BAB 11

Romance Completed 4613

“Saya tak nak duduk, kalau awak ada nak cakap, awak cakap jer la, cepat!” marah Alya.

“Cool Lya, first sekali, Im nak minta maaf sangat-sangat, sebab dah banyak sakitkan hati Alya,” Im cuba menyusun ayat.

“Ok, next” Alya serius. Tangannya disilang ke dada tanda dia sangat tegas ketika itu.

“yang ni, Im rasa Lya mesti akan terkejut yang…” Alya mula mengerut dahinya.

“yang apa?” kuat suara Alya tetiba, tidak suka berteka-teki.

“ok macam nil ah, boleh tak Im tahu siapa tunang Lya sebenarnya? Nama dia apa? Dia orang mana? Dia kerja apa?”

“Kenapa awak nak tahu semua tu? Nak compare sape lagi baik? Macam tu?”

“I think you do not know everything about him, tentu dia sedih tunang sendiri tak kenal siapa tunang dia, sampai hati you”

Alya semakin pening dengan ayat-ayat Im. Kenapa Im seakan-akan tahu segalanya. Dan kenapa dia perlu berkata sedemikian rupa? Tapi betul kata Im, aku masih tidak tahu nama tunang sendiri hanya tahu family nya panggil dia Ayie. Kalau tak silap, itu yang aku dengar hari tu. Desis hati Alya.

Alya diam memikirkan ayat apa yang sesuai untuk membalas kata-kata Im.

“kan you boleh baca siapa nama tunang I dalam kad tu, tak kan itu semua perlu I kecoh-kecoh” balas Alya agar dapat menutup kegugupannya itu.

Dia segera ingin berlalu tetapi di tahan oleh Im.

“Sekejap” Alya pusing dan melihat Im sedang membuka sampul dan membaca kad itu.

“Alya, if you want to know and I want to tell you that, your hubby to be is…” Alya Nampak Im tersenyum sungging.

“Orang tahu la nama dia apa, xpayah nak tolong-tolong bagitahu” Alya cuba membela diri. Padahal dia tahu gelaran je, bukan tahu nama penuh.

“kalau cam tu nama dia apa?”

“Im ni kenapa? Tak kan isu tu pun nak berteka-teki, mustahil tunang tak tahu tunang sendiri kan?” balas Alya sinis. Itu pun nak jadi masalah.

Im sangat mengerti tindakan Alya itu. Alya hanya cuba menutupi kesalahan diri yang tidak peka terhadap orang yang bakal berdampingi dengannya. Masakan tidak, panggilan tunang sendiri pun tak nak jawab. Alasannya, belum kahwin, baru bertunang. Dia tahu Alya malu.

“Ok, I wish you tak kan terkejut if I say that nama tunang you Zaim Hariri”

“huh ! merepek !”

“mengarut!”

“dah lah, you tak payah perasan you tu tunang I, malas nak layan nak keluar, “ ujar Alya walaupun hatinya gentar apabila Im menyebut namanya.

“Alya, Alya. Wait”

“apa lagi?” marahnya tidak hilang.

“Look.” Tayang Im.

Mata Alya membulat. Hampir pitam dia dibuatnya.

“No !”

“tak mungkin!”

“I tak percaya, you tipu I Im” Alya mula hendak menangis. Dia mengambil telefonnya untuk telefon number tunangnya itu. Telefon Im berdering. Mulut Alya terlopong. Dia rasa mahu lari dari semua ini

“You tipu I Im,” Alya rasa hendak menangis sepuas hati. Dia rasa Im tak mampu membuatnya bahagia kerana selama ini Im banyak menyakitkan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience