Bab 12

Crime Completed 8475

Aylena POV

Lelaki itu tiba tiba sahaja bangun. Dia ingin menyerang aku lagi tetapi aku memijak dadanya kuat sehingga dia terbaring lemah pada lantai.

"Aku benci betul dengan species manusia yang kutuk heels aku ni. Hei, dengar ni. Heels pun salah satu senjata kegemaran aku tahu tak?" Kata aku sinis lalu aku memijak dengan lebih kuat lagi sambil menyeluk bawah dress aku mencapai pisau yang di letakkan di paha aku.

"Aku dah lama tak buat kerja ni. Tapi walaupun dah lama tak buat tak bermakna aku dah hilang skills betul tak?" Kata aku sinis lalu menggunakan pisau tersebut aku lantas menikam telinga lelaki itu berkali kali. Matanya terbeliak dan darah memancut keluar dari telinganya. Aku buat sehingga dia sudah tidak bernafas dan telinga sebelah kirinya sudah tidak kelihatan seperti telinga.

Aku ketawa sinis. Laku aku memijak wajah lelaki itu. Hujung herls aku menusuk matanya yang terbeliak lalu aku ketawa lagi. Kalau lah Lev ada di sini pasti seronok.

Aku kemudian berjalan turun ke tingkat bawah di mana konco konco aku sudah berbaris menunggu aku seumpama aku ni seorang ratu yang amat mereka hormati dan sayangi. Well aku bukan ratu Lev adalah ratu. Malah Lev adalah ratu yang kejam cuma dia menyembunyikan taringnya sahaja. Lagi sekali sebelum Lev kembali bersara aku nak lihat Lev yang kejam. Takde lah kempunan nanti.

Aku tersenyum gembira sambil berjalan menuju ke kereta.

Misi aku sudah selesai dan sekarang adalah masa untuk pulang.

****

Levi POV

"Thanks Aylena." Kata aku perlahan. Aylena tersenyum pada aku.

"No hal lah. Kitakan kawan." Kata Aylena.

"Sekarang ni kau nak kembali bersara ke?" Tanya Aylena dengan wajah kesian.

Aku memandang dia pelik.

"Kau kenapa buat muka macam tu?" Tanya aku pelik.

"Takdelah kalau kau bersara lagi. Tak dapat aku tengok kau beraksi kejam lagi. At least tunjukkan lah dark side kau tu sebelum kau bersara...." kata Aylena seperti sayu. Aku ketawa sinis.

"Kau jangan risau. Ada lagi satu peluang untuk kau lihat dark side aku." Kata aku sinis dengan dendam yang membara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience