BAB 18

Romance Completed 4613

“APA IBU????????” terkejut Alya di buatnya. Dia terjerit seketika.

“Ala, ibu, kenapa buat Lya macam ni ibu?” Tanya Alya tetiba rasa sebak di dada. Dia jadi takut. Takut nak hadapi semua itu.

Ibunya hanya terdiam. Dan cuba memujuk anaknya itu.

“Lya, ibu ni bukan apa, adik-adik kamu semua dah kahwin, ibu tahu anak ibu sorang ni pentingkan orang lain dari diri sendiri, sanggup tengok orang lain kahwin dulu, ibu ingat lagi, Lya cakap, Lya tak nak kahwin selagi Angah dan Alang tak kahwin lagi. Ni dorang dah kahwin. Lya tak kahwin-kahwin. Dengan umur Lya yang layak kahwin tu, ibu harap Lya tak kisah la yer. Lagipun orangnya bukan orang sebarangan Lya. Dia yang datang sendiri. Baik ibu tengok orangnya. Peramah. Sembang dengan ayah mesra je, macam dah lama kenal,” terang ibunya lembut.

“Tak tahu la ibu, Lya tak tahu nak cakap apa, kalau itu yang ibu dah menilai, Lya tak boleh nak tolak la ibu yer, kesian Lya kan ibu, ingatkan tak de yang sudi, kalau ada tu kira ok la kan?” jawab Alya cuba memberi kata-kata positif.

“kiranya Lya setuju la yer?” ujar ibunya gembira. Terdengar suara excited ibunya itu.

Alya mengeluh.

“Hmm. InsyaAllah, Lya terima walaupun Lya takut ibu. Serius Lya takut” jawab Alya hambar.

“EH.. kahwin pun takut ke Lya? Kahwin kan sunnah, ok la DR Firza Alya, ibu nak bagi tahu ayah, apa-apa nanti ibu yang handle semuanya ok, ibu tahu Lya sibuk”

Setelah menjawab salam ibunya, Alya segera terfikir. Hari ini jugaklah Im muncul dalam hidupnya dan hari ini jugaklah ada orang merisik.

Tetapi, bagaimana dengan Im ? adakah dia akan kecewa? Aduh ! Alya, kenapa mesti berfikir tentang Im, bukankah kau dah lupakan dia? Mungkin.

Maknanya dia perlu istikharah. Mana satu yang kuat untuknya. Tapi, Alya malu nak berhadapan dengan Im jikalau betul-betul Im untuknya. Mana sanggup nak hidup seumur hidup dengan Im yang dulu suka cari pasal dengannya. Ayat-ayat Alya juga sangat pedas dan seringkali menyakitkan hati. Rupa-rupanya dengan perbuatannya itu, itu yang menarik hati Im untuk Alya. Kemudian, setelah mendapat tahu, Alya cuba melarikan diri dari itu semua, kerana Alya tahu, dia tidak mungkin dapat memberi kasih, cinta pada orang yang dia hanya anggap kawan. Selepas beberapa tahun dia mendapat tahu, Im belajar overseas tanpa memberitahu Alya, dia sangat kecewa. Dia anggap perasaan Im itu hanya mainan. Itu yang membuatkan dia menganggap perasaan lelaki yang meluah rasa itu hanya mainan. Sekarang suka, pastu bosan, pastu menyepi. Tapi, kenapa dia perlu kecewa ? adakah dia juga punya perasaan sebegitu?

“Tak pe la, aku terima je pinangan tu, maknanya aku boleh elak dari Im, Alhamdulillah” monolog Alya sambil tersenyum.

“ pihak lelaki nak percepatkan tarikh pernikahan, maknanya tunang hanya 3 bulan, pastu kahwin, ok Lya?” jelas ibunya.

“cepatnya ibu, Lya tak tahu nak ready apa ni ibu, bulan berapa tu ibu? Lya takut Lya sibuk ibu”

“eh, tak, time tu kamu tak busy, si dia dah pilih tarikh yang sesuai nie, cantik pulak tu, number favourite kamu nie Lya,” ujar ibunya pasti. Alya hanya mengerut dahi musykil. ‘macam mana dia tahu aku busy ke x? dan macam mana dia tahu number feveret aku plak ni” desis hati Alya tertanya-tanya.

“ala, kamu tak payah risau la, lagi 3 bulan nak kahwin, mak dan mak mentua kamu dah siapkan semuanya, jadi dalam tempoh pertunangan ni, kamu tak nak jumpa dengan dia ke?”

“tak nak lah, nanti Lya takut Lya tak jadi kahwin plak nie, risau tau. Dah la orang takut ni,”

“tak payah dok takut-takut la. Kamu relax. Tarik nafas. Pergi sambung kerje”

Aku ni macam orang tak nak kahwin je, relax je semedang. Ibu tu asyik suruh aku relax je. Nak kata kahwin paksa aku setuju je, even, muka husband to be pun tak tahu macam mana. Kau serius ke tak ni Lya??? Adoii ! sabar jer la. Hancur bab-bab macam nie.

Di majlis pertunangan Alya, Alya rasa macam nak nangis minta dibatalkan. Entah kenapa, dia takut. Tetiba dia terpikirkan Im. Kenapa Im pulak yang mesti muncul dalam ingatannya ketika ini. Sejak hari tu, mereka tidak lagi bertemu. Im menyepi. Tapi kenapa Im menyepi tanpa kesungguhan jika benar dia tunggu aku? Pelik.

Selepas cincin tersarung di jari manisnya, dia segera melihat siapa yang menyarungkan cincin itu, itu wakil pihak lelaki, bukan ibu mentuanya. Katanya ibu mentuanya tidak dapat hadir kerana menunaikan umrah. Kenapa tak tunggu je habis umrah baru bertunang? Persoalan di hatinya. ‘kenapalah bakal laki aku tu kalut sangat?’ desis hatinya.

Pertunangan Alya tidak di hebah-hebahkan. Rakan-rakannya pun tidak diberi tahu. Hampir sebulan setengah rahsianya tersimpan rapi. Dan dalam masa inilah Im tetap xmuncul. Merajukkah dia? Tetapi kenapa perlu merajuk? Alya masih terfikirkan Im walaupun hatinya tetap berkatakan tak payah dikenangkan lelaki lain, kau tu dah nak bersuami, berdosa pikirkan lelaki lain.

Lagu Big Bang Blue berdering menunjukkan mesej masuk. Alya tidak segera membacanya. Dia sibuk menyiapkan tugasannya yang banyak dengan data-data pesakit. Ada yang dia perlu siapkan sebelum di buat kajian di makmal.

Setengah jam berlalu. Alya masih khusyuk dengan tugasannya. Lagu Lies Big Bang pulak berdering menandakan ada panggilan. Dia mencapai dan terus menekan. Dia hanya terfikirkan ibunya yang menelefon untuk bertanyakan tentang persiapan pernikahannya tak lama lagi.

“Yer ibu? Lya banyak kerja ni, tapi, xpe, Lya boleh dengar ibu cakap sambil buat kerja” Alya ketawa.

Tetapi, sepi. Tiada suara. Sangkanya ibunya, tetapi tidak.

kemudian dia segera melihat si pemanggil telefon, Number private.

“Oh ! maafkan saya, saya ingat ibu saya tadi, siapa ni?” Tanya Lya, berdebar. Siapa pula ni?

Ehem. Terdengar deheman lelaki.

“errr….encik !” ujar Alya.

“Im nie,” jawab lelaki itu pendek. Alya mula berdebar-debar. Kenapa lelaki itu kembali plak.

“For your informationssss, I dah engaged, I tunang orang, sekian terima kasih” dengan bangganya Alya memberitahu.

Alya segera meletakkan telefonnya. Im ialah orang pertama kenalannya yang tahu dia telah bertunang.

Dia rasa bahagia apabila dia dapat kecewakan Im sedemikian rupa. Alya dah buktikan yang dia tak tunggu lelaki itu.

Dia baru terprasan yang ada 1 mesej belum di bacanya itu. From number yang tidak dikenali. Dia membuka mesej itu.

“DR Firza Alya, I’m your hubby to be”

Erkkk??? Matanya membulat. Dia rasa gentar tetiba. Adoi ! orang pertama hantar tunangnya. Orang kedua call Im. Maknanya. Aku bukan untuk Im. Im terlambat. Alya mula mengaru-garu kepalanya. Nak reply apa.

“Ok”

Beberapa minit kemudian.

“Ok je?”

“Hmm”

Sebenarnya Alya malu. Tak tahu nak cakap apa. So, macam mana ni nanti? Gawat kau Alya, gawat.

Tiba-tiba dia menelefon, Alya terkejut, dia tak nak angkat, dia malu, dia takut. Itu yang dia rasa ketika itu. Badannya mula kepanasan. Membahang pipinya.

2 kali telefonnya berdering.

“Kenapa tak angkat? Malu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience