tersenyum sinis. Walaupun senyuman aku hanya aku sahaja yang tahu. Tiba tiba kedengaran bunyi klik sebanyak tiga kali di sekeliling kawasan rumah aku. Pada klik yang terakhir tiba tiba keadaan yang senyap menjadi bising. Segalanya kucar kacir. Shui berlari kearah John. Konco konco Bond dan Zanders mula menyerang sesama mereka.

John dan Shui berlawan sesama mereka meninggalkan Hendry yang kini sudah terbaring di tengah tengah pertarungan mereka.

Aku menghampiri Hendry dan tiba tiba aku di serang oleh Jacob. Jacob menghayunkan penumbuk di wajah aku dan aku elak.

Lagi sekali dia cuba menumbuk aku dan aku tepis dengan memegang tangan dia dan memulaskannya ke belakang tubuh dia.

"Kau tak setanding dengan aku." Kata aku sinis lalu spiral knife yang masih di tangan aku hayunkan tepat ke arah perut Jacob. Tidak cukup dengan itu aku menikam Jacob berkali kali sehingga dia sudah tidak bernyawa. Aku ketawa sinis.

Aku mencampakkan jasad Jacob yang tidak bernyawa itu. Aku kembali menghampiri Hendry.

"Hendry, open your eyes..." kata aku perlahan. Hendry buka matanya.

"Levi...." panggil dia perlahan. Tangan Hendry aku letakkan pada bahu aku. Lalu Hendry dan aku bersama sama bekerjasama untuk berdiri. John nampak aku sedang membantu Hendry ingin menyerang aku tetapi di halang oleh Shui. Aku lantas membawa Hendry masuk ke dalam rumah agam. Pembantu rumah dan doktor peribadi aku sudah sedia menunggu di ruang tamu rumah.

"Andrew! Cepat rawat Hendry!" Arah aku dengan tergesa gesa.

Setelah itu aku berlari naik ke tingkat atas di mana sniper aku sudah tersedia di atas.

"Satu keluarga aku akan hapuskan. Masing masing serangga perosak dan aku pembunuh serangga perosak." Aku mula membebel. Semenjak jadi seorang isteri dan ibu aku makin kerap membebel.

Aku mengacukan mencung senjata kepada target yang aku mahu tembak.

Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi seorang demi seorang musuh tumbang. Aku melihat Shui yang hampir di tembak oleh John. Aku pantad menembak John tetapi tersasar dan mengenai tangan John. Pistolnya terlepas. Lalu John memandang ke sekeliling dia mencari dari mana arah tembakan datang tetapi dia melihat hanya sebilangan sahaja konconya yang masih hidup. Perkara itu mungkin membuatkan dia takut dan sedikit menggigil. Shui yang masih terbaring mencuba untuk bangun dan kembali menyerang namun John sudah melarikan diri.

Aku kembali menembak tetapi kerana John yang berlari ke arah pagar utama menyebabkan dia dapat berselindung di sebalik pagar batu tersebut dan melarikan diri. Aku mendengus kuat.

Senjata aku campakkan ke lantai dengan kasar lalu aku berjalan turun ke bawah. Kelihatan Shui dan konco konco aku sedang terduduk lemah di atas lantai.

"Dia lari bos." Kata salah seorang dari mereka.

"Aku tahu." Kata aku dingin lalu aku mengarahkan pembantu rumah untuk memberikan rawatan kecemasan kepada mereka semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience