BAB 3

Romance Completed 4614

Sofea hanya tersenyum tanpa mengerutkan dahi mendengar pendapat rakan-rakannya itu. Dia tahu, Alya tidak akan memberitahu pendapat dirinya, Alya lebih suka membuat konklusi setiap pendapat rakan-rakannya.

Tetapi, dia bertegas dengan keputusan sendiri bahawa isteri mesti di sisi suami, menjaga keperluan suami adalah tanggungjawab isteri. Dia yakin suaminya membuat begitu mesti ada hikmahnya. Dia percaya pada suaminya yang penyayang dan bertanggungjawab. Walaupun Suraya dan Ainin tidak menyokong keputusan Sofea mereka tetap akur. Ini pendapat masing-masing dan hidup masing-masing. Susah senang tetap bersama mendengar luahan rasa hati.

Pap! Sofea menampar lembut bahu Alya.

“Lama kau diam, berangan naik pelaminkah?” usik Sofea apabila Alya diam seribu bahasa. Alya yang terkejut dengan tamparan Sofea.

Alya dah mula buat muka. Dia memuncungkan mulutnya merajuk.

“kau ni tak habis-habis pelamin la, kad wedding la apa la, berdesing telinga aku ni dengar tau tak, aishhh”marah Alya sengaja. Sofea semestinya tahu Alya tak suka topic ini menjadi topic utama. Kalau tak, konfem seminggu merajuk tak jawab call dan mesej. Kitaorang dah tak cari jodoh untuk Alya dah. Semua di tolaknya.

“kau tak keje ke Lya? Cuti eh?” Sofea cuba mengalih topic.

“tak lah, aku kan dah cakap tadi, aku singgah sekejap je nak tengok kau”

“oh ye ke? Sila jangan bagi aku terharu, anak aku dalam perut ni still sihat, kan sayangkan? Papa bagi baby kasih sayang tu yang anak mummy sihat je” kata Sofea sambil mengusap perutnya bercakap-cakap dengan kandungannya. Alya hanya melihat tanpa perasaan. Dia hanya tersenyum melihat gelagat rakannya itu. Almaklumlah, ibu mengandung.

“Kenapa senyum plak ni? Teringin la tu” gertak Sofea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience