Bab 13

Crime Completed 8475

John Zanders POV

Aku bersembunyi di sebuah rumah usang. Segalanya sudah musnah. Segalanya yang aku bina selama ini telah musnah oleh Bond!

Ketika aku pulang ke rumah ingin mendapatkan rawatan segala harta benda dan konco aku telah tiada. Rumah aku habis di bakar Bond. Kelab aku juga menerima nasib yang sama. Kini aku sudah tiada apa. Aku kini cuma pelarian dan aku yakin yang Lev sedang mencari aku. Aku mengepal penumbuk.

"Aku akan bunuh kau Lev!!!" Jerit aku kuat.

****

Levi POV

Tiga bulan sudah berlalu namun aku masih tidak dapat mengesan John. Entah di mana agaknya dia bersembunyi. Hendry semakin pulih dan sudah mula kembali bekerja manakala Micah pula walaupun sudah sembuh tetapi dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

Aku tak boleh nak buat apa kerana Micah masih kecil tetapi dia sudah terpaksa melalui pengalaman yang menakutkan seperti itu.

Sedikit demi sedikit aku cuba menyembuhkan anak lelaki itu. Rakannya Cassandra juga selalu datang ke rumah agam untuk menyembuhkan Micah. Tersenyum aku melihat Cass dan Micah bermain di belakang rumah.

Aylena tiba tiba masuk ke dalam bilik aku. Wajahnya kelihatan serius.

"Aku terima maklumat bahawa kelibat John kelihatan tidak jauh dari kawasan kita." Kata Aylena dingin. Aku tersenyum sinis.

"Aku tahu. Aku ada nampak dia ikut kereta aku di bandar beberapa hari yang lepas." Kata aku sinis.

"Tapi aku tak risau dengan identiti aku sebab aku sentiasa pakai topeng ke mana sahaja." Kata aku sinis. Masyarakat sekeliling juga sudah tahu Lev sudah kembali bekerja dan mereka bersama sama membantu untuk menangkap John. Aku dah kata pengaruh Bond sangat kuat. Polis pun tolong kitaorang kerajaan turut bekerjasama dengan kitaorang. Kami kumpulan yang berbeza bukan seperti kumpulan yang lain.

"Gunakan pengaruh kita untuk cari di mana tempat bersembunyian John." Arah aku kemudian aku kembali menyambung kerja aku.

****

John Zanders POV

Aku berjalan di sepanjang hutan di belakang markas Bond. Aku tahu setiap petang Hendry akan duduk di halaman belakang melihat anaknya Micah bermain sambil dia membaca surat khabar. Lama aku mengintip dia di markas Bond tetapi segala usaha aku untuk mengetahui identiti Lev semuanya gagal dan sia sia.

Aku duduk di sebali semak yang merimbun. Kelihatan Hendry sedang duduk berehat sambil minum teh panas. Aku mengetap gigi. Sudah berapa lama aku tidak dapat hidup dengan tenang. Aku ini adalah pelarian.

Tiba tiba aku ternampak Lev berjalan perlahan menuju ke arah Hendry. Terbeliak mata aku apabila melihat dia membuka hood di kepalanya.

Rambutnya panjang berwarna hitam berkilat.

Lev kemudian membuka jaket hitam miliknya. Di dalam jaket itu Lev hanya memakai sport bra berwarna hitam. Lagi sekali aku terkejut. Lev adalah seorang wanita. Aku tergamam. Selama ini aku berlawan dengan seorang wanita. Wanita yang luar biasa kuatnya.

Lev kemudian duduk membuka topeng wajahnya. Terpaku aku.

Itu isteri Hendry... tapi dia dah mati?

Aku melihat kembali wajahnya. Tak mungkin....

Aku terduduk lemah.

Tetapi sedikit demi sedikit perasaan keliru aku berubah menjadi marah, dendam. Aku lantas bangun. Wajah aku terasa membahang.

Aku akan hapuskan seluruh ahli keluarga Lev!!

****

Levi POV

Aku terdengar bunyi semak berbunyi bunyi di belakang tempat aku dan Hendry serang berbual tetapi makin lama bunyinya semakin kasar dan aku yakin ianya bukanlah di sebabkan Angin. Aku lantas bangun sebaik sahaja aku bangun kelihatan John sedang berdiri dengan wajah yang bengis. Di tangannya terdapat sepucuk pistol.

"Kau.... pandai kau orang menipu ya. Palsukan kematian kau rupa rupanya kalau lah dalangnya." Kata John. Dia kelihatan seoerti tidak waras malah pakaiaannya juga tidak terurus.

"Apa maksud kau John?" Tanya Hendry. Dia berdiri di hadapan aku cuba melindungi aku.

Aku melihat jaket aku yang terletak betul betul di sebelah aku. Aku ambil dan aku seluk poketnya. Segala perbuatan aku di lakukan dengan perlahan.

"Kau. Sepatutnya aku bunuh kau dahulu. Kau dan bini kau sama menyusahkan!" Jerit John berang.

John menarik picu ingin menembak Hendry tetapi aku telah membaling pisau rambo milik aku tepat mengenai tangan John. Melekat pistol aku di tangannya. Aku tersenyum sinis.

"Kau tu bukan lawan aku. Nak tembak suami aku? Langkah mayat aku dahulu!" Kata aku kasar lalu aku menyepak wajah John dan John pengsan.

Aku tersenyum pada Hendry.

"Malam ni terpaksa kerja lebih masa. Tak pe ke kalau kau kene jaga anak anak?" Tanya aku lembut pada Hendry.

Hendry ketawa.

"Silakan sayang. Aku tak kisah." Kata Hendry memberikan kebenaran.

"Lagipun kau boss. Bukan aku." Kata Hendry lagi. Aku tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience