BAB 5

Romance Completed 4614

“aku bahagia apa sorang-sorang, tapi dulu aku pernah cakap yang aku akan kahwin umur 26 atau 27. Tapi sekarang aku dah terlewat 1 tahun, umur aku bakal menjejak 27 tahun lagi beberapa bulan, aduh ! kenapalah susah sangat aku nak terima lelaki dalam hidup aku ni?” bisik hati Alya.

“Ya Allah, jika benar seseorang itu untuk aku, yang boleh bimbing aku hingga ke syurgaMu, permudahkanlah pertemuan kami di bawah keredhaanMu ya Allah,” doa harian Alya semenjak dua menjak ini. Segera Alya mengaminkan doanya.

Aku kuat. Aku kuat. Alya cuba menenangkan hatinya dan berfikiran positif agar tugasannya hari ini berjalan lancar.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan sambil membuat aksi tarik nafas.

Fuhhh. Ok Alya, senyum ! Kau kuat. Kata-kata dari dasar hatinya beri semangat. Dia membuka pintu kereta dan segera memasuki lobi hospital dengan senyuman yang manis.

Gelagat Alya tadi diperhati oleh seseorang. Dia hanya tersenyum.

“Morning Dr Firza Alya” tegur nurse memanggilnya Firza Alya. Dia lebih suka orang memanggilnya Firza Alya. Alya hanya gelaran dari rakan-rakannya. Kira gelaran Alya, bagi yang rapat dengannya.

“Morning, Lin” balas Alya sambil tersenyum.

“Ceria hari ni Doktor, ada apa-apa ke?” kata nurse itu bersahaja mahu memancing perhatian Alya.

Alya yang sedang mencatat sesuatu yang diminta oleh nurse itu hanya tersenyum dan menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience