BAB 4

Romance Completed 4613

“Ewah-ewah pandai la kau, kau tu kelakar la, nampak muka kau tu muka mak. Dulu tak lah macam ni macam kanak-kanak, see sekarang dah jadi mak kanak-kanak,” bidas Alya masih ketawa.

“sama je kau tu lagi kanak-kanak, sekarang matured sikit, t u pun tak sedar diri dah tua, wajib kahwin dah kau tu, aku boleh lihat dari air muka kau, kau tak bahagia sorang-sorang” jawab Sofea cuba menyedarkan kawannya itu.

“Bahagia apa, tengok ni? Masih bertenaga, ceria. Tengok-tengok,” Alya cuba membuat mukanya gembira dan tersenyum.

Sofea hanya mencebir bibirnya. Dia tidak percaya semua itu. Jauh di lubuk hati ALya, dia merasa kekosongan.

“cik Firza Alya, fitrah manusia yang perlu kasih sayang, perlu pendamping yang bawa kau ke jalan kebaikan, dia juga yang membimbing kita ke jalan yang di redhai Allah, jadi isteri ni cik kak, untung, taat suami, bagi apa yang dia nak syurga bagi kita, SubhanaAllah, indahnya peraturan Allah untuk kita Alya, cuba kau fikir-fikirkan. Hidup hanya sekali Alya. Aku boleh Nampak kau sepi. Tolong Alya, jangan macam ni, kau kena kuat, yang berlalu biar berlalu,” jelas Sofea member hujah yang cukup baik.

Alya mendengar. Dia tahu semua itu. Tetapi, dia takut kahwin. Itu sahaja alasannya.

“Ye ye ye. Aku tahu. Ok terima kasih kerana ingatkan aku. Aku nak kena gerak dulu eh? Nak suruh aku kirim salam kat suami kau ke?” Alya cuba lari dari itu semua.

“tak payah. Laki aku tu. Nanti aku call or mesej ayat-ayat cinta kat hubby aku, kau jangan Alya, laki aku tu,” Sofea cuba mengingatkan Alya yang main-main itu.

“tak de hal la kawan, jom, aku pergi dulu, assalamualaikum,” Alya memeluk rakannya dalam mencium pipi kanan kiri dan segera berlalu pergi dan menutup pintu.

“Adoi, kenapalah semua orang dari dulu lepas aku belajar bising-bising suruh kahwin, ibu ayah, Sofea, Ainin, Suraya tu tak termasuk lagi pak cik dan makcik yang sibuk nak cari jodoh, tambah-tambah apabila 3 rakan karib aku itu sudah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, lagi la kena bising” monolog Alya sorang-sorang dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience