chapter 35

Poetry Series 1493

Bicara mengenai redha, saya juga seakan tergagap untuk berbicara, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri. Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha diatas ketentuan Allah? Apa yang kita faham tentang redha ini ialah apabila saat hati tidak lagi mempersoalkan ketentuanNya, malah kita perlu menerimanya dengan berlapang dada. Jujur saya katakan memang bibir mudah untuk melafaz makna 'redha'. Contoh "Aku redha". Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat, mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kepada Allah.

Sifat redha juga adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah swt. Pengertian bagi sifat redha pula ialah menerima dengan rasa senang hati dengan apa yang diberikan oleh Allah, baik berupa hukum mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah swt. Redha terhadap Allah terbahagi kepada dua iaitu yang pertama redha dalam menerima hukum Allah swt yang dibebankan kepada manusia dan yang kedua redha dalam menerima ketentuan Allah tentang nasib yang mengenai diri atau Qada'.

1. Bagaimana hendak redha dalam menerima hukum Allah swt.
Redha dalam menerima hukum Allah swt ialah merupakan daripada kesempurnaan iman, kepatuhan kepada Allah dan kemuliaan taqwa kerana dalam menerima peraturan(hukum) itu dengan senang hati & tidak merasa terpaksa/dipaksa. Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan rasa gembira & juga senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah & RasulNya adalah memancar diri dari mahabbah kerana cinta  kepada Allah dan tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya. Allah swt berfirman dalam surah At-Taubah:59 yg bermaksud,
"Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah" (Surah At-Taubah:59).

Disamping itu, segala perintah Allah baik yang wajib maupun sunnah hendaklah dikerjakan dengan redha & senang hati. Tambahan pula, larangan Allah hendaklah dijauhi dengan lapang dada. Begitulah juga sifat redha dengan hukum Allah. Redha itu juga bertentangan dengan sifat & sikap orang kafir & munafik yang benci & sempit dadanya menerima hukum Allah.

Seperti dalam surah Surah Muhammad ayat 26. Allah swt berfirman,Yg Artinya:"Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan." (Surah Muhammad: 26).

Andai kata mereka ikut bersedekah, beribadah/mengerjakan solat maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat berpura-pura. Demikian juga gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha&yg tidak menerima hukum Allah. Hati yang redha itu adalah daripada kemurniaan iman & yg tidak redha adalah gegala nifaq.

2. Redha dalam menerima ketentuan Allah tentang nasib yang mengenai diri./Qada'.
Redha dengan Qada' ialah merasa ketentuan nasib yang telah ditentukan oleh Allah baik berupa nikmat maupun berupa musibah/malapetaka. Dalam sebuah hadis diungkapkan bahawa diantara orang yang pertama masuk syurga ialah mereka suka memuji Allah iaitu mereka mereka memuji Allah baik dalam keadaan susah mahupun dalam keadaan senang. Diberitakan Rasulullah saw apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata,"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan". Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan, Baginda mengucapkan, 
"Segala puji bagi Allah atas segala perkara ". Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah swt dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud, "Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata, jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan, Allah telah mentakdirkan dan apa yang ia suka,ia perbuat! "Kerana sesungguhnya perkataan, andaikata... itu memberi peluang pada syaitan". (H.R Muslim).

Sikap redha ialah mengucap puji&syukur pada Allah ketika mendapat kesenangan/ yg tidak menyenangkan bersandar kembali kepada 2 pemahaman:
1. Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah memastikan terjadinya satu hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah Yang Maha Bijaksana& Yang Maha Mengetahui dalam ke atas segala sesuatu perkara.

2. Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan&pilihan Allah swt itulah yang paling baik,dibandingkan dengan pilihan&kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri. Tambahan dalam surah Al-Lail Allah swt berfirman:

Yg artinya:"Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;". (Surah Al-Lail:20).

Rasulullah saw bersabda,"Demi Allah, jiwaku ditangannya. Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya". (H.R Muslim).

-Tanda-Tanda keRedhaNya.
Cara hidup/tingkah laku seseorang Muslim itu yang sentiasa tetap istiqomah dalam melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala pantang larangNya. Segala perbuatan menepati tuntutan illahi & sanggup meninggalkan  segala larangan Allah dengan penuh redha seperti dalam surah Al-Ankabuut:69 Allah berfirman,

Yg Artinya,"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."(Surah Al-Ankabuut:59).

Di samping itu, bersegeralah dalam melakukan amal-amal kebajikan serta mendekatkan diri kepada Allah dengan segala bentuk ibadat yang disyariatkan. Selain itu, bersungguh-sungguh untuk meninggalkan segala laranganNya yang membawa dosa sama ada kecil/besar. Seterusnya, mempertahankan kesucian agama Islam dengan mendalami ilmu-ilmu Islam yang menjadi wajib untuk dipelajari. Sentiasa tolong-menolong dalam perkara kebaikan&taqwa kepada Allah serta sentiasa berakhlak mulia. Memelihara waktu dengan baik serta pendengaran & pandangan hanya untuk perkara yang baik seperti yang dikehendaki Allah. Kita juga perlu redha dengan segala qada' & qadar Allah. Bersikap berlapang dada & suka kepada perkara yang memperkukuhkan iman kepada Allah.

Akhir sekali, berjihad di jalan Allah dengan penuh keikhlasan yang meliputi harta,tenaga & nyawa. Melaksanakan segala kewajipan agama di samping perkara yang sunat seperti membaca Al-Quran, menziarahi perkuburan, berzikir dll. Menghubungkan silaturrahim sesama Islam & menasihati sesama saudara mengenai kebenaran Islam & memperjuangkannnya hingga ke akhir hayat.

-Amalan yang perlu dilakukan agar Allah redha.
1. Perbanyakkan memahami &menyemak ayat Al-Quran.
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk, sebagai ubat bagi hati manusia. Dalam surah Al-Isra': 82 Allah swt berfirman,
 
Yg Artinya,"Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran."(Surah Al-Isra':82).

Ibnu Qayyim berkata, yg seharusnya dilakukan oleh seorang muslim untk menyembuhkan hatinya melalui Al-Quran, “Caranya ada dua:  1. Engkau harus mengalihkan hatimu dari dunia, lalu engkau harus menempatkannya di akhirat. 2. Sesudah itu engkau harus menghadapkan semua hatimu kepada pengertian-pengertian Al-Quran, memikirkan&memahami apa yg dimaksudkan&mengapa ia diturunkan. Engkau harus mengamati semua ayat-ayat-Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubati hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh."

2. Merasakan keagungan Allah seperti yang digambarkan dlm Al-Quran& Sunnah.
Al-Quran dan Sunnah banyak sekali mengungkap keagungan Allah swt. Seorang muslim yang ketika dihadapkan dengan keagungan Allah, hatinya akan bergetar dan jiwanya akan tunduk. Kekhusukan akan hadir mengisi relung-relung hatinya.Resapi betapa agungnya Allah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, yang memiliki nama-nama yang baik. Dalam Surah Az-Zumar:67 Allah swt berfirman:
Yg Artinya:"Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan"(Surah Az-Zumar:67).

3. Memperbanyakkan Amal Soleh.
Suatu ketika Rasulullah saw. bertanya, “Siapa di antara kamu yang berpuasa pada hari ini?” Abu Bakar menjawab, "Saya". Lalu Rasulullah saw bertanya lagi, "Siapa di antara kamu yang hari ini menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Saya". Lalu Rasulullah saw, bersabda, "Tidaklah amal-amal itu menyatu dalam diri seseorang malainkan dia akan masuk syurga". (H.R Muslim).

Seperti dalam surah Al-Hadid:21 Allah berfirman:
Yg Artinya,"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.(Surah Al-Hadid:21).

Banyak beramal soleh, akan menguatkan iman kita. Jika kita berterusan dengan amal-amal soleh, Allah akan mencintai kita. Dalam sebuah hadis kudsi, Rasulullah saw. menerangkan bahawa Allah berfirman, “Hamba-Ku sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan mengerjakan nafilah sehingga Aku mencintainya.” (Shahih Bukhari. 6137).

4. Memperbanyakkan munajat kepada Allah.
Seseorang selagi banyak pasrah dan tunduk, niscaya akan lebih dekat dengan Allah. Sabda Rasulullah saw., "Saat seseorang paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa". (H.R Muslim)
Seseorang selagi mahu bermunajat kepada Allah dengan ucapan yang mencerminkan ketundukan dan kepasrahan, tentu imannya semakin kuat di hatinya. Semakin menampakkan kehinaan dan kerendahan diri kepada Allah swt, semakin kuat iman kita. Semakin banyak berharap dan meminta kepada Allah, semakin kuat iman kita kepada Allah swt.

5. Bersikap Tawadhuk
Rasulullah saw. bersabda, "Merendahkan diri termasuk bahagian dari iman". (Ibnu Majah. 4118)
Rasulullah saw juga berkata, "Barang siapa menanggalkan pakaian kerana merendahkan diri kepada Allah padahal dia mampu mengenakannya, maka Allah akan memanggilnya pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk, sehingga dia diberi kebebasan memilih di antara pakaian-pakaian iman mana yang dikehendaki untuk dikenakannya".(Tirmidzi. 2481)
Maka tidak hairan jika baju yang dikenakan Abdurrahman bin Auf-sahabat yang kaya-tidak berbeza dengan yang dikenakan para budak yang dimilikinya.

6. Memperbanyakkan ingat akan mati.
Rasulullah saw. bersabda, "Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah sekarang ziarahilah kubur kerana hal itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis mengingatkan hari akhirat, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor."(Shahihul Jami ‘. 4584).
Rasulullah saw. juga bersabda, "Banyak-banyaklah mengingati penebas kelazatan-kelazatan, iaitu kematian.” (H.R Tirmidzi).

Mengingati mati boleh mendorong kita untuk mengelak diri dari berbuat durhaka kepada Allah dan dapat melunakkan hati kita yang keras. Kerana itu Rasulullah menganjurkan kepada kita, "Kunjungilah orang sakit dan iringilah jenazah, nescaya akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat." (Shahihul Jami ‘. 4109).
Melihat orang sakit yang sedang sakaratul maut sangat memberi kesan. Saat berziarah kubur, bayangkan keadaan orang yang sudah mati. Tubuhnya rosak membusuk. Ulat memakan daging, isi perut, lidah, dan wajah. Tulang-tulang hancur.
Bayangan seperti itu jika teringat di dalam hati, akan membuat kita menyegerakan taubat, membuat hati kita puas dengan apa yang kita miliki, dan tambah rajin untuk melakukan ibadah.

7. Memperbanyakkan membaca zikir.
Melalaikan zikrullah adalah kematian hati. Tubuh kita adalah kubur sebelum kita terbujur di kubur. Roh kita terpenjara.  Tidak boleh kembali. Oleh kerana itu, orang yang ingin mengubati imannya yang lemah, harus memperbanyakkan zikrullah. Dalam surah Al-Kahfi ayat 24 dan Surah Ar-Rad ayat 28, Allah swt berfirman:

Yg Artinya, "Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".(Al-Kahfi:24) .

Yg Artinya, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."(Surah Ar-Rad:28).

Ibnu Qayyim berkata, "Di dalam hati terdapat kekerasan yang tidak boleh mencair kecuali dengan zikrullah. Maka seseorang harus mengubati kekerasan hati dengan zikrullah".

8. Memperbanyakkan amalan hati.
Hati akan hidup jika ada rasa mencintai Allah, takut kepada-Nya, berharap bertemu dengan-Nya, berbaik sangka dan redha dengan semua takdir yang ditetapkan-Nya. Hati juga akan penuh dengan iman jika diisi dengan perasaan syukur dan taubat kepada-Nya. Amalan-amalan hati seperti itu akan menghadirkan rasa khusyuk, zuhud, wara' , & mawas diri. Inilah manisnya iman.

9. Memikirkan kehinaan di dunia.
Hati seseorang bergantung kepada kandungan maklumat dikepalanya. Apa yang difikirkannya, itulah orientasi hidupnya. Jika di benaknya dunia adalah segala-galanya, maka hidupnya akan diarahkan untuk memperolehnya. Cinta akan dunia sebanding dengan takut mati. Dan kata Allah swt., "Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya."(Ali Imran)

Kerana itu fikirkanlah bahawa dunia itu hina. Rasulullah saw berkata, "Sesungguhnya makanan anak keturunan Adam itu boleh dijadikan perumpamaan bagi dunia. Maka lihatlah apa yang keluar dari diri anak keturunan Adam, dan sesungguhnya rempah-rempah serta lemaknya sudah dapat diketahui akan menjadi apakah ia".(Thabrani)

Dengan memikirkan bahawa dunia hanya seperti itu, fikiran kita akan mencari orientasi kepada hal yang lebih tinggi: surga dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya.

10. Berdoa kepada Allah agar diberi ketetapan iman.
Perbanyaklah doa. Sebab, doa adalah kekuatan yang luar biasa yang dimiliki seorang hamba. Rasulullah saw. berwasiat, "Iman itu dijadikan di dalam diri salah seorang di antara kamu bagaikan pakaian yang dijadikan, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hati."

Ya Allah, perbaharuilah iman yang ada di dalam dada kami. Tetapkanlah hati kami dalam taat kepadamu. Tidak ada daya dan upaya kami kecuali dengan pertolonganMu.

Wallahu'alam.

Usrah by mar.

semoga bermanfaat ^^ :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience