BAB 14

Romance Completed 4613

“bersaing apa pulak nie?” garu kepala Alya tidak gatal.

“bersaing apa lagi..ini.. ini..” tunjuk Sofea perutnya yang semakin membulat itu.

“Eleh, kau tu Ainin, bersaing- saing apa nye, kau tu kosong je lagi” serkap Suraya.

“Eh, eh, sepatutnya korang berbangga, korang tu bakal aunty kpd ini tau!” balas Ainin bangga, bakal ibu.

“Mana aci! Tak adil kalau macam ni, aku lambat, korang dah lama,” rajuk Alya.

“Suraya dah sorang, sofea dah nak masuk 2, kau pon baru je nak sorang. Aku? Kosong! Tak aci!!!” riuh Alya dalam bilik pengantin dengan rakannya. Ketika itu Im sedang bersembang dengan ayahnya. Kira mendengar nasihat dari pak mentua katakana selepas pembatalan air sembahyang. Semalam ayah Alya dah memberi banyak nasihat dan peringatan termasuk ibunya.

“Apa yang tak aci ni?” menyampuk Im dari belakang tanpa Alya sedar. Alya terlopong. Mukanya terasa bahang. Dia malu. Dia segera suruh rakannya diam tidak memberitahu.

“Apa yang tak aci Lya?” Tanya Im lagi sekali. Dia mendengar apa yang dibualkan mereka tadi. Dia tersenyum sebelum menyampuk. Im mula mengangkat kening pada Sofea, Suraya dan Ainin.

“Tak aci sebab dia kosong, kitorang dah ada 2 dah ada 1,” jawab Sofea sengaja bagi klu.

“apa 2 ? apa 1?”

“ini” sofea menunjukkan perutnya.

“kitorang keluar dulu eh, nak makan lapar la plak, harap kan pengantin ni langsung tak ingat makan dah,” usik Ainin segera menarik tangan kawan-kawannya itu. Mereka mahu memberi ruang kepada pengantin baru itu. Im hanya tersengih. Dia faham.

“Ala, korang nie, sabar lah, kita makan la sama-sama, jom” Alya mengajak Im sambil mengamit tangan. Rakan-rakannya keluar pantas meninggalkan Alya.

Im segera menarik tangan Alya. Alya terkejut dengan tindakan drastic Im. Gawat Alya gawat. Jantung berdebar-debar apabila tangannya di genggam erat oleh suaminya itu.

“Jom la makan, lapar tau,” kata Alya nada merayu. Dia malu. Tersangat malu. Im hanya tersengih melihat muka gelabah Alya itu.

“Dr Firza Alya, kita belum terlambat kan, bukan 3, 2 atau 1,” bisik Im perlahan. Alya membulatkan matanya terkejut.

“Rezeki Allah” balas Alya menutup kegugupan dia.

“Dah, jom, asyik nak malu je dari tadi, merah je pipi tu,” ujar Im sambil memegang pipi Alya kedua belah tangannya sebelum memicit pipi itu.

“Adoiii, jahat lah. Merajuk lah cam ni” rajuk Alya sengaja di buat-buat. Dia segera menyilangkan tangannya ke dada bagai budak kecil merajuk.

Hahaha, Im ketawa berdekah-dekah apabila setiap kata-kata pujuk Alya di ejeknya. Sebelum berlalu pergi, Alya menjelir lidah kepada Im. Im berlari keanak-anakan mengejar Alya di hadapan sebelum merentap tangan Alya mengiringinya ke meja makan pengantin. Mereka tersenyum bahagia.

Tiada lagi rasa takut dan bimbang bagi Firza Alya kerana kini dia sudah ada peneman, insan sempurna di matanya yang juga membuat dia merasa menjadi wanita sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience