Dari Kegelapan Menuju Ke Cahaya Allah swt.
Hari demi hari yang kita jalani, telah banyak yang kita harungi. Masa tetap berjalan begitu pantas tanpa menghiraukan sesaat pon masa yg berlalu. Semakin hari kita semakin dijamah usia & matang dlm merencana. Pengalaman dlm saat & detik waktu yg lalu adakalanya mungkin telah banyak mematangkan jiwa & diri dengan izinNya.
Setiap saat kita harus menjadi seseorang yang lebih baik dari segala macam sisi. Berusaha untuk menjadi lebih baik terutama sekali yang paling penting adalah keimanan harus lebih baik daripada yang sebelumnya. Tajuk kita pada malam ini adalah dari kegelapan menuju ke cahaya Allah swt dan berkait rapat dengan hijrah. Hijrah itu adalah sepanjang perjalanan hidup kita akan senantiasa berhijrah menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelumnya dan dari hari ke hari. Definisi hijrah adalah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw berhijrah dari Mekah menuju ke Madinah(Yathrib). Hijrah boleh juga kita fahami dengan dari kegelapan menuju kepada sebuah kebaikan. Perhatikan dalam surah Al-Baqarah ayat 168
[168]Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.[Al-Baqarah:168]
Dalam surah al-baqarah ayat 168 kita diminta untuk sentiasa makan makanan yang halal dan juga yang baik. Mengapa makanan sangat penting dalam peraturan agama kerana makanan yang telah masuk ke dalam tubuh kita boleh mempengaruhi karakter seseorang. Jikalau karakter yang baik mudah untuk menerima nasihat, mudah mengamalkan kebaikan, tidak malas ketika melakukan kebaikan salah satunya boleh dengan memperhatikan makanan yang masuk ke dalam tubuh kita haruslah makanan yang halal dan kualitinya yang baik.
Abu Bakar As-Siddiq r.a juga mengisahkan betapa beliau sangat berhati-hati terhadap makanan yang masuk ke dalam tubuhnya. Pernah pada suatu ketika Abu Bakar As-Siddiq r.a memiliki seorang budak yang biasa memberinya sebahagian dari pendapatan hariannya sebagai bagian dari tuannya. Setelah dia membawanya beberapa makanan, dan Abu Bakar As-Siddiq r.a mengambil sepotong dari dalamnya. Kemudian budak itu berkata, "wahai Abu Bakar makanan yang aku berikan kepada kamu adalah hadiah dari seseorang dulu aku adalah seorang dukun dan kemudian orang tersebut memberikan aku hadiah kerana ketika aku menjadi dukun aku pernah membantunya dulu dan mereka memberi aku makanan ini,". Abu Bakar As-Siddiq yang sudah makan makanan tersebut lantas ia berusaha memuntahkan makanan yang telah ditelannya itu dengan memasukkan tangannya ke dalam tenggorokan. Dan Abu Bakar pun mengatakan, "celakalah engkau, hampir saja engkau celakakan aku, bagaimana bisa aku melakukan hal itu sedangkan aku mendengarkan Rasulullah saw bersabda, "sesungguhnya daging tidak akan tumbuh dari harta haram, kecuali neraka lebih utama untuknya".
Justeru itu, Abu Bakar As-Siddiq r.a sangat berhati-hati. Maka upah daripada pekerjaan yang haram adalah haram untuk dimakan termasuk dari hadis riwayat Ahmad dijelaskan, "tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh dari harta yang haram dan neraka lebih baik untuknya". Oleh itu kita perlu berhati-hati dengan hal-hal yang merupakan cerminan dari ketaqwaan seorang hamba. Tetapi bagi orang-orang yang bertaqwa dia sangat berhati-hati dengan makanan yang masuk ke dalam tubuhnya. Berhijrah adalah salah satunya adalah dengan harta yang kita perolehi pastikan harta yang halal.
Selanjutnya, berhijrah secara fesyen. Orang Islam punya cara penampilannya tersendiri. Untuk perempuan lebih terlihat lagi dalam surah Al-Ahzab ayat 59.
.[59].Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Al-Ahzab:59].
Allah swt sudah peringatkan kepada kita semua khususnya kepada orang-orang yang beriman. Cara berbusana seorang muslimah adalah melabuhkan pakaian atau menutupi seluruh tubuh supaya mudah dikenali sebagai wanita yang mulia. Ada syarat-syarat yang harus dipenuhi ketika kita memakai kerudung ataupun jilbab iaitu yang pertama tentu sahaja kerudung atau jilbab yang dipakai haruslah menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Begitu pula, dengan syarat kedua bahwa jilbab itu adalah pelindung bukan sebagai penghias. Kemudian syarat ketiga memakai jilbab tentu saja tidak ketat dan tidak nipis. Rasulullah saw ingatkan ada jenis-jenis perempuan yang tidak boleh cium bau syurga kerana mereka memakai pakaian yang ketat dan nipis, membentuk lekuk tubuh. Kemudian syarat yang keempat tidak boleh memakai wangian yang terlalu menyengat.
Tetapi jika dihadapan lelaki ajnabi kita tidak boleh memakai perfum yang agak kuat baunya. Sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy aru r.a bahawa Nabi saw bersabda, "Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina(Riwayat Abu Daud 4173 &Al-Nasaie 5126.)
Kemudian, syarat yang kelima tidak boleh menyerupai lelaki. Dan yang terakhir, syarat keenam adalah memakai pakaian bukan untuk mencari popularitas atau mahal. Dalam hadis riwayat Ahmad Abu Daud Al-Nasaie dan Ibnu Majah, "Sesiapa yang memakai pakaian yang melambangkan kemasyhuran, nescaya Allah swt akan memakainya pakaian kehinaan di hari kiamat". Dan syarat yang ketujuh pakaian tersebut haruslah berasal dari pakaian yang bahannya yang halal dan suci dan syarat ke lapan adalah pakaian tersebut bukan pakaian kesombongan dan syarat yang kesembilan pakaian tersebut bukan pakaian pemborosan.
Seterusnya, dalam surah Adh-Dhaariyat auat 56 Allah swt berfirman,
[56]. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
[Adh-Dhaariyat:56].
Semua aktiviti yang kita lakukan hanyalah untuk beribadah kepada Allah swt. Kita menjadi pelajar adalah dalam rangka beribadah kepada Allah swt. Dalam hadis riwayat At-Timidzi, Ibnu Majah disahihkan oleh Albani, Rasulullah saw bersabda, "Diantara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tiada manfaatnya". Adapun Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Yang pertama dibaca setiap hari, istiqamah. Al-Quran kita dibaca, dihafalkan, diamalkan dan diajarkan. Kalau kita disibukkan dengan Al-Quran kita tidak akan ada waktu untuk mendengarkan lagu-lagu yang melalaikan.
Akhir sekali adalah hijrah dalam penggunaan media sosial. Mengawal lisan bukanlah semudah yang disangka. Ditambah lagi dunia moden hari ini, ‘lisan’ tidak hanya pada tutur bicara namun ia juga pada ‘tulisan’ yang terhasil menerusi tari gerak jari jemari. Di media sosial khususnya, bukan mudah untuk mengawal pengguna media sosial dari menulis apa sahaja yang dikehendaki. Apatah lagi jika kebebasan bersuara ditafsirkan dengan kefahaman menyeleweng ialah suka hati nak cakap apa sahaja.
Justeru itu, dalam mengawal lisan begitu juga tulisan, ia diikat dengan pasak keimanan. Walaupun dilihat remeh, namun panduan Hadis Rasulullah S.A.W mengingatkan dengan permulaan pasak keimanan bagi mengawal lisan sama ada bercakap baik atau diam dari bercakap perkara yang tidak elok serta sia-sia. Hadis dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah sesuatu yang baik atau diam (dari perkara sia-sia dan tidak elok)" [HR. al-Bukhari dan Muslim].
Semoga apa yang disampaikan secara singkat pada hari ini mampu mengingati kita dan yang paling penting adalah mengamalkan apa yang telah kita tahu. Berhijrah dengan cara memilih makanan yang baik dan berhati-hati terhadap makanan yang masuk ke dalam tubuh kita. Berhijrah dengan cara pakaian kita yang baik. Beralihlah dari keseronokan yang tiada manfaatnya dengan keseronokan yang bernilai pahala seperti menghafalkan Al-Quran dan mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Dan terakhir sekali, ketika seseorang disibukkan dengan perkara kebaikan dia tidak akan ada waktu untuk berbuat perkara buruk.
Wallahu'alam Bish Shawab
usrah by mar
Semoga Bermanfaat. ^^
Share this novel