BAB 6

Romance Completed 4614

“Tak de pa pe la, Lin”

Tiba-tiba ada suatu suara yang bertanya, suara garau seorang lelaki yang berdiri di sebelah Alya. Alya hanya menjeling sedikit terkejut apabila namanya di sebut.

“Nurse, saya nak tahu, di mana bilik Dr Alya Firza Alya?”

Alya segera berlalu pergi sebelum dia perlu bersemuka dengan lelaki itu. Dia perlu melihat pesakitnya terlebih dahulu. Walaupun dia tahu, lelaki itu mesti salah seorang dari waris pesakit. Entah macam mana, dia boleh berlalu begitu sahaja. Langkahnya dipercepatkan. Nurse melihat Alya pantas berlalu. Pelik. Selalunya tidak macam ni. Siapa lelaki itu? Bisik nurse Lin.

“Dr Firza Alya, baru saja berlalu pergi encik, encik ada appointment dengan Dr ke? Kalau tak, encik boleh isi dulu form ni, nanti saya inform dr ye, sekarang beliau sibuk,” jawab Nurse Lin sambil tersenyum. Lelaki yang berkemeja biru seluar putih dan berkaca mata sangat smart pada pandangan nurse Lin. “selamat aku dah kahwin” desis hati Lin.

“Dr Firza Alya, ada pesakit nak jumpa dr” kata Nurse Lin di operator telefon.

“Ok”

Lelaki itu mula tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Alya. Dia memberi salam.

“Waalaikumussalam” jawab Alya sambil mengangkat pandangannya melihat pesakitnya itu. Lelaki itu hanya menayang sebaris gigi yang bersinar-sinar.

Alya terkejut dengan kedatangan pesakitnya itu. Alya mula berdebar dan gentar. Tetapi dia berlagak bersahaja.

“ye, silakan duduk” ujar Alya sedikit getar.

“terima kasih Lya” lelaki itu mula memanggilkan gelaran itu.

Alya mengerut dahi.

Kenapakah lelaki itu perlu muncul di saat dia telah melupakan segala apa yang telah berlaku. Gawat alya gawat.

Sepi untuk beberapa minit.

Alya berdehem.

“Ok, sekejap ye” tiba-tiba Alya mendapat idea. Dia segera menekan intercom untuk nurse Lin menemaninya di bilik ini. Belum sempat Alya berkata sesuatu, lelaki itu menahan perbuatan Alya itu.

“Tak payah Alya, Im datang nak beri penjelasan Lya je, tolong sangat-sangat jangan larikan diri lagi”

“Ehem, ini waktu kerja saya, jadi, hal peribadi jangan bawa masuk dalam bilik saya, maaf, saya tak de masa untuk semua itu,” jawab Alya tegas. Dia tidak suka situasi yang mencengkam lehernya untuk menjawab soalan yang tidak perlu dijawab itu.

“Ok, kalau macam tu, Lya cuba check Im, Im rasa semacam sejak dua menjak ni” Im cuba mengalihkan topic. Tujuannya bukan untuk menerima rawatan. Tetapi untuk berjumpa dengan Alya setelah beberapa tahun Im meninggalkan Lya pergi menuntut pelajaran ke luar Negara. Dia kembali ke Malaysia, semata-mata untuk mencari Alya. Dia yakin Alya masih menunggunya. Masakan tidak, single sampai sekarang. Hatinya berbunga dan berazam apabila dia mendengar berita yang Alya belum berkahwin.

Dahi Alya berkerut lagi. Serius. Ragu-ragu dengan kata-kata Im itu.

“kenapa tak pergi klinik aje, check kat situ kan lagi bagus” balas Alya tak nak memberi rawatan kepada lelaki itu. Entah. Perasaan benci mula membuak-buak selepas dia dapat tahu lelakinya itu menyiasat segala apa yang dia ada sekarang.

“seorang doctor tidak boleh memilih pesakit” Im mengingatkan. Dan dia segera mengangkat keningnya.

“dan seorang pesakit tidak boleh menganggu ketenteraman hati doctor” balas Alya geram. Dia tidak sedar yang dia bercakap soal hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience