Fatimah Az-Zahrah ra
Hari demi hari yang kita jalani, telah banyak yang kita harungi. Masa tetap berjalan begitu pantas tanpa menghiraukan sesaat pon masa yg berlalu. Semakin hari kita semakin dijamah usia dan matang dalam merencana. Pengalaman dalam saat dan detik waktu yang lalu adakalanya mungkin telah banyak mematangkan jiwa dan diri dengan izinNya.
Alhamdulillah. InsyaAllah hari ini kita akan membahas mengenai wanita-wanita yang luar biasa dan hidup ketika di zaman Rasulullah saw. Kita juga sama-sama telah mendengar bagaimana kisah Saidatina Aisyah ra dengan kebijaksanaannya. Kemudian para sahabat Rasulullah saw yang lainya dan dengan cerianya membahagiakan hidup Rasulullah saw. Kita juga telah sama-sama mengetahui bagaimana kisah Siti Khadijah Binti Khuwailid ra. Bagaimana menjadi penyejuk hati Rasulullah saw dan menyokong dakwah Rasulullah saw. Seorang wanita yang tidak pernah tergantikan di hati Rasulullah saw.
Dan pada saat ini, kita akan membahas serba sedikit mengenai sosok atau tokoh seorang anak yang sangat dicintai, yang sangat disayangi oleh Rasulullah saw yakni Fatimah Az-Zahrah ra. Fatimah Az-Zahrah ra pada ketika itu lahir menjadi seorang anak yang sangat dicintai oleh Rasulullah saw pada saat beliau berumur lima tahun. Muhammad bin Abdullah saw resmi menjadi Rasulullah saw hingga Fatimah Az-Zahrah ra melihat dan menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana perjuangan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Dakwah Rasulullah saw yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi selama 3 tahun setelah itu dilakukan secara dakwah terang-terangan.
Fatimah Az-Zahrah ra menyaksikan betul-betul bagaimana penyiksaan dari orang-orang Kafir Quraisy ketika mereka melakukan ketidaksetujuan terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Beliau menyaksikan bagaimana Rasulullah saw pada saat sujud menyembah Allah swt. Orang-orang Kafir Quraisy melemparkan kotoran di atas kepala Rasulullah saw. Siapakah yang membersihkan kotoran-kotoran dari sang ayah? Beliau adalah Fatimah Az-Zahrah ra.
Fatimah Az-Zahrah ra dikatakan ummu abiha yang bermaksud ibu pada ayahnya ketikan isteri dari sang ayah yakni Rasulullah saw iaitu Khadijah Binti Khuwailid ra wafat yang menggantikan tugas Khadijah Binti Khuwailid ra untuk mengurus sang ayah ialah Fatimah Az-Zahrah ra. Pernah juga pada suatu ketika, sang ayah yakni Rasulullah saw luka di kening akibat perbuatan dari orang-orang Kafir Quraisy dan Fatimah Az-Zahrah ra sangat bersedih dengan hal tersebut dan kemudian meminta agar sang ayah menghapus darah tersebut lalu Fatimah Az-Zahrah ra berkata kepada sang ayah, 'Apakah engkau takut ayah dengan darah tersebut? Sehingga kau cepat-cepat menghapusnya?' Maka Rasulullah saw berkata, 'Yang aku takutkan adalah aku khawatir darahku ini akan turun mengalir ke bumi dan bumi akan marah dan mengutuk orang-orang yang telah melakukan perbuatan seperti ini kepadaku'.
Fatimah Az-Zahrah ra mengajarkan kepada kita bagaimana berbakti kepada sang bapa bahkan dikatakan bahawa Fatimah Az-Zahrah ra adalah orang yang paling mirip atau serupa dengan perbuatannya, perkataannya dengan Rasulullah saw. Begitu sayangnya dan cintanya Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az-Zahrah ra, setiap kali Fatimah Az-Zahrah ra datang biasanya Rasulullah saw akan segera berdiri menyambut dengan bahagia kedatangan dari sang anak. Dan kemudian dipeluk, dicium dan ditempatkan di tempat duduk yang mulia.
Begitu pula sebaliknya, ketika Rasulullah saw datang ke tempat Fatimah Az-Zahrah ra maka apa yang terjadi? Fatimah Az-Zahrah ra menyambut kedatangan sang ayah dengan begitu bahagia dan ditempatkan duduk di tempat yang mulia. Begitulah rasa kasih sayang dan cinta luar biasa Rasulullah saw kepada anaknya yang satu ini. Namun begitu, tidak bererti bahawa sayang tidak bererti tidak berlaku adil kerana Rasulullah saw mengatakan kepada para sahabatnya bahwa Fatimah Az-Zahrah ra seandainya. Mengapa seandainya kerana Fatimah Az-Zahrah ra tidak akan pernah melakukannya. Kalau Fatimah Az-Zahrah ra seandainya mencuri maka potong tangannya. Oleh itu, kasih sayang dan cinta tetap berlaku adil. Dan Rasulullah saw menyatakan rasa sayangnya kepada Fatimah Az-Zahrah ra diatas mimbar depan orang ramai mengatakan bahawa, 'Fatimah Az-Zahrah ra adalah sebahagian dari diriku. Kalau engkau menyakitinya engkau bererti menyakitiku' Fatimah Az-Zahrah ra sebahagian dari diri Rasulullah saw memberikan gambaran betapa Rasulullah saw sangat menyayangi sang anak.
Pertama kita belajar dari kisah Fatimah Az-Zahrah ra bagaimana menyayangi seorang ayah dan seorang ayah menyayangi sang anak sebagaimana dalam agama kita bahawa berbakti kepada kedua orang tua kita biasanya posisinya selalu diletakkan setelah Allah swt. Perhatikan dalam surah Luqman ayat ke 13 dan 14. Allah swt berfirman.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".(13)Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.(14).[Luqman:13-14].
Islam mengajarkan bagaimana hubungan baik antara anak dan kedua orang tua adalah sebuah perkara wajib. Berbuat baik terutama kepada ibu bapa adalah hal utama. Begitulah Fatimah Az-Zahrah ra mengajarkan kita.
Berikutnya, ketika Fatimah Az-Zahrah ra tumbuh membesar kemudian mulailah ada satu, dua atau tiga orang datang untuk meminang Fatimah Az-Zahrah ra. Abu Bakar As-Siddiq ra datang kepada Rasulullah saw untuk meminang Fatimah Az-Zahrah ra namun Rasulullah saw tidak menerima. Umar bin Khattab ra datang untuk meminang Fatimah Az-Zahrah ra namun Rasulullah saw tidak menerimanya. Lalu seorang lelaki yang rasa kurang percaya diri, 'Siapalah aku dibandingkan dengan Abu Bakar As-Siddiq ra adalah orang yang sentiasa dicintai oleh Rasulullah. Dimana ada Rasulullah saw disitu ada dirinya. Siapalah aku jika dibandingkan dengan Umar bin Khattab. Umar bin Khattab adalah seseorang yang luar biasa berani, gagah, dan semua orang takut akannya, ketika masuk Islam Umar Bin Khattab ra melakukan sesuatu yang hebat untuk agama ini. Islam menjadi semakin besar pengaruhnya' lelaki ini berasa siapalah aku. Dia adalah Ali bin Abi Talib ra yang kemudian dengan kesederhanaannya. Ali Bin Abi Talib ra adalah orang yang mempunyai harta banyak. Namun dia selalu berbagi ilmu, memiliki ilmu yang sangat banyak, dengan kesederhanaannya datang untuk meminang Fatimah Az-Zahrah ra. Dan tentu saja Rasulullah saw menerima khitbah atau pinangan dari Ali Bin Abi Talib ra. Maka berkahwinlah Ali Bin Abi Talib ra dengan Fatimah Az-Zahrah ra.
Dalam perkahwinan ini, setelah tadi kita mengetahui bagaimana cinta kepada orang tua kita dan juga kita belajar dari kisah Fatimah Az-Zahrah ra bagaimana cinta kepada suami, setia kepada suami, dan setia dalam rumah tangga. Fatimah Az-Zahrah ra adalah seorang ibu rumah tangga yang hidup dalam kesederhanaan yang senantiasa mengerjakan tugas-tugas rumah tangga dengan tangannya sendiri. Pernah pada suatu ketika dikatakan tangannya terluka kerana terlalu banyak melakukan pekerjaan rumah tangga. Pada suatu hari Fatimah Az-Zahrah ra meminta kepada sang ayah yakni Rasulullah saw seorang pembantu untuk membantu pekerjaan rumah tangga. Maka apakah yang dikatakan oleh Rasulullah saw ketika Fatimah Az-Zahrah ra meminta seorang pembantu kerana Fatimah Az-Zahrah ra sendiri tahu bahawa Rasulullah saw mempunyai seorang budak atau pembantu. Maka Rasulullah saw katakan, 'Tidak wahai Fatimah Az-Zahrah ra, di Madinah ini banyak orang yang datang ke Madinah untuk tinggal di pinggir-pinggir masjid mereka orang-orang miskin yang perlu bantuan. Budak ini akan dijual oleh Rasulullah saw dan wangnya akan diberikan makan untuk para orang-orang miskin yang ada di sekitar masjid Nabawi.' Rasulullah saw memikirkan umat dibandingkan dengan memikirkan sang anaknya sendiri. Maka pada suatu ketika, Rasulullah saw datang lagi ke rumahnya Fatimah Az-Zahrah ra dan bertemu dengan Ali Bin Abi Talib ra kemudian memberikan nasihat bahawa ada yang lebih baik daripada seorang budak atau pembantu. Ada yang lebih baik daripada orang yang membantu kita di rumah yakni senantiasa berzikir kepada Allah swt sebelum tidur. Subhanallah walhamdulillah Allahhuakbar massing-masing sebanyak 33 kali.
Rasulullah saw ajarkan anak-anaknya untuk hidup secara sederhana. Fatimah Az-Zahrah ra hidup secara sederhana. Kesederhanaan dalam rumah tangga Fatimah Az-Zahrah ra dapat dilihat ketika pada suatu hari keluarga Fatimah Az-Zahrah ra dan Ali Bin Abi Talib ra sedang melaksanakan puasa, mereka berpuasa sampailah ketika waktu berbuka, hendak makan makanan berbuka. Makanan berbuka bukan makanan yang mewah bagi mereka tapi makanan berbuka mereka adalah sepotong roti yang dibagi-bagi. Ketika hendak makan. Apa yang terjadi? Tiba-tiba ada orang yang datang mengetuk pintu rumah mereka dan meminta makanan.
Maka roti yang hendak dimakan untuk makanan berbuka puasa diberikan kepada orang miskin yang mengetuk pintu itu. Akhirnya mereka hanya berbuka puasa dengan meminum air putih sahaja. Pada hari kedua mereka melanjutkan puasa lagi, hendak berbuka puasa untuk makan sepotong roti tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah. Maka dibagi lagi untuk orang yang memerlukan. Mereka jadi makan hanya meminum air putih sahaja. Pada hari selanjutnya, hari ketiga pun begitu. Mereka berpuasa lagi dan kemudian ketika hendak berbuka namun ada yang datang ia mengatakan, 'Saya sudah lama tidak makan, saya lapar'. Namun apa yang dilakukan oleh Fatimah Az-Zahrah ra dan Ali Bin Abi Talib ra memberikan roti tersebut kepada orang itu.
Fatimah Az-Zahrah ra mengajarkan kita bagaimana hidup penuh dengan kesederhanaan. Dikatakan selama 3 hari tidak makan hanga minum air sahaja. Begitu lah yang diajarkan oleh keluarga Fatimah Az-Zahrah ra. Kemudian apa lagi yang boleh kita tahu mengenai Fatimah Az-Zahrah ra selain mengambil berat terhadap orang tua, bersedekah. Berinfaq di jalan Allah swt. Itu pelajaran kedua yang kita pelajari dari kisah Fatimah Az-Zahrah ra . Berinfaq di jalan Allah swt tidak membuat kita miskin. Allah swt berjanji sesiapapun yang berinfaq di jalan Allah swt. Allah swt akan lipat gandakan akan memberi lebih banyak. Perhatikan dalam surah al-Baqarah ayat ke 261. Allah swt berfirman.
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.(261).[al-Baqarah:261].
Tidak ada orang bersedekah menjadi miskin. Allah swt akan ganti. Itu sebabnya kenapa ada orang-orang yang mati mereka akan minta kepada Allah swt. Allah swt bangkitkan atau tunda kematian sedikit lagi supaya kita boleh bersedekah ke jalan Allah swt. Semua orang ingin bersedekah. Maka biasanya orang mati diminta dibangkitkan oleh Allah swt untuk boleh hidup untuk menunda kematiannya supaya mereka boleh berinfaq, boleh bersedekah.
Maka Fatimah Az-Zahrah ra dan juga para sahabat yang lainnya mengajarkan kepada kita untuk menjadi peribadi yang berinfaq terus di jalan Allah swt. Bukannya membazir ketika membelanjakan harta. Tidak. Tapi habiskan hartamu ke jalan Allah swt. Fatimah Az-Zahrah ra mengajarkan kepada kita berinfaq. Jikalau kita bertemu dengan orang-orang yang hebat kita tanya apa rahsianya pasti jawapannya mereka adalah sedekah. Banyak berinfaq di jalan Allah swt. Allah swt ganti harta yang kita sedekahkan itu dengan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah atau anak-anak yang baik soleh dan solehah atau suami yang setia ataupun tubuh yang diberi kesihatan yang baik. Allah swt ganti dengan rezeki. Ketika kita bersungguh-sungguh mengerjakan amalan Allah swt.
Fatimah Az-Zahrah ra mengajarkan kita banyak berinfaq dimana-mana sahaja. Fatimah Az-Zahrah ra seorang yang tidak punya apa-apa hidup dalam kesederhanaan tapi tetap berinfaq di jalan Allah swt membantu orang lain. Begitu pula sebaliknya kita, kita ambil pengajaran disebalik kisah Fatimah Az-Zahrah ra.
Di samping itu, ada satu yang diucapkan oleh Rasulullah saw berkenaan dengan memberikan manfaat kepada orang lain. Apa kata Rasulullah. Rasulullah saw berkata, ' sebaik-sebaik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia lainnya.' (H.R Bukhari Muslim). Jika punya harta berikan hartamu ke jalan Allah. Jika ada ilmu berikan ilmumu kerana Allah swt. Jika orang-orang yang kedekut, suka boros, semua harta disimpan semua harta itu kelak akan dihisap dihadapan Allah swt. Fatimah Az-Zahrah ra juga mengajarkan kepada kita cinta kepada sesama manusia salah satu tanda cinta tanda syukur kepada Allah swt atau banyak berinfaq ke jalan Allah swt.
Selanjutnya Fatimah Az-Zahrah ra mengajarkan kita bagaimana berbaktinya kepada suami. Pernah pada suatu ketika, Fatimah Az-Zahrah ra telah membuat Ali Bin Abi Talib ra terusik hati dengan kata-katanya lalu Fatimah Az-Zahrah ra berasa sangat bersalah dan meminta maaf semalaman kepada suaminya yakni Ali Bin Abi Talib ra agar Ali Bin Abi Talib ra redha kepada dirinya, memaafkan dirinya. Pernah sampai suatu ketika Fatimah Az-Zahra ra berkata kepada sang ayah, 'semalam aku bertengkar suamiku lalu aku meminta maaf betul-betul atas kesalahanku'. Maka Rasulullah saw mengingatkan kepada Fatimah Az-Zahrah ra, ' Kalau suamimu tidak memaafkanmu Aku pun tidak akan memaafkanmu.' Fatimah Az-Zahrah ra betul-betul menjaga bagaimana perilakunya pada suaminya.
Pengajaran yang ketiga yang kita dapat dari kisah Fatimah Az-Zahrah ra adalah beliau mengajarkan kepada kita untuk menjadi wanita-wanita yang memiliki rasa malu. Pernah juga pada suatu ketika, Ali Bin Abi Talib ra sedang berkumpul dengan para sahabat juga dengan Rasulullah saw lalu Rasulullah saw bertanya kepada para sahabatnya siapakah wanita yang mulia bagaimanakah ciri-ciri wanita yang mulia. Tidak ada yang boleh menjawab soalan itu. Ali Bin Abi Talib ra pulang dan bertanya kepada Fatimah Az-Zahrah ra soalan yang ditanya oleh ayahnya Fatimah Az-Zahrah ra yakni Rasulullah saw. Maka Fatimah Az-Zahrah ra menjawab adalah wanita yang mulia ialah memiliki ciri-ciri dia tidak memandang lelaki-lelaki dan dia tidak dipandang oleh lelaki-lelaki. Kemudian keesokkan harinya, Ali Bin Abi Talib ra menjawab pertanyaan Rasulullah saw langsung dihadapan Rasulullah saw. Apa makna dari perkataan Fatimah Az-Zahrah ra. Apakah itu bererti tidak boleh bersahabat atau berkawan dengan lelaki-lelaki? Makna dari perkataan yang diucapkan oleh Fatimah Az-Zahrah ra ini adalah boleh kita berteman dengan lelaki ajnabi, tapi kita perlu tahu batas-batasnya.
Tambahan pula, seorang wanita yang solehah, mulia, menjaga kehormatan dirinya. Jika seorang wanita yang mulia akan berasa sangat tidak selesa ketika ada lelaki-lelaki memandangnya dengan tajam. Ada juga jenis wanita yang suka lelaki menggodanya, memandangnya dengan tajam. Fatimah Az-Zahrah ra mengajarkan kepada kita menjadi peribadi yang memiliki sifat malu untuk melakukan maksiat, malu untuk melakukan dosa, malu memandang lelaki-lelaki yang bukan mahram secara berlebih -lebihan.
Dan beliau juga mengajarkan kepada kita menjadi peribadi yang menjaga kehormatan diri dan pernah pada suatu ketika Fatimah Az-Zahra ra melihat ada jenazah di luar hadapannya kemudian Fatimah Az-Zahrah ra menangis keras dan salah seorang sahabat Fatimah Az-Zahrah ra bertanya, 'Kenapa engkau menangis dengan keras?' Lalu Fatimah Az-Zahrah ra berkata,'Aku khawatir ketika aku mati nanti dibungkus seperti itu dan bentuk tubuhku terlihat'. Fatimah Az-Zahrah ra mengajarkan banyak hal kepada kita tidak hanya sekadar bagaimana baktinya kepada suaminya, tidak hanya sekadar sungguh-sungguh menjaga rumah tangganya.
Fatimah Az-Zahrah ra juga memiliki akhlak yang pemalu. Pemalu bukan bererti kita diam sahaja, atau tidak melakukan apa-apa untuk agama Allah swt. Tidak bukan itu. Pemalu maknanya adalah malu melakukan dosa dihadapan Allah swt. Orang-orang beriman yang ketika melakukan dosa takut dan malu kepada Allah swt. Tapi bagi orang yang tidak beriman tidak takut kepada Allah swt dan berbuat dosa tiada rasa malu. Ia anggap dosa itu seperti seekor lalat yang ada dihidung lalu diusir begitu sahaja. Dianggap remeh dosa-dosa tersebut.
Maka menangislah setiap malam. Dalam satu hari banyak dosa yang kita lakukan kerana tidak ada rasa malu atau kurang rasa malu mata memandang apa-apa yang Allah swt benci, telinga mendengar sesuatu yang Allah swt benci, lisan yang mengucapkan sesuatu yang Allah swt benci seperti fitnah, mengumpat, suka menipu dan lain-lain, bersangka buruk pada orang lain, kaki melangkah ke tempat yang haram. Banyak dosa dalam setiap hari kita lakukan. Oleh itu, jadilah peribadi-peribadi yang malu seperti seorang sosok Fatimah Az-Zahrah ra yang diajarkan kepada kita. Malu untuk berbuat dosa dan malu untuk memperlihatkan diri kita kepada lelaki-lelaki ajnabi.
Kita menjaga kehormatan diri salah satu antaranya adalah berpakaian dengan baik. Dalam surah Al-Ahzab ayat ke 59 Allah swt berfirman,
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(59).[Al-Ahzab:59].
Hijab yang kita pakai untuk menutup aurat, hijab yang kita pakai bukan sekadar fesyen. Kita memakai hijab untuk menutup aurat dengan baik adalah tanda bahawa kita menghargai diri kita sendiri. Kita orang-orang menghargai kita, kita juga kena menghargai diri kita sendiri salah satunya memakai pakaian yang baik dan yang sopan, tidak menampakkan lekuk tubuh badan.
Kemudian kita tentang Fatimah Az-Zahrah ra ini terus berlanjut pada suatu ketika Rasulullah saw pada akhirnya memiliki sebuah penyakit yakni demam. Pada saat penyakit demam tersebut, keadaan Rasulullah saw berada dalam pangkuan Aisyah ra dalam keadaan sangat sakit, Fatimah Az-Zahrah ra datang dihadapan Rasulullah saw dan Rasulullah saw membisikkan sesuatu kepada Fatimah Az-Zahrah ra dan Fatimah Az-Zahrah ra menangis.
Rasulullah saw membisikkan sesuatu kepada Fatimah Az-Zahrah ra, Fatimah tertawa. Aisyah ra berkata, ' Fatimah apa yang terjadi baru sahaja engkau menangis, lalu kemudian engkau tertawa apa yang sesungguhnya terjadi?'. Fatimah Az-Zahrah ra tidak memberitahu Aisyah ra. Rasulullah saw wafat dan waktu terus berjalan sampailah Aisyah ra bertanya sekali lagi. Maka Fatimah Az-Zahrah ra berkata yang dibisikkan yang pertama Rasulullah saw berkata bahwa sekajap lagi ayahku akan kembali kepada Allah swt lalu dibisikkan yang kedua, orang yang paling cepat akan menyusulku adalah engkau Fatimah. Orang yang akan meninggal kembali kepada Allah swt selepas Rasulullah saw adalah Fatimah Az-Zahrah ra dan fatimah pun tertawa.
Begitulah akhir dari kehidupan Fatimah Az-Zahrah ra dan akhirnya beliau meninggal dunia pada saat anak-anaknya masih kecil. Namun Fatimah Az-Zahrah ra berbahagia kerana Fatimah Az-Zahrah ra akan kembali berkumpul dengan orang-orang yang dicintainya yakni ayahnya iaitu Rasulullah saw di dalam syurga Allah swt. Fatimah Az-Zahrah ra adalah wanita penghuni syurga dan menjadi pemimpin wanita di syurga Allah swt.
Ada banyak hal yang boleh kita pelajari dari Fatimah Az-Zahrah ra. Maka ini menjadi pembelajaran besar untuk kita semua mengikuti akhlak yang telah diberikan oleh guru-guru kita hari ini. Ikutilah akhlak yang baik seperti Saidatina Aisyah ra kepandaiannya dalam menuntut ilmu, bagaimana akhlaknya dalam membahagiakan hati suaminya. Ikuti akhlak dari Siti Khadijah Binti Khuwailid ra, bagaimana beliau menjadi peribadi yang tenang dan bijaksana serta memberi semangat untuk suaminya yang menjalankan dakwah. Kita ikuti, kita contohi bagaimana akhlak dari Fatimah Az-Zahrah ra, bagaimana menjadi seorang anak yang penuh bakti kepada kedua orang tuanya bagaimana menjadi seorang anak yang melindungi ayahnya, bagaimana menyaksikan perjuangan ayahnya untuk Islam sampai kepada kita di hari ini dan bagaimana ia begitu menyayangi dan mencintai suaminya dan mencintai Allah swt.
Semoga hari ini kita semua menjadi peribadi yang semangat kenal para sahabat-sabahat wanita di zaman Rasulullah saw. Kita mengidolakan wanita -wanita yang kita tahu akhir hidupnya adalah cerita-cerita yang baik. InsyaAllah mudah-mudahan kita menjadi generasi penerus Aisyah ra, generasi-generasi Siti Khadijah Binti Khuwailid ra dan generasi-generasi dari Fatimah Az-Zahrah ra. InsyaAllah.
Wallahu'alam Bish Shawab.
Share this novel