chapter 19 | DENDAM

Poetry Series 1493

*DENDAM*

_Kenapa kita berdendam? Apa impak kepada orang yang berdendam dan orang yang didendami? Yang paling penting, bagaimana nak menangani perasaan dendam. Dendam merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir drpd hasad dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama Islam, dendam adalah berdosa._

*CONTOH DENDAM*

_Ada orang berdendam ni sebab luka di lubuk hatinya terlampau parah_

_Kita bekerja bersungguh-sungguh tetapi orang lain yang dapat nama dan pujian dari bos kita_

Hasilnya kita akan terluka dan secara tak langsung kita akan berdendam. Dendam ini disebabkan keengganan kita untuk memaafkan. Ataupun boleh dikatakan ego yang ada dalam diri.

*PUNCA*

_1.Hati yang kotor_
_2.Jiwa masih gelap_

1.Hati yang kotor disebabkan dendam akan membuat hidup,hidayah pun lari dan macam-macam masalag yang timbul satu per satu.

*Cara Menangani*

1. Memurnikan hati,sucikan jiwa dengan perbanyakkan solat taubat,meminta maaf dan juga meredhai dengan ketentuan-Nya. (Sedarlah kita pun, selalu menyakiti hati orang sekeliling kita ,jadi redha jika iabya berlaku pada kita).

2. Mencari hikmah dalam setiap kejadian. Apabila kita teraniaya; terdapat hikmah disebalik kejadian itu kerana Allah ingin memberi sesuatu yang baik kepada hambanya. Allah swt akan memulakan dengan musibah supaya hambanya meminta pertolongan-Nya. (Jadi janganlah mudag kita berkecil hati kerana Allah masih ingatkan kita, berfikir lah positif dengan musibah yang menimpa yang pada diri kita). Jika masalah itu terlalu berat berjumpalah para ulama', guru kaunselor, dan rakan. Rakan juga memainkan peranan yg penting untuk membantu sahabat-sahabat yg lain.

3. Allah beri ujian kepada kita kerana Allah sayang pada kita. Allah masih ingat diri kita. Oleh itu janganlah kita mengeluh akan ujianNya.

4. Sentiasa beristighfar dan perbanyakkan selawat pada rasul dan Allah. Agad hati menjadi tenang. Agar perasaan amarah tidak menguasai diri.

5. Jika hati masih tidak tenang ambillah whuduk dan solatlah serta membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

6. Perbanyakkan beribadah. Sentiasa ingat pada Allah swt. Banyakkan istighfar. Agar hati menjadi tenang.

7. Buanglah sifat amarah kerana dengan sifat amarah itu menjadinya dendam. Terjadinya dendam akan terputusnya pertalian silaturahim di antara umat islam. Berdoa banyak-banyak agar allah hindari dan lindungi kita dari dri smuanya.

*Dan berpegang teguhlag kamu semua lada tali(agama) Allah swt, dan janganlah kamu bercerai barai dab ingatlah nikmat Allah swt kepadamu. Ketika kamu dahulu(masa jahiliah) bermusuhab,lalu Allah swt mempersatukan hatimu sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi bersaudara,sedang(ketika itu) kamu berada di tepu jurang neraka lalu Allah swt menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar mendapat 'petunjuk'. [ ALI-IMRAN: 103]*

Seperti sabda Nabi saw yang bermaksud: "Kalau berijtihad seseorang hakim, kalau ijtihadnya betul, Allah akan memberi 2 pahala tetapi jika ijtihadnya salah tetap mendapat 1 pahala.

Allah jamin di syurga supaya ketika di syurga tidaj ada satu pun perasaan hasad dengki seperti dalam surah Al-Hijr ayat 47 yang bermaksud: "Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka; mereka bersaudara,duduk berhadapan antara satu sama lain."

Dalam surah al-Hurujat ayat 10 yang bermaksud: " Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, keraba itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah swt agar kamu mendapat rahmat".

Wallahu'alam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience