chapter 37

Poetry Series 1493

Jagalah nikmat lisanmu.
Bencana Lisan.

Hari demi hari yang kita jalani, telah banyak yang kita harungi. Masa tetap berjalan begitu pantas tanpa menghiraukan sesaat pon masa yg berlalu. Semakin hari kita semakin dijamah usia & matang dlm merencana. Pengalaman dlm saat & detik waktu yg lalu adakalanya mungkin telah banyak mematangkan jiwa & diri dengan izinNya.

Hari ini kita membahas serba sedikit mengenai lisan. Bagaimana cara untuk menjaga lisan. Ada juga nikmat yang diberi oleh Allah swt dalam kehidupan kita dan ada juga nikmat yang kita lupa untuk mensyukurinya. Alhamdulillah Allah swt memberikan nikmat islam, dan ada juga nikmat yang luar biasa iaitu nikmat lisan. Nikmat yang sangat luar biasa kerana dengan lisan ia menjadi penterjemahan dan pengungkap isi hati.
Dalam surah Ar-Rahmaan ayat 1 hingga 4.

{1} "(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.{2}Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. {3}Dia lah yang telah menciptakan manusia; - {4}Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan" .{Ar-Rahmaan:1-4}

Dalam surah lainnya Allah swt berfirman dalam surah Al-Balaq ayat 9.
{9}"Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?" {Al-Balaq:9}.

Allah swt telah memberi lidah dan dua buah bibir. Jadi pada hari kita akan fokus pada nikmat yang Allah swt berikan pada kita iaitu lisan. Namun kita perlu sentiasa berjaga-jaga, nikmat lisan yang Allah swt anugerahkan kepada kita memiliki banyak sekali hal-hal yang harus kita waspada kerana banyak bencana-bencana dari lisan. Apa itu bencana lisan? Terbahagi kepada dua iaitu berbicara yang bathil seperti berbicara yang tidak elok, sia-sia, dan tidak ada manfaatnya. Dan yang kedua, bencana lisan diam seperti ada suatu kebenaran yang tapi dia diam.

Antaranya yang pertama berbicara yang bathil, sia-sia dan tiada manfaatnya. Apakah bentuk2 berbicara dengan bathil ialah lidahnya digunakan untuk berdoa selain Allah swt. Allah swt memberikan dia pandai dalam berbicara tetapi dia justeru berdoa menyadarkan diri bukan untuk kerana Allah swt. Jadi bencana lisan yang pertama adalah lidahnya digunakan untuk berdoa selain Allah swt, digunakan untuk meminta selain daripada Allah swt, memuji berlebihan selain Allah swt itu juga berbicara yang bathil. Dan yang kedua adalah bencana lidah yang termasuk orang yang berbicara bathil adalah berdusta. Jadi ada dosa yakni berdusta. Tahukan kita bahwa dulu ketika zaman arab jahiliah menganggap perbuatan menipu ataupun dusta itu adalah aib.

Mari kita lihat kisah pertemuan antara Heraclius, Kaisar Bizantium, dan Abu Sufyan, Ketua dari Arab. Sebahagian daripada sejarah yang tidak diketahui oleh umat Islam ialah Kaisar Bizantium yang kuat, Heraclius, hampir memeluk Islam. Dia tahu itu adalah kebenaran, tetapi kesombongannya, keserakahan akan kekuasaan, dan takut kehilangan kedudukannya yang berprestij di Empayar Bizantium membutakannya dan mengaburkan penilaiannya.

Pada masa ketika Nabi Muhammad saw telah berhijrah ke Madinah dan banyak orang memasuki agama Islam, Heraclius adalah Maharaja Bizantium atau Kerajaan Rom Timur. Heraclius mendengar tentang Nabi Muhammad saw dari Arab, dan dia ingin mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai Nabi Muhammad saw. Pada masa itu, Abu Sufyan, masih belum beragama Islam. Nama Abu Sufyan adalah Sakhr bin Harb dan dia adalah pemimpin Quraisy terkemuka di Makkah. Abu Sufyan berkuasa, berpengaruh, dan kaya. Dia memimpin kafilah perniagaan untuk perdagangan antara Makkah dan wilayah Syria dan Palestin. Dalam satu perjalanan perniagaan seperti itu, Heraclius mengundang Abu Sufyan dan para sahabatnya dan bertanya kepadanya tentang Nabi Muhammad saw. Pada saat itu, Heraclius mengirim utusan kepada Abu Sufyan ketika dia sedang mengiringi kafilah dari Quraisy.

Mereka adalah pedagang yang berniaga di Syam(Syria, Palestin, Lebanon, dan Jordan) pada ketika Rasulullah saw telah berseteru dengan Abu Sufyan dan orang Kafir Quraisy. Maka Abu Sufyan dan para sahabatnya pergi ke Heraclius di Ilya(Yerusalem).

Heraclius memanggil mereka di mahkamah dan dia mempunyai semua orang kenamaan Romawi di sekitarnya. Dia meminta perterjemahahnya yang menerjemahkan pertanyaan Heraclius kepada mereka, kepada mereka, "Siapa di antara kamu yang sangat dekat dengan orang yang mengaku Nabi?". Abu Sufyan menjawab, "Saya adalah saudara terdekatnya (di antara kumpulan itu)." Kemudian Heraclius berkata, "Bawalah dia (Abu Sufyan) dekat denganku dan buatlah para sahabatnya berdiri di belakangnya."

Heraclius memberitahu penterjemahnya untuk memberitahu sahabat Abu Sufyan bahawa dia ingin mengemukakan beberapa pertanyaan kepada mengenai lelaki itu yang disebut Nabi itu dan bahawa jika saya berbohong mereka (sahabat saya) harus bertentangan dengan saya". Abu Sufyan menambahkan,"Demi Allah. Sekiranya aku tidak takut para sahabat melabel aku sebagai pembohong, aku tidak akan mengatakan kebenaran tentang Nabi". Soalan pertama yang Heraclius tanyakan kepada Abu Sufyan mengenai Nabi Muhammad ialah: "Apa status keluarganya di antara kamu?" Abu sufyan menjawab, "Dia tergolong dalam keluarga yang baik,mulia di antara kita."
Heraclius bertanya lagi, "Adakah orang di antara kamu pernah menyatakan hal yang sama iaitu menjadi Nabi sebelum dia?"

Abu sufyan menjawab, "Tidak." Heraclius berkata, "Apakah ada di antara nenek moyangnya yang seorang raja?" Abu Sufyan menjawab, "Tidak." Heraclius bertanya, "Apakah bangsawan atau orang miskin mengikutinya?"
Abu Sufyan menjawab, "Orang miskin yang mengikutinya." Heraclius berkata lagi, "Apakah pengikutnya semakin menurun hari demi hari?" Abu Sufyan menjawab, "Mereka meningkat."
Dia kemudian bertanya, "Apakah ada orang di antara mereka yang memeluk agamanya menjadi tidak senang dan meninggalkan agama itu setelah itu?" Abu Sufyan menjawab, "Tidak." Heraclius berkata, "Pernahkah anda menuduhnya mengatakan dusta sebelum tuntutannya (menjadi Nabi)?"
Abu Sufyan menjawab, "Tidak."

Heraclius berkata, "Apakah dia memungkiri janjinya?" Abu Sufyan menjawab, "Tidak. Kami sedang gencatan senjata dengannya, tetapi kami tidak tahu apa yang akan dilakukannya di dalamnya. ” Abu sufya pada ketika itu tidak dapat mencari peluang untuk mengatakan apa-apa terhadapnya kecuali itu. Heraclius bertanya, "Pernahkah kamu berperang dengannya?" Kemudian Abu Sufyan menjawab, "Ya." Setelah itu, Heraclius berkata, "Apa hasil pertempuran?" Abu sufyan menjawab, "Kadang-kadang dia menang dan kadang-kadang kami yang menang." Heraclius berkata, "Apa yang perintahkan Nabi Muhammad saw kepada kalian?" Abu sufyan berkata, “Nabi Muhammad saw memerintahkan kami untuk menyembah Allah sahaja dan tidak menyembah apa pun bersama-sama dengan-Nya, dan untuk meninggalkan semua yang dikatakan oleh nenek moyang. Nabi Muhammad saw memerintahkan kami untuk berdoa, berbicara yang benar, murni dan menjaga hubungan baik dengan saudara kita. "

Heraclius meminta penterjemah menyampaikan kepada Abu Sufyan, “Aku bertanya kepada Abu Sufyan tentang keluarganya dan balasan Abu Sufyan adalah bahawa dia berasal dari keluarga yang sangat mulia. Sebenarnya semua Rasul berasal dari keluarga bangsawan di kalangan bangsa masing-masing. Aku bertanya kepada Abu Sufyan adakah orang lain di antara kamu yang mendakwa perkara itu, jawapan Abu Sufyan adalah negatif. Sekiranya jawapannya sudah pasti, aku akan menyangka bahawa lelaki ini mengikuti pernyataan lelaki sebelumnya.

Kemudian aku bertanya kepada Abu Sufyan adakah salah seorang nenek moyangnya adalah raja. Jawapan Abu Sufyan adalah tidak, dan jika sudah tentu, aku akan menyangka bahawa orang ini ingin mengambil kembali kerajaan leluhurnya. Aku bertanya lagi apakah dia pernah dituduh berbohong sebelum dia mengatakan apa yang dia katakan, dan jawapan Abu Sufyan adalah tidak. Oleh itu, aku tertanya-tanya bagaimana orang yang tidak berbohong tentang orang lain boleh membohongi Allah. Aku kemudian bertanya kepada Abu Sufyan adakah orang kaya mengikutinya atau orang miskin. Abu Sufyan menjawab bahawa orang miskin yang mengikutinya. Kemudian aku bertanya kepada Abu Sufyan adakah pengikutnya bertambah atau menurun. Abu Sufyan menjawab bahawa mereka semakin meningkat. Aku bertanya kepada Abu Sufyan apakah ada orang yang, setelah memeluk agamanya, menjadi tidak senang dan membuang agamanya. Jawapan Abu Sufyan adalah tidak, dan Aku bertanya kepada Abu Sufyan adakah dia pernah mengkhianati.

Abu Sufyan menjawab secara tidak dan juga para Rasul tidak pernah mengkhianati. Kemudian aku bertanya kepada Abu Sufyan apa yang dia memerintahkan kalian lakukan. Abu Sufyan menjawab bahawa dia memerintahkan kami untuk menyembah Tuhan (Allah swt) dan tidak menyembah apa-apa bersama-sama dengan-Nya dan melarang kami menyembah berhala dan memerintahkan kami untuk berdoa, bercakap benar dan bersikap suci.

Sekiranya apa yang Abu Sufyan katakan itu benar, maka ia menguasai tempat kedua kakiku berpijak ini dan seandainya aku tahu bahwa aku bertemu dengannya sudah pasti aku setia dengannya dan aku akan mencuci kedua kakinya kalau aku bertemu dengannya, kata Heraclius.

Jadi apa yang dilakukan oleh Abu Sufyan? Abu Sufyan pada ketika itu boleh sahaja berbohong dengan lisannya. Abu Sufyan pada saat itu, membenci Nabi, membenci kepada Islam, dan memusuhi Islam tetapi ketika Heraclius bertanya semuanya tentang Nabi, beliau menjawab dengan jujur.

Jadi akhlak daripada seorang muslim dia tidak akan berdusta, berbicara bohong kerana ada ciri orang munafik ketika berbicara dia berdusta, ketika dia menjanjikan sesuatu dia memungkirinya. Oleh hal yang demikian, lisan itu tidak boleh menipu sekecil apapun janganlah kita menipu. Jika kita menipu kita akan menipu lagi untuk menutup penipuan yang sebelumnya.

Seterusnya di dalam Islam berbohong itu boleh tetapi untuk 3 keadaan. Yang pertama dalam suasana suami isteri untuk saling menambah keharmonian antara satu sama lain. Kemudian kedua, bohong dalam perang. Tidak boleh memceritakan strategi mereka kepada musuh. Dan ketiga, boleh berbohong untuk mendamaikan rakan-rakan yang sedang berselisih. Dalam surah Al-Hujurat:10,

{10}"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".{Al-Hujurat:10}.

Berikutnya kembali lagi ke bencana lidah yang pertama berbicara yang bathil, termasuk berbicara yang bathil adalah dusta. Kemudian termasuk membicarakan yang bathil dengan lisan ini suka ghibah. Apa itu Ghibah? Ghibah secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim, sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, ahlaknya, bentuk lahiriyahnya dan sebagainya. Cara melakukan gibah juga bermacam-macam. Di antaranya dengan mengetengahkan keaibannya dan meniru tingkah-laku atau gerak-geri tertentu dengan bertujuan untuk memperolokkannya. Maka berhati-hatilah terhadap ghibah maupun fitnah. Jika ingin perbaiki seseorang berbicara langsung kepadanya. Jika engkau ingin menasihati bicara langsung ke orangnya adapun engkau membicarakan depan orang ramai namanya mempermalukan orangnya. Oleh itu jelaslah janganlah kita suka ghibah maupun fitnah, menyebarkan berita bohong yang belum tentu kita ketahui kebenarannya.

Berikutnya, ada juga maksiat lisan iaitu namimah atau mengadu domba. Apa maksud namimah? Namimah ialah memetik kata-kata orang dan menyebarkannya dengan tujuan untuk merosakkan, melagakan-lagakan, mencetuskan permusuhan, perbalahan dan kemarahan di kalangan manusia. Maka umat Islam perlu bersatu, tidak boleh berpecah belah. Jika engkau berpecah belah, maka terjadi permusuhan diantara umat Islam dan setelah permusuhan terjadi perpecahan selepas perpecahan terjadi kehancuran bagi umat Islam itu sendiri. Hal ini pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul ketika di perang Uhud tahun 3 Hijrah pada saat itu umat Islam hendak berperang melawan orang-orang kafir Quraisy. Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad saw menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafik.

Berikutnya, berbicara adalah merendahkan orang lain. Hal seperti ini juga pernah terjadi ketika di zaman Rasulullah saw pernah ketika waktu itu sahabat Rasulullah saw Abu Dzar al-Ghifari berselisih faham dengan Bilal Bin Rabah dan memanggil Bilal Bin Rabah dengan sebutan 'wahai anak dari seorang perempuan yang berkulit hitam kemudian Bilal Bin Rabah mengatakan kepada Rasulullah saw dan Rasulullah saw mengatakan kepada Abu Dzar al-Ghifari 'wahai Abu Dzar al-Ghifari sesungguhnya pada dirimu masih terdapat tanda-tanda kejahiliyahan'. Maka Abu Dzar al-Ghifari benar-benar meminta maaf pada Bilal Bin Rabah. Abu Dzar al-Ghifari meletakkan wajahnya ke tanah dan mengatakan 'Bilal Bin Rabah pijak saja wajahku kerana aku telah merendahkan dirimu dab aku telah menghinakanmu'. Dan Bilal Bin Rabah memaafkan Abu Dzar al-Ghifari. Oleh itu, terdapat banyak kisah-kisah yang di masa lalu yang menjadi sebuah pengajaran untuk kita.

Selain itu, termasuk lisan yang bathil ialah menyanyi lagu-lagi maksiat atau menyanyi lagu yang melalaikan dan yang tidak ada manfaatnya. Oleh itu, kita sibukkan diri dengan Quran pasti kita tiada waktu untuk mendengarkan lagu-lagu yang tidak manfaatnya atau faedahnya. Ada juga bicada yang bathil adalah bicara dengan sumpah serapah. Jadi berhati-hatilah dengan kalimat-kalimat buruk yang diucapkan kerana boleh sahaja didengarkan oleh Allah swt. Berikutnya bencana dari lisan yang pertama adalah berbicara yang bathil dan kedua adalah diam daripada kebenaran yang wajib diucapkan sebagai contoh dia melihat kemungkaran namun dia diam sahaja itu juga perkara yang bathil. Jika kita lihat kemaksiatan di depan mata kita apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw adalah cegahlah dengan kekuasaanmu jika tidak boleh cegahlah dengan tangan dengan mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan jika tidak mampu halanglah dengan lisan iaitu menegur, menasihati atau melaporkan kemungkaran sama ada secara lisan atau tulisan jika tidak mampu halanglah dengan hati iaitu dengan membenci kemungkaran berazam untuk tidak melakukan dan berdoa agar pelakunya diberi hidayah untuk bertaubat. Jadi termasuk lisan yang bathil adalah ketika dia melihat ada sebuah kebenaran haruslah dia ucapkan tetapi dia tidak ucapkan namun dia melindungi sesuatu kebathilan.

Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah berkata, ibadah yang pertama kali memang diam kemudian bukan diam, jadi yang harus berikutnya menuntut ilmu menghafalkan dan mengamalkan serta menyampaikannya. Jadi ada juga orang-orang terus menerus diam dan punya lisan tapi dia diam tapi tidak selamanya harus diam. Tugas berikut yang harus kita lakukan adalah menuntut ilmu, mengamalkan, menghafalkan serta menyampaikannya. Maka menjaga lidah itu bahaya kerana boleh sahaja terjadi mengenai peribadi, masyarakat dan mengenai umat Islam secara keseluruhan. Maka Rasulullah saw ingatkan 'Sesungguhnya ada seseorang hamba yang benar-benar berbicara dengan satu kalimat yang ia tidak mengetahui secara jelas maksud yang ada dalam kalimat itu, namun sebab satu kalimat ia terjun ke dalam neraka lebih jauh diantara timur dan barat'(H.R Muslim). Jika orang beriman dia berfikir dahulu sebelum berbicara. Akhir sekali, balasan terhadap orang-orang yang menjaga lisannya adalah syurga.

Dalam surah Al-Ahzaab ayat 70 hingga 71,
{70}Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), {71}Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (Al-Ahzaab :70,71).

Jadi berkata-katalah dengan kalimat yang baik dengan niat untuk membuat orang menjadi baik maka itu akan sampai ke hati seseorang. Sesuatu yang berasal daripada hati akan sampai ke hati seseorang. Oleh itu, kita bersihkan hati kita untuk boleh perkataan kita sampai ke hati seseorang yang berasal dari hati kita yang bersih juga. Dan yang terakhir dalam Surah An-Nisaa ayat 63.?

{63}Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.(An-Nisaa:63). Jadi pada hari kita belajar bagaimana cara menjaga lisan, bagaimana caranya berhati-hati dengan lisan kita, Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, 'Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya(HR. Bukhari&Muslim).

Semoga Allah swt menjaga lisan kita, perbuatan kita baik lisan kita baik InshaaAllah. Wallahu'alam

usrah by mar

Semoga Bermanfaat :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience