BAB 4

Crime Completed 8475

Levina

Aku sudah merasakan sakit di perut aku.

Seminggu aku berkurung di rumah kerana terlalu risaukan anak dan suami aku.

Sakit di perut aku tahan. Pinggang aku pula mula sakit secara tiba tiba. Aku mengetap gigi.

"Hendry..." panggil aku perlahan.

Pada waktu yang sama kain aku menjadi basah secara tiba tiba. Air jernih keluar dari faraj aku. Aku mengalirkan air mata.

Mana Hendry. Aku rindukan dia...

Aku duduk di lantai, bersandar pada dinding. Kaki aku buka dengan lebar.

Sakit diperut sudah tidak dapat di tanggung lagi. Mahu menjerit meminta bantuan aku sudah tidak dapat menjerit dengan kuat.

Dengan bibir yang masih terkatup rapat aku mula meneran tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Darah mula mengalir keluar dari faraj aku.

"Hendry..." bisik aku perlahan lalu aku kembali meneran. Sedikit demi sedikit aku meneran sebelum akhirnya aku melepaskan nafas lega dengan kuat. Bunyi tangisan bayi kedengaran kuat memenuhi bilik aku.

Aku mecapai bayi aku yang tali pusatnya belum dipotong. Aku memeluk dia erat cuba menenangkan dia.

Secara tiba tiba pintu bilik aku di buka dengan kasar Shui dan seorang doktor masuk dalam keadaan yang tergesa gesa.

Itu sahajalah yang aku nampak sebelum mata aku terus terpejam.

Dunia aku menjadi kelam.

****

Aku terjaga apabila aku terdengar suara Hendry memanggil aku.

"Sayang... bangun." Kata Hendry. Aku membuka mata. Bayang bayang Hendry semakin lama semakin jelas dan ternyata ianya bukanlah Hendry tapi abang aku Shui.

"Levina... kau dah sedar!" Kata Shui gembira. Di tangannya sedang mengendong bayi aku. Bayi perempuan aku dan Hendry. Aku duduk bersandar pada dinding.

Tangan aku hulurkan pada Shui dan Shui menghulurkan bayi aku kepada aku. Aku terus menyusukan bayi aku yang aku sudah pasti sedang kelaparan itu.

Bergenang air mata aku melihat wajah bayi aku yang serupa Hendry.

"Shui... 44 hari.." kata aku perlahan lalu Shui mengganggukkan kepalanya sebelum keluar dari bilik meninggalkan aku sendiri bersama anak aku.

****

John Zanders POV

50 hari kemudian....

Aku memandang Hendry yang sedang terduduk lemah. Tangannya di ikat kakinya juga begitu. Tubuhnya penuh dengan darah. Bibirnya pecah. Walau sudah banyak kali di seksa namun dia masih lagi kuat.

"Anak aku mana...." kata Hendry lemah.

"Jangan risau dia selamat di bawah jagaan aku. Aku akan pastikan dia jadi mafia terkuat seperti ayah dia! Dan kemudian aku akan buat dia bunuh mak dia sendiri..." kata aku sinis.

Hendry memandang aku tajam dia cuba menyerang aku tetapi dia dipukul oleh pembantu aku. Aku ketawa sinis.

Aku mencekak leher Hendry kasar.

"Mengaku jelah kau yang bunuh Alex dan Una Zanders ayah dan adik aku." Kata aku dengan gigi yang aku ketap.

Bertahun aku membina keyakinan dan kekuatan untuk membalas dendam tetapi sudah beberapa bulan aku menangkap Hendry namun, dia masih tidak tahu tentang keluarga aku yang sudah mati dibunuh oleh dia. Apa dia hilang ingatan ke apa? Keluarga aku di bunuh dengan kejam dan segala harta kami di rampas oleh mereka. Aku mahukan harta ayah aku semula!!

"Aku dah kata aku tak tahu sekarang lepaskan aku dan anak aku!!!" Jerit Hendry. Aku memandang dia tajam. Beraninya dia menjerit pada aku.

Aku lantas menumbuk pipi Hendry kuat.

Darah meleleh keluar tapi Hendry kelihatan seperti tidak kisah dengan kecederaan yang di alaminya itu.

"Baik kau mengaku atau aku bunuh isteri kesayangan kau tu .." ugut aku lagi. Tetapi Hendry tiba tiba sahaja ketawa.

"Kau? Bunuh dia? Tak akan pernah!!!" Jerit dia lalu meludah ke arah aku. Aku terundur kebelakang dambil mengelap air liur bercampur darah milik Hendry.

"Sial!!!!" Jerit aku kuat lalu aku menyepak Hendry kuat. Hendry jatuh rebah ke lantai. Aku ketawa sinis.

"Seksa dia. Tapi!! Pastikan dia tak mati!!!" Arah aku pada pengawal aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience