BAB 12

Romance Completed 4614

“Tak, I tak pernah tipu you Lya, you je tak nak dengar penjelasan I, you jugak tak pernah ambil peduli siapa tunang you, I tahu you sibuk memanjang, sepanjang I menyepi tak kacau you, I sibuk tolong family kita siapkan majlis pernikahan kita, I tak kisah, I nak you relax je”

Ayat macam ibu je, bisik hati Alya.

Alya tak dapat menerima hakikat. Belum sempat dia bersuara, Im bersuara dulu.

“Janji dengan I jangan minta putus pertunangan, we have 2 weeks, please, jangan bagi malu family I dan family you,” rayu Im.

“Ok, kalau macam tu you minta I terima, tapi, I tak boleh terima you Im,”

“Why? Apa salah I? sebab I tinggalkan You? sebab I sakitkan hati you? macam tu?”

“yea ! sebab you suka sakitkan hati I, suka sangat buat I marah, tengOk, sekarang you buat I menangis, jahat la you nie!”

Im hanya ketawa. Alas an tak munasabah. Tapi boleh diterima. Kelakar jugak tengok muka Alya menangis.

“Tak lawak la,”

“Ok, serius. Dah jangan nangis. Nanti dorang ingat I buat apa-apa pulak kat You. I sabar je lagi ni. 2 weeks lagi kan” gurau Im.

“merepek”

“terima I yer Lya” rayu Im.

“Tak nak”

“terima la”

“tak nak!”

Alya terus berlalu pergi. Dia malu. Dia malu sebab selama ini dia menunjuk-nunjuk untuk sakitkan hati Im. Alih-alih menunjuk depan tunang sendiri. Arghhh! Patut lah tenang je selama ini. Suka sungguh permainkan orang Im ni.

Im sedar, hati Alya tak senang di pujuk. Tak nak. Tak nak. Tapi nak. Aku mahu tapi malu. Im tersenyum sendirian. Dia boleh bayangkan kebahagiaan dia dengan Alya. Akhirnya, sedikit lagi Alya untuknya.

3 kad untuk rakannya itu baru saja di beri sorang satu apabila mereka membuat sesi “reunion” tak rasmi.

“Lya.. sampai hati kau tak ajak kitorang pergi majlis tunang kau” ujar Ainin merajuk.

“tu la, pandai betul simpan rahsia, patut lah menyepi” menyampuk Suraya.

“tak pe la, janji kawan kita ni dah nak kahwin, tengok tu siap kahwin dengan ehem ehem tu. Tak sangka aku, rupanya penantian tidak sia-sia kan? Romantiknya Im,” kata SOfea sambil mengusik Alya.

“oih oih. Kau tu dah kahwin sedar la sikit, aku report Hisyam baru tahu,” kata Alya.

“yer la yer la, tema dia apa?”

“tak nak bagi tau, wekk!”

“ceh! Bakal ibu pun wekk macam kanak-kanak lagi ke? Matured r sikit lagi seminggu nak kahwin tau tak?” kata Ainin.

“biar la. Yang kau ni kahwin nak masuk setahun dah bila nak dukung anak sendiri ni hah?” Tanya Alya pada Ainin.

“Hehe, aku merancang. Aku takut!”

“mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!, wekk” sebut serentak Alya, SUraya dan Sofea.

“yang kau tu takut kahwin, tak ke haru. Selamat nak kahwin jugak tau !” balas Ainin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience