BAB 9

Romance Completed 4613

Alya tak reply. Dia hanya membiarkan saja. ‘Dah tahu Tanya lagi, ni mesti kerja angah atau alang nie, xde orang lain dah bagi number nie, siap korang !’ desis hati Alya.

Alya makan tengah hari seorang diri di kafe. Tetiba datang Dr Hisyam dari belakang bersama seseorang. Dia segera menegur Alya.

“Sorang je ke?”

“Yer la, sorang. Takkan dua pulak,” balas Alya tanpa dia sedari yang Im di tepinya.

Terkejut bukan kepalang apabila dia melihat Im di sisinya. Manakan tidak terkejut, Im ialah orang atasannya, macam mana dia boleh tidak tahu nie? Tak pernah Nampak pun sebelum ini. Ya Allah. Malunya. Tapi dia cuba mengawal emosinya.

Dr Hisyam segera mengambil tempat di sebelah meja Alya makan. Nampak tidak manis pulak kalau semeja. Im jugak begitu. Ketika Alya sedang menghabiskan isi makanannya. Dia ternampak Dr Hisyam bangun dari tempatnya untuk ambil makanan. Tetapi, Im masih tidak berganjak dari situ. Alya jadi kalut.

“ Kata bertunang, mana cincinnya,” serkap Im tetiba. Alya terkejut apabila jarinya diperhatikan. Memang sebelum ini dia tidak pernah pakai cincin kalau dia pakai kan Nampak pelik pulak, mulalah banyak mulut staf-staf hospital

“Bertunang tidak perlu di hebahkan” balas Alya bersahaja. Dingin. Tetapi Alya masih pelik, kenapa Im seakan-akan tidak kecewa.

“tapi, awak hebahkan kat saya” saja membaling minyak tanah ke bara api Alya.

“saja nak bagitau awak, supaya awak tahu, saya tak tunggu awak, paham?” jawab Alya serius.

“tu la pasal, saya sebenarnya hari tu nak minta maaf sebab saya pun tunang orang, tak sangka kebetulan sama-sama dah bertunang kan? Maknanya kita seri kan cik Alya kn?” Alya terkejut sangat-sangat terkejut.

“Kan betul saya cakap, lelaki ini tak boleh dipercayai, konon still tunggu awak, awaklah ubatnya, huh! Mainkan perasaan orang. Selamat lah saya tak cair dengan kata-kata tu tau,” dengan nada marah, merajuk campur bangga pun ada jugak.

“kenapa awak nak marah-marah pula ni, jelez eh?” usik Im saja bagi hati itu membara lagi.

“Tak kuasa saya nak jelez, saya report hubby to be saya baru awak tahu!,” gertak Alya seakan kanak-kanak. Dia mahu mengangkat punggung berlalu pergi. Tetapi, segera di tahan Im.

“Lya, orang cakap, marah-marah tu ada sayangnya lagi, saya boleh Nampak awak still berhati dengan saya, kalau awak terima saya, saya ok je, saya ada kuota lagi 3 tau,” usikan melampau Im membuatkan Alya lagi sakit. Kenapalah Im ni banyakkan sakit hatinya sejak dua menjak ni, arghhh!!

Alya hanya mengejek dan berlalu pergi. Im hanya ketawa melihat wajah tu. Lelaki ! mentang-mentang boleh pasang 4, menggatal je tahu. Huh !

Alya memerhatikan cincin di jarinya. Betul-betul muat dijarinya. Emas putih. Cantik. Mana dia tahu aku suka emas putih tak suka emas? Hmm, kuat betul firasat dia. Haha. Gelak Alya sorang-sorang.

Ting tong.

Dia terkejut, ada suara orang bagi salam. Dia segera berlari memakai tudung. Dia membuka pintu sedikit untuk melihat siapa gerangan di luar. Kelihatan seorang nak kata perempuan tak nak kata lelaki pun tak, memakai topi, seluar jeans lusuh dan t shirt, serta beg selang. Tomboy kot. Dia hanya tersenyum dan membuat peace !

“Assalamualaikum kak, saya ni datang bawak amanat seseorang, kejap yer, “ budak itu segera berlari mendapatkan sesuatu di motosikalnya yang terparkir di luar pintu pagar.

“Amanat? Amanat apa pulak ni?” fikir Alya berkerut dahi.

“Bunga?” mulut Alya terlopong, belum pernah lagi sesiapa memberinya bunga. Bunga tulip pulak tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience